BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 30, 2006

Aku Pernah Biadab/ Secret aku dan sukan

Aku ringkaskan la apa yang aku nak tulis dalam satu entry nih. Sebabnya sendiri maklum la kan. Sibuk kat tempat keje. Nak buat kat rumah, tak ada lagi internet. Nak aku ambil pasang kat rumah takut jemu pulak. Almaklum keje internet ON memanjang. Jadi baca la apa yang aku dah ringkaskan.

Aku Pernah Kurang Ajar

Kecoh juga minggu lepas pasal negara telah dilabelkan sebagai negara yang kurang ajar. Ada antara kita yang menyatakan pertimbangan yang tidak adil diambil untuk mengecop kedudukan Malaysia dari segi kebiadapan itu sendiri.

Mungkin ada kebenaranya juga dan aku pula melihat dari perspektif yang berbeza. Aku cuba untuk belajar meningkatkan kesopanan aku dimata orang lain. Ada beberapa perkara aku kira orang lain juga harus buat supaya mata orang lain juga nampak kita punya kesopanan dah meningkat.

Seperti title diatas, Aku juga pernah kurang ajar. Pernah suatu ketika dahulu semasa di perantauan, aku dan teman teman berjalan di shopping mall di bandar konon femes dgn bolanya.

Negara sejuk jadi memang ada banyak pintu sebelum masuk ke dalam shopping mall itu sendiri. Satu ketika, sebagaimana rakyak Malaysia yang lain, aku, pada ketika itu berjalan menolak pintu shopping mall dan terus berjalan. Sedang aku melangkah satu-dua dari pintu, aku terdengar satu bunyi knock yang aku perasan agak kuat juga. Aku toleh ke belakang dan aku nampak seorang senior (org tua) sedang menggosokkan mukanya. Selepas itu orang tua itu mula mengomel yang bahasanya sendiri aku kurang mahir. Baru sampai sebulan maaa mana faham lagi accent org liverpudlian. Kemudian aku peratikan orang kat sekeliling aku memandang semacam ajer kat aku. Being a Malaysian yang pada masa itu tak tahu apa apa, dengan muka selamba ajer aku masuk dan berjalan jalan. Dalam hati ada juga perasan bersalah. Tapi apa kan daya aku tak tahu nak buat macamana aku diamkan ajer.

Malamnya aku berborak dengan seorang brother dalam Malay Speaking Circle kat tempat aku. Dia kata memang adab orang disitu yang mana sampai pintu akan terus pegang pintu sehingga kumpulankecil tadi habis melepasi pintu. Itu la adab yang aku belajar dari mereka. Aku pernah biadab dan aku belajar untuk berubah. Aku berubah.

Lagi satu jika aku dibahu jalan dan nampak seperti ingin melintas, kereta yang dipandu akan memperlahankan kenderaan dan berhenti untuk memberikan aku laluan menyeberangi jalan. Again, being a Malaysian pada masa itu, aku lintas ajer la kan. Terima kasih pun tak ada. Bukan apa, pada masa begitu kalau dah sejuk sejuk, tingkap kete memang tutup jadi kalau aku cakap T Q pun bukan dia nak dengar. Lama juga aku buat begitu sehinggala aku ditegur oleh Harry (kalau tak silap aku la, tokei kedai perabut 2nd hand bawah rumah aku) kata aku sepatutnya mengucapkan T Q pada orang yang berikan aku jalan utk melintas. Kete tuh sanggup berhenti walaupun jalan tuh tak ada zebra crossing. Malu beb bila kena tegur begitu. Harry ajar aku mengucapkan terima kasih sambil melintas.......... THUMBS UP kepada pemandu kereta itu.

Begitu juga kalau di traffic light. Pada masa aku disana, tempat aku tuh traffic light dia memang simple. Simpang empat, traffic light ada lampu untuk jalan terus ajer tak ada traffic light untuk membelok ke kanan. Kebiasaanya, mereka akan memberikan kita laluan dulu sebelum kete dari arah hadapan mengambil jalan terus dari kita. Harry ajar THUMBS UP.

Pernah dengar iklan tak kat radio pasal ada seorang mamat tuh bengang kerana ada orang tak senyum dan mengankat tangan apabila kita memotong queue. Aku kira itu sama la perasaan pemandu di wilayah eropah jika kita tak berbuat demikian.

Selama aku belajar di sana, tak pernah sekali aku lihat mat salleh main hon kete bila tersangkut ke atau keta bermasalah di jalan. Mereka sabar tunggu dan potong tanpa menjeling dan juga honkan kete. Kita kat sini bagaimana.

Aku pernah biadab dan aku belajar untuk berubah supaya orang lain nampak aku dah tak biadab. Untuk lain lain perkara itu jangan la difikirkan sangat. Macam TPM cakap, kita terima dan kita belajar untuk berubah.

Perkara yang aku rasa korang patut tahu

Malam tadi aku dan Arc main futsal bersama Angah dan keluarganya di tempat biasa Ampang Sport Planet. Jauh tuh datang dari Bdr Baru Bangi.

Malam tadi kira OK la pasal main start jam 9.00pm. Sempat juga aku sampai walau lewat sedikit.

Apa yang aku nak beritahu kat sini pernah sekali masa soi Angah setkan main futsal jam 8.00pm. Punya la kelam kabut aku dengan nak hantar anak aku balik rumah dulu solat maghrib sat dengan baju keje dan nak memecut kat Ampang tuh.

Pasal masih tak dapat tukar pakai keje lagi aku decided nak tukarkan Ampang Sport Planet ajer. Nak dijadikan cerita, jalan masa tuh sangat la jammmmmmmmm. Hampeh betul aku rasa. Aku takut tak cukup lama main. Tak best la macam tuh. Si Arc tak turut main malam itu kerana kawan lama dia nak jumpa somewhere in KLCC dan aku terus ajer main futsal.

Aku congak congak kalau aku bersiap kat tempat futsal nanti jadi lambat, masa kete tengah sibut kat round about di makro cheras tuh (aku dari arah kajang), aku kuar keta dan ambil beg sukan aku aku letakkan kat depan.

Ko rasa apa aku buat? Cuba teka la dulu kalau terror. ...... . Pasal masa tuh dah gelap, aku dengan konfidennya menukar baju aku dalam keta. Tukar baju ajaer tak apa. Sekali kete berhenti jalan kejap, aku buka baju. Jalan konsentrat bawa keta. Berhenti lagi aku sarung baju sukan. Berhenti aku buka tali pinggan, butnag dan zip. Jalan konsentart dengan kete. Berhenti lagi aku angkat punggung sket, aku lurutkan suar ke peha. Jalan aku kosentrat kagi kat kete. Ada MPV ker SUV ker kat sebelah keta aku buat mcm konsentart ajer. Kete tinggi maaaa nanti depa nampak aku buat terus accident pulak nanti hahahahahaha. Kete berhenti lagi aku lurutkan habis suar aku. Kali ini tinggal baju sukan dgn spenda ajer hahahahahaha. Bila keta berhenti sekali lagi, aku keluarkan seluar trek dan lipatkan pangkal kaki supaya senang aku sarung kelak. Bila dah nak sampai bulatan tuh aku masih berseluar dalam ajer. Harap harap queue nak masuk panjang la supaya sempat aku tak menggangu orang kat belakang. Nasib memang baik pasal queue panjang jadi dapat la aku sarung seluar trek terus. Sekali zassssssssssss. Hahahaha. Yang tinggal cuma stokin ajer. Itu pun aku pakai masa kat traffic light nak masuk ke ampang dari MRR2.

Banyak masa aku dapat jimat woooooooooo.. At the end of the day aku dapat la main dalam 40minit.

Sukan Dart

Esok aku akan mengelolakan sukan dart utk karnival sukan tempat keje aku. Kelam kabut aku dibuatnya pasal aku terpaksa mempercepatkan waktu main kepada esok. Kelas MSc Engineering aku akan bermula pada 8hb Julai jadi takkan la aku nak kenselkan pendaftaran masuk ke Universiti semata mata pasal sukan dart nih. Oh tidak. Kelam kabut macamana pun sempat juga aku tulis entry nih.

sebenarnya byk juga aku nak tuliskan tapi aku sambung ajer kemudian nanti

Monday, June 26, 2006

2 Jam tahan kencing

Jumaat yang lepas, aku hangin ajer satu badan. Bengang ajer aku dengan keadaan di KL bila masa hari hujan.

2 jam aku tersangkut dalam kereta masa nak ambil Arc balik dari keje. Jam dari Tol Sg Besi sampai la ke KL sendiri.

Aku yang paling hangin sekali bila polis trafik dok sibuk lepaskan keta dari arah lain. Dari arah aku tak juga dilepaskan. Hangin betul aku. Dia tak terasa ke ada orang lain yang terasa nak terkencing ker atau nak terberak ker yang dia tahan kereta dari satu arah ajer.

Dalam pada tuh aku tengok ada orang dengan selamba ajer gunakan contra lane nak potong Q. Hampeh betul. Sakit ajer hati aku tengok kelakuan macam itu.

Ko orang pernah tak tertanya, agaknya laaa kan, kenapa kat sini polis, detektif ker pegawai polis tak pakai lampu/siren polis macam detektif detektif dalam cerita orang Amerika. Ala lampu bila nak pakai atau beraksi ajer yg letak atas bumbung kereta tuh. Aku rasa laaa kan kalau kat sini mahu ramai yang beli kat Jalan Jasar nanti dan berlagak macam polis potong Q kat depan.

Huhhhhhh geram aku.

Wednesday, June 21, 2006

My Symphony

My Symphony

To live content with small means
To seek elegance rather than luxury, and
refinement rather than fashion;
To be worthy, not respectable, and
wealthy not rich;
To study hard, think quitely, talk gently, act frankly;
To listen to stars and birds, to babes and sages, with open heart;
To bear all cheerfully, to do all bravely, await occasions, hurry never;
In a word, to let the spiritual, unbidden and unconscious,
grow up through the uncomman.
This is to be My Symphony.

Jangan korang perasan pulak aku dah pandai bersajak pulak.

Sajak ini aku jumpa masa aktiviti 5S kat workstation aku dan terjumpa la aku salinan kertas dari training 7 Habits of Highly Effective People. Simfoni ini adalah karya
William Ellery Channing.

I choose to be just like the person in this symphony.

Monday, June 19, 2006

Bola! Bukan ..........

Keje memang tengah banyak nih. Tapi kalau di layan pun memang tak akan habis jadi aku nak lari sket dari keje.

Bukannya sebab aku mengantuk tengok bola pun. Game Brazil vs Australia pun aku tengok sampai half time ajer. Game hampeh jadi malas nak buang masa tengok game hampeh macam itu.

Balik tido dan peluk Arc lagi best.

Masa nih pun aku tak nak cite pasal bola. Not that I am not excited nor have the passion for the games tapi rata rata tahu perkembangan bola sekarang ini lebih dari aku sendiri tahu. Maklumla rumah tak ada Astro jadi kadang kadang game yang tak sempat tengok tuh tahu keputusan lepas baca Soccernet.

Minggu lepas kawan Arc ada hantar 2 ekor anak kucing. Memang comel baka tempatan katanya. Tapi bila ditengokkan bulunya macam baka luar. Atau mungkin sudah berkacuk antara baka luar dengan tempatan jadi menyebabkan bulu kucing itu banyak dan kembang. Mata tak adalah biru seperti kucing parsi tapi bulu lebat sepertinya.

Arc sebenarnya bukanlah penggemar kucing. Tapi pernah berborak dengan satu family yang memang suka membela kucing dan banyak pengatahuan tentang kucing maka Arc adalah noted certain thing yang dia rasa dia tak tahu sebelum ini.

Apabila satu hari kami berziarah di rumah kawan Arc ini terpandangla kami beberapa ekor kucing yang cantik cantik dan terus kami beritahu kepada kawan Arc jika ada anak kucing baru, berikan sebarang seekor dua kepada kami.

So minggu lepas kami dah dapat 2 ekor anak kucing ini. Si Arc punya la bersemangat sampai belikan sangkar kucing dengan pasir untuk tahi sekali. Sebenarnya kucing ini untuk anak anak kami juga. Si Liyana suka benar layan kucing kucing kalau kami makan di li luar atau di kedai mamak. Si Shasha kakaknya pula takut akan sikucing. Bila dah ada kucing kat rumah kami lihat si Shasha dah berani pegang kucing dan dah berani usap usap kucing. Sebelum ini dia memang penakut dan kalau makan di kedai yang ada kucing, kalau boleh kaki dia nak letak kat meja tuh.

Si Liyana nih memang brutal. Tak takut langsung. Dia nih memang suka pets. Dulu ikan. Dah aku siapkan kolam ikan serta ikannya sekali dan sekarang kucing pulak. Jangan dia minta Holland Guinea atau pun hamster lepas ini sudah.

Berbalik kepada kisah kucing tadi, hendak dijadikan cerita kucing kucing itu pernah la hilang dari hari Khamis hinggala ke hari Sabtu. Kucing itu dapat loloskan dirinya dari sangkar yang Arc belikan itu. Aku siap dah suruh Arc printkan notis Kitten lost untuk aku edarkan ke kejiranan aku. Siap plan nak masukkan dalam news group persatuan penduduk lagi tuh. Aku dengan anak anak aku pusing la beberapa lorong naik basikal cari kucing kucing tersebut. Liyana dengan basikalnya, Shasha dengan Basikalnya dan aku dengan basikal aku. SAmbil pusing pusing si Shasha panggil nama nama kucing kami.

Tapi ntah macamana ntah mulut ini tergerak nak bertanyakan dengan seorang jiran yang memang ada bela kucing perihal kucing kucing anak aku yang hilang itu. Terus dia jawab isteri dia ada jaga dua ekor kucing baru yang diselamatkannya dari digelek kereta. Bila dia bawa kucing itu ke aku terus kompem yang itu memang kucing kucing yang hilang itu. Alhamdulillah selamat kucing itu. Dia tak tahu yang kami baru membela kucing kerana setahu dia dan isterinya kami memang tak ada kucing. Itu yang buat isterinya terus bela kucing tersebut.

Lepas itu kalau boleh isteri dia ingin seekor darinya. Aku cakapla kucing kucing itu untuk anak anak aku. Jadi aku cuba minta dengan kawan isteri aku lagi seekor kalau dia tak keberatan untuk berikan kepada kami. Bukan tak nak beri yang dah sedia ada, tapi aku sendiri tak nak anak aku berebutan kucing pula jika anak kucing itu tinggal seekor.

Bila dah sebut begitu, jiran lain pun nak juga kucing seperti itu. Kucing kucing itu memang comel disebabkan bulunya yang lebat tetapi mempunyai mata seekor kucing tempatan. Setelah aku dapat kucing kucing itu terus aku dawaikan bahagian antara jaring sangkar itu supaya kucing kucing itu tak boleh loloskan dirinya lagi.

Pernah tak ko orang tengok cerita Barbie: The Princess and The Pauper. Itu adalah cerita kegemaran Liyana sehinggakan kucing kucing yang kami bela dia namakan Sarafina dan Wolfie seperti nama nama kucing dalam cerita itu.

Friday, June 16, 2006

Demam Bola-Bengang depan TV

Aku memang bengang betul la dgn stesenTV nasional nih. Boleh pulak tak ada satu apa pun perlawanan England kat TV. Hampeh betul.

Bukanla aku sokong England pun tapi sebagai peminat sukan bola, tak seharusnya game game sebegini diabaikan.

Ker dah ada agreement pact antara TV nasional dengan ASTRO untuk menghalang semua game England dengan mana mana team di kaca TV nasional?

Mulanya aku ingat semua game jam 9.00pm tuh tak akan keluar TV nasional. Mungkin pasal prime time aku rasa logik la. Tapi bila game jam 12.00am pun depa sekat, nih dah kes melampau.

Kenapa? Depa ingat ramai tengok EPL depa ingat kita ramai sokong England ker? With all the talent England will not go far. Kat Malaysia ini lebih ramai orang sokong the team like Brazil, Belanda, Chekz, Italy dan Germany lebih dari team England tu sendiri.

Hampeh betul

Nak ambik ASTRO pun bukannya aku cop duit. Tambahan pula dengan adanya chanel chanel yang aku tak gemarkan (macam party chit chat bersama org gila azwan ali) serta AF (aku orait ajer kalau tengok konsert tuh tapi yg tak boleh tahan tuh dia punya diari tuh yg buat orang leka ajer depan TV) tuh dan juga kartun network tuh membuatkan aku fikir banyak kali nak ambik ASTRO tuh.

Sanggup aku turun ke stadium 24 jam mamak nak tengok bola dari aku ambik ASTRO. Tapi tu la diskriminasi media yang diamalkan. Buat aku jadi menyampah dengan ASTRO. Ker aku nak menyampahkan Media Prima dengan RTM.

Hampeh betul semuanya

Tuesday, June 13, 2006

Weekly Healthy Gathering

Ada banyak juga perkara yang nak diceritakan sepanjang aku off dari berblogging sampaikan aku rasa perkara perkara itu dah jadi basi dah.

Dan bila dah jadi begini sebenarnya tak tahu juga mana yang nak dimulakan. Langsung jadi hampeh.

Tak apa, aku mulakan dengan futsal la. Jumaat yang lepas, Angah ajak main futsal. Aku dengan Arc macam dah jadi sebahagian keluarga dia pulak. Mana tidaknya yang main tuh adik beradik dia laki bini sama dengan kawan dekat adik dia.

Best pulak aku tengok keluarga Angah macam ini. Cheap and healthy gathering gitu. Bukan setakat bapak Angah turun (kadang kadang la), Biras dia pun turut turun habis. Satu ayat yang sesuai (tiru pagi di ERA) SEMPOIIIIIIIIIIIIIIIi.

Bila tengok macam ini terasa family bonding Angah memang kuat. Mungkin disebabkan keserasian keluarga yang gemar bersukan menjadikan weekly event Angah meriah.

Aku dan keluarga aku punya minat dan kecenderungan yang berbeza. Aku minat bermain bola sepak juga tenis, abang aku kriket dan juga saxafon, adik aku tak tahu minat apa apa. Arwah bapa aku suka memancing (aku juga suka memancing tapi Arc tak berapa gemar aku pergi memancing) dan mak aku suka menjahit. So macamana la nak buat healthy gathering macam ini pasal kami punya minat dan kecenderungan yang berbeza.

Yang aku tahu gathering kita orang termasuk adik beradik mak aku tak lain dan tak bukan gerenti pasal makan. Tuh yang buatkan badan aku seperti di pam pam seketika dahulu.

Nak jadikan cerita, badan yang dipam pamkan ini lah yang berlaga dengan si Wan buah hatinya si Angah. Bukan main risau si Angah. Mesti dia ingat aku saje ajer nak hentak si Wan tuh. Aku nak rembat gol tiba tiba dia datang ke arah aku. Kena la pasal aku kalau rembat bola kena balancekan badan dengan tangan. Tu la angaknya sampai tersiku si Wan tuh. Sebenarnya aku bagi dia peluang untuk usap dan belai si Wan tuh, tuh yang tersiku kat badan si Wan tuh. Wan pulak pandai berlakon, sampai sekarang mengadu sakit. Sebabnya si Angah belum belai lagi dada si Wan ........ hahahahahahahahaha.

Nanti ada masa terluang nanti aku turun lagi main futsal dengan keluarganya si Angah. Till then

TREACE ANGAH

Monday, June 12, 2006

Cuti Cuti Malaysia - Lain hari

Beberapa hari yang lepas (sebenarnya sepanjang cuti sekolah) memang amat memenatkan. Kena mengkover boss aku yang bercuti cuti Malaysia bersama keluarganya. Saja ajer aku tak ambil cuti untuk mengkover kan cuti yang konon konon banyak aku nak ambil sepanjang piala dunia nanti.

Sibuk juga orang tanya aku tak bawak anak anak aku jalan jalan ker. Hehehehehehe, bukannya aku cop duit nak bawa dia orang jalan jalan selalu. Hantar mereka kat rumah mak aku dengan mak mertua aku pun aku rasa dah kira orait la tuh.

Tambahan pula kalau aku masuk gym on the week end, biasanya anak-anak aku akan ikut sekali untuk mandi kat swimming pool. Anak anak aku kalau jalan jalan pun buat masa ini bukan nak kisah sangat dengan tempat yang di lawatinya. Asalkan tempat tinggal/hotel ada kolam mandi anak anak aku dah excited tahap gaban dah. Tak heran dengan benda lain. Tak keluar hotel pun tak apa.

Tak apalah nanti ada duit lebih sket ingat nak jalan jalan ke Cameron Highland. Lama dah aku tak ke sana. Nak tengok apa perubahan yang dah berlaku kat sana. Last aku pegi Cameron Highland masa aku ikut rombongan pengakap sekolah berserta pandu puteri ke satu sekolah di area area Brinchang. Buat perkhemahan bersama. Itu la dia first time aku sampai ke sana which was more than 15 yrs ago.

Aku wonder apa yg menarik disana selain Ladang Teh dan juga Ladang bunga ros serta strawberi Malaysia. Harap harap juga jalan dah lebar pasal masa rombongan aku sekolah dulu aku pernah terperangkap selama hampir 4 jam disebabkan tanah runtuh di sana. Hampeh betul aku rasa masa tuh. Untuk buang masa kita orang nyanyi lagu rock ramai ramai. Masa tuh lagu tengah popular lagu kumpulan SOFEA dengan tajuk Bunga Padang Pasir serta lagu lagu kumpulan SEARCH. Gitar tak dak pasal masing masing masa tuh tak pandai main gitar. Juga diselang seli dengan lagu pop yeh yeh yang telah bermusim sekejap sekitar tahun itu.

Cikgu hangin ajer pasal kita orang bising. Dia nak mengorat cikgu pandu puteri pun asyik kena potong stim dengan kita orang ajer. Kita orang tahu akal cikgu pengakap kita orang nak buat perkehemahan bersama pandu puteri tuh pasal cikgu kita orang nak mengorat cikgu baru yang jaga pandu puteri. Hehehehehe ........... malang betul cikgu pengakap kita orang hahahahaha.

Buat sementara waktu ini biarkan aku siapkan ajer keje keje aku. Nak kena submit paper utk simposium, nak kena prepare pendaftaran kemasukan ke UPM, nak kena plan kan sukan jabatan dan lagi dan lagi dan lagi. Aku siapkan keje aku pass tuh aku pulak bercuti cuti malaysia and certainly after this world cup.