BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 28, 2011

Peringatan buat diriku

Betapa bait-bait ini mengingatkan aku.


"Kita sebagai hamba Allah memang tak boleh lari daripada masalah dan dugaan. Itu semua ujian daripada Allah untuk menguji sekuat mana kita sebagai hambaNya. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengatahui. Para nabi juga ditimpa dugaan. Mereka tak pernah mengeluh kerana dugaan itu tanda sayang dan cinta Allah kepada hambaNya."

"Sebagai hamba, kita perlu yakin bahawa disebalik setiap dugaan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Apa yang penting , kita perlu banyakkan berdoa. Banyakkan membaca Al-Quran kerana kitab suci itu adalah ubat kepada segala penyakit. Petunjuk Allah ada di situ."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286

Monday, February 14, 2011

14.02.2011

Something is not right..


Something is bothering me..

But i don't know what it is...



Bisik-bisik : lama dah tak ngaji sejak bulan puasa aritu, maybe that 's it..

Wednesday, August 25, 2010

15 Ramadhan 1431

Salam,

Selamat Berpuasa ols. Lama betul aku tak bukak blog nih..aritu kemain berkobar2 nak update tiap2 minggu...ha ah minggu2 jer bukan hari2. La nihh apa jadi..hampeh.

Puasa kali ini aku rasa best sesangat. Aku rasa aku lebih relax kott. Masuk ofis kul 8pagi tapi lepas subuh jer aku dah terus keluar. Drive pagi2 memang mendamaikan bila jln smooth jerr. Sampai opis kul 6.45 gitu aku sambung tido sampai kul 8. Balik lak kul 4 tepatt nak beat the jem. Pukul 5ptg aku dah sampai rumah yippie!!!! Kalau hari biasa mana bisa.....mau kul 7.30 baru sampai rumah.

Bulan ramadhan ni seronok nengok anak2 berpuasa. Alhamdulillah senang nak kejut bangun sahur. Cuma adik jer ler... kejap2 tanya lagi braper jam nak berbuka. Walaupun berpuasa, muka masing2 happy jerr...syukurrr..

Selama ni aku tak pernah bwk kakak dan adik gi terawih. Tahun ni pertama kali aku bwk mereka dan rasa best sesangat. Tapi tu hmmm...sekali tu jer lerr...pastu liat. Nak2 lak aku 'cuti'. Takpe masih ada 15hari lagi. Masih ada harapan. Arini dorang last periksa, so mlm ni blh pujuk dorang pegi.


Oklah...till next time..errr entah bila hehehe..daaaaa






Thursday, May 13, 2010

Gubahan Hantaran Fird@us



Coklat

Hantaran2 yg dah siap.


Gubahan sireh junjung aku yg pertama. Selalunya gubahan yg dlm bakul tu jer.


Wednesday, April 14, 2010

Pak Cik

Korang ada tak uncle yg korang rapat dgnnya, boleh bergurau senda, boleh di bawa sebagai kawan dan anggap kita sebagai anaknya. Adik mak yg kami semua panggil uncle sejak kecik memang rapat dgn aku.Cuma sejak aku kawin, aku jarang berjumpa dgnnya. Uncle aku tidak ada anak perempuan, jadi selalu gak dia cakap "takpe Ct kan ada. Nanti Ct boleh tengok2kan uncle".

Uncle tak pernah meninggikan suara. Seumur hidup aku tidak pernah aku nampak dia dlm keadaan amarah dan selalu tersenyum. Bila dia kenalkan aku pada kawan2nya, he will introduce me with proud. Tak tahu aku nak terangkan mcm mana, tapi sampai aku yg naik segan.

Bila keluarga mengadakan kenduri, dia lah yang paling dipercayai menjadi wakil menjemput sedara mara. Sebut sahaja siapa, dia akan kenal semuanya. Paling membanggakan, uncle ada menyimpan buku alamat dan telefon semua saudara mara.

Pada 20 Mac 2010 uncle masuk wad utk menjalani pembedahan jantung. He looked soo well and healthy even excited nak tempuh operation tu. Sampai aku berkali2 tanya "betul uncle sihat ni, betul doc. kata ok nak buat operation?" Jawapannya, "OK, kencing manis takde, darah tinggi takde, ada sikit je buah pinggang. Tapi takde apa2lah".

I never knew that was the last time I saw him alive. Selepas operation, uncle hanya sedar sekali. Buah pinggangnya mengalami komplikasi and effect semua sistem dlm badannya. Pada pagi tanggal 27 Mac 2010, uncle menghembuskan nafasnya terakhir.

I was there semasa nurse membersihkan luka2 dibadannya utk dibawa mayatnya pulang. And I'm glad they did it softly. Terima kasih pada semua nurse wad CICU Hospital Serdang.

I love you uncle and I will miss you.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Saturday, April 10, 2010

Alice in Wonderland vs How to Train Your Dragon

Ibu : So, mana best?

Abang : Dua-dua best!!

Kakak : Alice in Wonderland!!

Adik : Adik pun dua-dua best!!!

We had fun today!!!

Wednesday, March 31, 2010

Jalan2 gi KB




25.02.10 - 28.02.10

Sorry, lambat bebeno aku mengupdate trip ke Kelantan ni. Citer dah basi but the memory is forever.

Pada hari bertolak tu, aku sepatutnya dah bercuti. Tapi tetiba ofis suruh lak aku pegi attend short training pada pagi tu. Nasib baik ler petang tu lepas gak aku cuti half day, kalau idak mau tanggal kain aku nak mempack brg nak dibawak . 5 org nyer packing ler..bukan boleh bwk sikit2. Perancangan awal nak naik keretapi di KL Sentral terus bertukar naik di Stesen Kajang. Memandangkan anak2 ada bersekolah petang, memang tak sempat ke KL Sentral. Petang balik keje tu juga, LB sempat buat lasagna utk di makan dlm tren.

Ni bukan pertama kali aku naik tren but 1st experience buat anak2 aku lebih2 lagi naik berth. Seronok nengok their happy faces bila sorang satu dpt tilam masing2.



Bila tirai berlabuh, hanya dengkuran kedengaran

Tengah malam tu dtg idea giler aku ngan Delinn nak pi kantin dlm tren. Like..it's now or never cewahhh. Amik ko.....hujung gerabak rupanya kantin tu dan penuh dek org. Peluh gak ketiak nak berjalan, terhoyong hayang dibuatnya sbb tren sedang laju. Tapi tu lerr moskel gak aku ngan Delinn..apa kes semua tido awal hehehe

Lain citer perjalanan boleh ler baca kat sini dan sini je laa kan. Sama je hehehehe **aci dak??**

All in all, this is one of the best holiday I ever had. Anak2 pun alhamdulillah masing2 tahu membawa diri. Thank you all for making this trip memorable. Next......KT yeeehaaaaa........

Monday, March 22, 2010

Tuba Teka


aunty-aunty, uncle-uncle...tuba teka, caper caye...hehehehehe

Thursday, January 28, 2010

Tin..tin..

Alhamdulillah....dapat dah. Silver :-)

Friday, January 22, 2010

Ilmu

Kadang ada tak korang rasa yg dlm diri korang nak ilmu. Like food for the soul. Just craving for it. Mcm teringin nak makan tu. Tu yg cari2 aku terjumpa ni. Ada 6 clip. Best.


http://www.youtube.com/watch?v=0odhmpCOB8M

Thursday, January 21, 2010

Medan II

sambungan

Hari Ketiga

Hari terakhir di sini, kami amik peluang berjalan di bandar Medan. Nak ke Danau Toba tak sempat dah, sbb flight balik pukul 10 mlm tu. Sempat pegi melawat Istana Maimoon dan Masjid Agung. Selebihnya meround jer sekitar bandar Medan. Takde apa2 pun. Cuaca di sana lebih kurang sama di KL, panas dan lembab. Harga barangan pun lebih kurang. Tidak semurah yg disangka. Dah tak larat meround, kami ke rumah Inem sementara menunggu waktu balik.
Petang tu dpt sms dari AA yg flight delay. Tapi since takmo menyusahkan keluarga Inem, kami bertolak juga ke airport. Dari 1 jam delay bertukar ke 2 jam. Memang lerr sengal AA nih. At last sampai rumah jam 3 pagi.

Monday, January 18, 2010

Medan

Hari Pertama
11.12.09, aku dan LB ke Medan utk majlis kenduri kahwin Inem. Sampai di airport malam tu, kami terus ke rumah Inem dgn dijemput oleh anak sedara Inem. Glamour jap masa menunggu immigresen cop passport sbb tetiba pak guard situ masuk siap bawak gambo family aku mencari aku ngan LB. Katanya ada org menunggu diluar. Perasan jap VIP ahaks!
Malam tu balik ke hotel kami dihantar naik motor oleh abg & abg ipar Inem sbb kesatu, hari dah tgh malam dan kedua, teksi pun susah nak dpt. Sonok jer naik motor, tapi bila masuk jln besar ternampak lori baru aku teringat..... mana topi keledarrrrr!!! Tapi syukurrr selamat sampai ke hotel slps dok mengucap sepanjang jln.

Hari Kedua
Sepanjang hari ke-2 kami di rumah pengantin saja. Paginya nikah. Tengahari majlis makan keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Tamu2 mula datang petang hingga ke malam. And ofkos mesti ada dangdut. Time ni camera aku dah kaput, lupa nak bwk charger bateri.

Ibu pengantin



Pengantin Lelaki



Pengantin Perempuan

Khemah



Pelamin. Bunga telur dan tepak yg penuh daun tu di cucuk atas pulut kuning. Belakang pelamin tu cermin, siap ada air mengalir lagi.

Beca, tapi sini di sebut Becek (kalau tak silap aku) . Inilah pengangkutan rasmi kami di sana dari hotel ke rumah pengantin. Kelass kan keh keh keh. Tambangnya Rp5,000-10,000 bergantung jauh perjalanan.

Hari Ketiga

bersambung...... (ngantuk lah pulak)



Buka

Buka ler balik. But with new look, new name and new owner keh keh keh. LB still author of this blog. Hopefully aku rajin-rajin gak ler update blog ni. Till then...tata..

Friday, October 23, 2009

Tutup

Aku rasa nak tutup blog ni lah...malasnya makin menjadi-jadi.(tapi memang aku memang malas update blog pun hehehehe). Lagi pun ni blog LB, aku tukang hack jer heh..heh. Rasa tak best lak, peminat2 LB dok baca aku ngarut. Apakata aku buat blog lain (pastuu tak update2 keh keh keh). Nengoklah nanti....... (alamak...nak tutup blog ni pun aku blom bagitau LB kekekeke suka suki aku jer...hish)

Wednesday, September 16, 2009

Kad Ucapan

Selesai sudah majlis yang dinanti-nanti oleh ahli Rebanamaya. Terima kasih kepada rakan2 yg sudi menderma dan yg sudi bersama2 pada hari majlis tersebut. Di sini ingin aku kongsi bersama kad ucapan terima kasih dan ucapan Salam Aidilfitri buat semua daripada Darul Izzah.





Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kembali bersiaran setelah lamaaaaa menyepi. Perasan dak blog kita dah jadik pink...keh keh keh...bos blog nih bagi wa take ober...ngeh ngeh ngeh **jeling tuan alang**.


Banyakkkk mende nak citer bebenornya, tapi tu lahh semua dalam kepala...dia dok pusing2 pastu erase, pusing2 erase. In the end tu yg tak gakkk tulis2.



Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Moga amalan dibulan ni dilipat gandakan.**tu peringatan utk diri aku sendiri tu** Tak tau lah naper, rasa gembira lak nak sambut Ramadhan kali ini.


Pada sesiapa yang akan balik ke kampung petang ni, hati2 yer bila memandu. Semoga selamat sampai. Mesti masing2 tak sabar nak pulang ke kampung ingin menyambut hari pertama Ramadhan bersama keluarga dikampung.

(macam raya lak aku nih)

Majlis Amal Rebanamaya akan diadakan tak lama lagi. Bagi pada sesiapa tidak dapat menyumbang wang ringgit, sudi-sudilah dapat meluangkan masa bersama anak yatim pada jam 8 pagi hari tersebut. Ada aktiviti memasang langsir, ada aktiviti memasang cadar, ada aktiviti lipat2 kain, ada aktiviti susun2 buku. Macam2lah yg akan di lakukan bersama anak2 yatim tersebut. Sudi2 lah yerr. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya terus atau ahli AJK yang lain.

Wednesday, July 29, 2009

Majlis Amal



Wednesday, July 01, 2009

Gema Rebanamaya

GEMA REBANAMAYA

Rebana dipalu
Alunan bergema
Bertalu-talu
Ke seluruh maya

Mari satu mari semua
Bertekad semangat bersatu usaha
Si yatim piatu perlukan kita
Menceriakan mereka dibulan mulia

Dilokek jangan harta dan tenaga
Dihulur seikhlas mana terdaya
Diharap tidak balasan mereka
Serahkan sahaja pada yang Esa

Lokasinya di Bangi di Darul Izzah
29 anak yatim jejaka kesemuanya
12 September dipilih sudah
70 ringgit seorang sumbangan dipinta

Si anak memerlukan baju Melayu
Bangunan memerlukan langsir yang baru
Makan berlauk tidak selalu
Mengharap belas pada yang mampu

Rancangan sehari bersama mereka
Jemputlah datang bersama keluarga
Membersih membuat apa yang terdaya
Berbuka bersama berterawikh juga

Cukuplah dulu rebana dipalu
Yang lain kelak menyusul cerita
Di alam maya kita membantu
Di alam fana mengumpul pahala

Angah
(aku masih ingin berkarya.. sob.. sob.. sob..)

RebanAmayA Bersama Darul Izzah

That is the name given by Angah for a project that we are longing to do this Ramadhan. We had had many gathering for fun yesteryear and this time we going to do something different.

We would like to do something that our kids could remember upon, something that they realize how lucky they are, something that we, as a parent think what will happen to our lovely children when something bad happen to us.............. Don't mean to scare. It just a reality check that we must prepare.

Last night we had a meeting at Jusco Au2. Arc and myself, Angah, Limah, Yum, Hisham and Wak discussed some thing with preparations. We made simple calculation how much money the least we need to have to make the evenet a success. Apart from that we were also discussing how we could get extra money as a contribution to the orphanage........... how we gonna spend the money for the orphanage......... what and who to cook the main dish.

We will brief everything in really a short time.

This email just to kick off everybody to do their parts.

By tomorrow we will distributing things that we wish to do and we will outline how to get the fund for this project.

Just need somebody to start with very good banners for this project. Somebody ......... Pls design the banner for us pleaseeeeeeeeeeee

Thursday, June 25, 2009

Kuala Terengganu II



alahaiiiii dah lupa aaaaa....lama sangat tinggal hehehehehe


ok...ok...petang tu balik dari melawat tapak kejadian stadium runtuh tu, [memang mcm YB wak kekekeke] aku bwk parent jenjalan ke Masjid Kristal. Cute jer rupanyerr.... Tak sempat pulak nak masuk ke Taman Tamadun Islam sebab dah petang. Taman tu tutup kul 6. Pusing2 ler kami keliling Masjid tu. Seingat aku masa 1st time dtg KT 8 tahun dulu, jalan nak ke tapak Masjid tu jln mati...tau pun sebab sesat. Laaa ni cantik dah jalan tu. Lapan tahun lagi camner lah gamaknyer yer.......













Malam tu kami gi nyibukkan diri kat umah sepupu aku yg nak kawin tu. Tak buat mende pun, tapi sempat aaaa merasa nasi dagang. Lepas makan pastu aku ngan LB ingat nak cabut lari jap pi jumpa Po, tetiba baru kuar simpang mak aku tepon kata nak balik umah sewa. Aisehh...patah balik. Nasib baik Po tak jawab tepon. Rupa ada hikmahnya jugak mak aku tepon nak balik tu...hehehehehe. Rumah Po dekat ngan umah sewa aku tuu...idak ler kami kena ulang alik dari Seberang Takir nak ke bandar. Lepas dpt tepon bertukar janji, malam tu sempat ler jumpa Po sampai laaa kul 12. [Canderalla kan kena balik kul 12 kan] hehehehhe tak lerrr.....kami pun nak balik awal, esoknya nak kena bangun awal2 sbb nikah kul 10 kat masjid. Takut tak sempat nak berkemas sbb nak berlawa kan esoknya hehehehe.




Day 3 - 7 June 2009



Pagi tu kami kuar lewat sikit dari rombongan yg lain. Saja aku nak tanak nanti mak aku susah2 nanti kelam kabut. Habis majlis nikah, kami pi lawat Nur Arfa Batik....Caya dak lawat jer???. Ha ah, jgn percaya kekekekeke. Kejap jer dah kul 12, kami rushing gi umah pengantin utk majlis sanding. Dapat ler aku merasa suasana majlis kenduri kawin di pantai timur hehehehehe. Selesai majlis, kami terus gi Losong pi beli keropok lekor Kak Yah (betui ke Po). Pastu singgah balik Pasar Payang sbb baru teringat nak beli kain mentua (geleng kat diri sendiri). Tup tup dah 3.30petang.








Bertolak balik petang tu, amikkkkkkkk...jln jem gilerr. Semua balik dari cuti sekolah kan. Pukul 2.30pagi baru kami selamat sampai ke rumah.










Aku : Bila nak pi Ganu lagi bang?????


LB : Lapan tahun lagi kott