BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 14, 2010

Pak Cik

Korang ada tak uncle yg korang rapat dgnnya, boleh bergurau senda, boleh di bawa sebagai kawan dan anggap kita sebagai anaknya. Adik mak yg kami semua panggil uncle sejak kecik memang rapat dgn aku.Cuma sejak aku kawin, aku jarang berjumpa dgnnya. Uncle aku tidak ada anak perempuan, jadi selalu gak dia cakap "takpe Ct kan ada. Nanti Ct boleh tengok2kan uncle".

Uncle tak pernah meninggikan suara. Seumur hidup aku tidak pernah aku nampak dia dlm keadaan amarah dan selalu tersenyum. Bila dia kenalkan aku pada kawan2nya, he will introduce me with proud. Tak tahu aku nak terangkan mcm mana, tapi sampai aku yg naik segan.

Bila keluarga mengadakan kenduri, dia lah yang paling dipercayai menjadi wakil menjemput sedara mara. Sebut sahaja siapa, dia akan kenal semuanya. Paling membanggakan, uncle ada menyimpan buku alamat dan telefon semua saudara mara.

Pada 20 Mac 2010 uncle masuk wad utk menjalani pembedahan jantung. He looked soo well and healthy even excited nak tempuh operation tu. Sampai aku berkali2 tanya "betul uncle sihat ni, betul doc. kata ok nak buat operation?" Jawapannya, "OK, kencing manis takde, darah tinggi takde, ada sikit je buah pinggang. Tapi takde apa2lah".

I never knew that was the last time I saw him alive. Selepas operation, uncle hanya sedar sekali. Buah pinggangnya mengalami komplikasi and effect semua sistem dlm badannya. Pada pagi tanggal 27 Mac 2010, uncle menghembuskan nafasnya terakhir.

I was there semasa nurse membersihkan luka2 dibadannya utk dibawa mayatnya pulang. And I'm glad they did it softly. Terima kasih pada semua nurse wad CICU Hospital Serdang.

I love you uncle and I will miss you.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

0 comments: