Aku masa zaman zaman diploma aku, aku buat electromekanikal. Mintak buat training kat Motorola KL (org biasa panggil KLM). Sound bagus la kan pasal menmgn banyak mesin yang pakai sistem elektrik/elektronik bergabung dengan mekanikal. Bunyi macam sesuai la kan sebelum aku mulakan latihan industri aku.
Bila aku daftar masuk tu, adalah dibuat induction course utk pekerja baru beserta dengan pelatih pelatih baru. Byk juga dapat elaun dulu. RM 300 pada tahun 1992. Fuh kayo kojap den. Ok ok balik pasal Motorola punya training tuh, selepas ajer habis induction training tuh maka bertaburan kami dihantar ke department department (kakakakakaka ......... kalau ko tak paham aku ketawa tak tahu la aku) yg memang banyak kat KLM tu.
Maka aku dengan rendah diri menerima keputusan oleh HR KLM untuk masuk ke Metal Finishing Department. Perghhhhhhhhhhh bauuuuuuuuuu, byk hebat. Nama pun metal kan kat department nih semua ganas ganas. Dari operator sampai la ke manager. METALLLLLLLLLLLLLLLl, macam Metalian dulu (nih Angah musti teringat ni).
Department nih sebenarnya nak sadurkan timah pada kaki kai chip yang dah di package kan oleh KLM. So process yang di buat adalah 100% chemical reaction. Pakai process electrolisis. Nah ko............. dari electromechanical aku buat chemical process pulak. Elaun RM 300 tuh aku rasa macam tak untung apa sebenarnya pasal seluar aku byk berlubang kena percik percik kemikal. Hampehhhhhhhhh.
So dari electromechanical ke chemical. Apa kejadahnya kan. Tapi aku positif dan aku terus buat juga. Lepas juga apa dengan final industrial report aku dengan grade A lagi. Apa yang penting pada masa masa tuh, ayat femes, PMA ---- Positive Mental Attitude. Aku lenjan ajer dan aku dapat review baik. Kesudahan nya aku antara orang yang paling cepat dapat keje bila habis diploma.
Ok Ok pasal konon konon subjek mismatch dengan latar belakang industri jadi tak sesuai mungkin untuk seseorang student tuh nak buat latihan industri kat satu satu tempat tuh. Ada betulkaaaaaaaaa dengan itu pendapat.
Aku baru baru ini ada mintak sorang budak untuk tolong aku siapkan satu projek Environment Management System. Aku mintak lecturer aku dapatkan budak environmental engineering dari faculty aku. Tapi memandangkan yang ini dah nak penghujung bulan April jadi katanya semua budak dah dapat tempat utk latihan industri. Cuma katanya dia ada kawan dari UTM yang student dia masih belum dapat tempat utk buat latihan industri. Tapi katanya budak Kemikal polimer. Aku cakap tak kisah la pasal as long as dia dari Chemical Engineering Dept aku tak kisah dah. True enough bila aku dapat resume dia cuma 1/3 dari keseluruhan dia ajer yg subjek berkaitan polimer and the rest purely on safety and environment matters.
So aku forward kan la ke HR utk ambil budak nih. Bila sampai ke VP, aku punya request kena reject siap ber note lagi. It is inappropriate for this student to have the industrial training at our plant. Our environment is not suitable for the above said student. Propose the student for RRI (rubber esearch institute).
Tuh yg semalam separuh hari aku justifikan dengan dia tuh (sebenarnya 2jam tunggu kat luar bilik dia sebelum dipanggil ......... bosan bosan). Kecundang juga aku. Tapi aku pasal memang nak kan sangat pembantu untuk projek EMS tuh pagi tadi aku jumpa dia lagi. Fight lagi sekali. Siap aku ceritakan subjek subjek yang related dengan environment aku minus the polimer things la pasal yg itu pun 1/3 from the whole coursework. Tapi pagi tadi tak lama la macam semalam. Dalam 15 minit aku jumpa dia. Agaknya dia tengok aku degil nak kan juga pembantu, last last dia beri juga. Siap sound kat aku. If the later this student fails to get the job, you'll be responsible for that decision for making this student's industrial training different from the coursework. Huh what ever.
Kadang kadang aku moskel dengal akal so call VP nih. So what with the experience? Aku dulu diploma dan degree aku buat elektrikal/mekanikal, masa sekolah teknik aku buat ukur tanah dah keje aku jaga air dan waste. Dari satu fasa ke satu fasa tak pernah sama pun relationship coursework dengan keje. OK ajer aku buat keje. Yang penting akal pakai la masa nak buat decision dan you take full accountability for what ever decision you made.
This made me thing that sometime VP dont knows what he is talking about. Pandai merapu ajer. Betul takkkkkkkkkkkkkkkk
Friday, April 25, 2008
Industrial Training
Ditulis oleh Nor Razi at 9:34 AM 5 comments
Sunday, April 20, 2008
Aku dah habis periksa
Yahoooooooooo. Finally tamat sudah program master aku. Aku tahu aku dah buat yang terbaik tinggal tak tahu apa result aku. Walau aku dapat sekurang kurang C+ bagi kedua dua kertas periksa aku nanti, aku tahu aku tetap grad juga kerana result aku terdahulu mampu menampung apa apa keputusan yang teruk pada peperiksaan semalam.
Soooo, lepas ajer aku habis periksa, aku celebrate dengan menghadirkan diri pada program FUTSAL ALUMTEK (Alumni Sekolah Teknik KL) di Sport Planet Ampang. Program mula pukul 3 tapi aku sampai jam 4.15pm. Aku ingatkan mula mula batch aku ajer, rupanya ramai beb yang datang dan junor termuda adalah yg baru habis SPM tahun lepas kekekekekeke. Layan. After all aku dah lama tak jumpa member batch aku lepas kita org berjaya mengorganisekan event kat sekolah kita org tahun lepas. Aku bawak semua famili sekali untuk tengok aku berfutsal. Jam 6.00pm habis dan konon konon nak pusing ke KLCC tapi kita org lencong konon kon nak ke Alamanda,last last lencong balik rumah terus hehehehehhehe.
Malam pulak aku rally tengok movie. Lepas Maghrib Arc ajak layan tengok 27 Dresses, cita pasal sorang minah nih hobinya menjadi wedding planner utk org for free. 27 baju tuh adalah 27 tema majlis kawen yang dia dah uruskan. Lepas tuh kita org layan Die Hard 4 pulak. Huh Action Pact dari mula sampai habis dan la mengarut macam Rambo 4. Cerita pasal fire sale kalau org nak sabotage satu satu negara dengan menggunakan kawalan internet sahaja. Rasa macam tak logik tapi bila fikir dulu pun byk perkara tak logik yang disajikan tapi hari ini dah menjadi kenyataan pulak. Lepas tuh Arc dah layan mengantuk, aku pulak tunggu cerita rocketeer pulak. Cerita lama tapi nak juga layan. Alasan, aku nak celebrate aku dah habis belajar wakakakakakakaka
Apa apa pun aku rasa DH4 memang best la.
Ditulis oleh Nor Razi at 6:16 PM 4 comments
Friday, April 18, 2008
Happy birthday my luv
Lots of love from
Lord Budak
Budak Azfar
Budak Shasha and
Budak Liyana
Ditulis oleh Nor Razi at 12:01 AM 9 comments
Wednesday, April 09, 2008
Loaded with work and preparing for exam
Been very busy
1. Fill promotion form for my tech
2. Completing assignment and home test for Atmospheric Engineering
3. Entertain customers from Singapore. Man .................. 4 days of hectic work and shit they coming again today
4. Prepared and presented 1st quarter performance report
5. Still working on Core Values for all staff
6. Hehehehehehe starting to prepare for my final exam
Guys .................... I'll be taking exam leave staring from tomorrow, thursday and friday for this week and next week. My two last papers and hopefully I could do well like last semester.
Really looking forward for the exam. Not that I am prepared, it just that I cant wait to get over with all this study. Nak habiskan cepat cepat hehehehehehe
Wish me luck friends
Ditulis oleh Nor Razi at 9:47 AM 4 comments