BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 25, 2008

Jenjalan gi Bandung

Penat aaaaa tulis blog nih bebenonyer. Especially yg rajin macam aku nih. Memanjang ilang, ntah apa yg aku tekan ntah. Rasa nak muntah ada gak nih kekekekekeke. Lastly aku decide type kat word dulu than paste kat sini. Mengong!

Dah siap ke sumer nak pi nih? Aku tak siap mende pun. Takat baru tukar duit sesikit. Dok pikior pasal umah lagi. Hal makan minum anak2 tak risau sangat, LB is good at that hehehehe.

Ok meh citer itenary ke Bandung yach. Dengan khidmat Cik Limah from travel agency dot.dot.dot. hotel sudah pun di booked.

Nama hotel : Royal Dago
Name Pax : Ratu Expresindo (yg perginya semua ratu-ratu yach)
Jumlah mak2 org & anak org : 9 org
Bilik 1 : Makcik, Anne, Limah
Bilik 2 : Nora, Norma, Poii
Bilik 3 : Arc, Angah, Yam
(Roomates boleh tukar suka-sama-suka yach...)

Harga Bilik : Rp 290,000/room/day for weekend rate
Rp 277,500/room/day for weekdays rate
Extra Bed : Rp 90,000 per/day
Jumlah kos penginapan : Rp 3,345,000
Per head : Rp 371,667 = RM133.80

Since tujuan pegi adalah utk jenjalan dan shopping2, bilik hanyalah utk tiduran, jadik diharap bilik ittew nanti dpt memuaskan hati pihak semua.

Day 1
1. Check-In
2. Makan
3. Shopping

Day 2
1. Shopping
2. Jalan-jalan cari makan
3. Spa (Budget : Rp 190,000 bergantung pada package yg diambil)

Day 3
1. Jenjalan
Recommend : Tangkuban Perahu, Cimangu Hotspring, Patengan Fresh Water Lake
Untuk ke puncak, kita akan menyewa MPV/van. Budget Rp500,000-Rp600,000 satu MPV/van.
Untuk memasuki kawasan puncak, akan dikenakan entrace fee sebanyak Rp35,000 per head.
Idaklah tau beraper jauh jarak antara satu tempat ke satu tempat. So, ikut mana yg sempat yer ahkak-ahkak.

2. Shopping (kalau sempat lerrr)

Day 4
Balik daaaa.....


Ada banyak tempat shopping FO and gedung disana. Di sana nanti tak ler ditetapkan kat mana nanti nak bershopping. Pandai2 lah bwk diri tapi eloklah kalau berjalan tu berdua-duan(pegang tangan sambil hayun2 tangan kekekeke). Recommended places : Jln Dago, Jalan Riau, Pasar Baru, ........................... [sila isi tempat kosong]

Note-note:
1. Airport Tax : Sila simpan Rp100,000 (terbaru diberitahu 30/7/08) utk departure tax. (incase sumer tak hingat sbb giler shopping) . Sila rujuk di sini.
2. Maksimum berat checked-in baggage adalah 15kg. Bagi unchecked baggage adalah 7kg. Sila rujuk sini utk rate excess baggage.

OKlah itu jer info2 yg aku dpt buat masa sekarang. Apa-apa update terbaru akan diberitahu kemudian. Harap2 takdelah masalah disana nanti.
Sekian sahaja laporan dari seksitari yg melantik diri sendiri ahaks!

Thursday, July 24, 2008

Career Talk TIKL 2 days to go

Esok akan diadakan perjumpaan terakhir sebelum bermulanya ceramaha hari kerjaya di TIKL. Meeting dan dry run akan dijalankan dan dimulakan jam 8.00pm. So masih sempat lagi untuk aku ber ayam gols dgn geng geng reban.

Syarikat Touch & Go telah membuat banner untuk majlis tsb.

TQ Touch & Go

Tuesday, July 22, 2008

Hari Kerjaya 4 days to go


Sabtu ini akan diadakan hari kerjaya unuk adik adik Sekolah Teknik KL atau lebih dikenali sebagai TIKL (Technical Institution Kuala Lumpur). Jgn tanya aku mcm mana blh jadi institusi walhal dia cuma sekolah ajer. Apa pun sebagai bekas pelajar sekolah itu kami tetap berbangga menggunakan TIKL.

Lbh membanggakan lagi pada tahun itu bilamana pada tahun 1989, setelah diberi amaran oleh menteri pelajaran ketika itu, DSAI, setelah kes budak mati kena tumbuk (tahun 1988 - aku form 4 masa tu) hanya kerana inginkan nama registered, kami telah berjaya menduduki tempat ke 3 dibelakang Alam Shah serta Seri Puteri, mengatasi seteru utama kami Sains Selangor..... Bangga laaaa kan pasal TIKL bukan sekolah berasrama penuh dapat mengatasi Sekolah Sains Selangor. Banyak perkara yang kami buat untuk meyakinkan kementerian kami boleh buat yang lebih baik dari biasa dan hasilnya setahun selepas diberi amaran, keputusan peperiksaan TIKL sangat sangat membanggakan.

Kami dari Alumtek (persatuan Bekas Pelajar TIKL) bersama dengan guru kaunseling sekolah serta guru besar berusaha untuk menjadikan event pada hari sabtu ini sebagai satu event yang paling berjaya pernah dilakukan oleh bekas pelajar. Dengan sokongan bekas bekas pelajar yang hari ini penjawat jawatan penting dalam organisasi masing masing, kami telah berjaya mendapatkan sumbangan yang sangat bernilai. Kompeni seperti Touch n Go, Karangkraf, Petronas telah memberikan sumbangan yang besar dan Touch n Go sendiri bersedia menjadi penaja utama untuk majlis Sabtu ini dan telah komited untuk menjadikan TIKL sebagai Sekolah Angkat Mereka. Ini bermakna, sekolah akan mendapat sumbangan sumbangan lain atas atas program yang dianjrkan oleh persatuan bekas pelajar TIKL.

Aku akan memberi ucapan perangsang pada majlis pembukaan itu selain dari presentation kerjaya dalam bidang semiconductor ini. Aku rasa kesibukan aku untuk menjayakan program pada sabtu ini berbaloi dengan berkat usaha rakan rakan dalam Alumtek, tak kira la adik adik baru yang baru habis SPM dan kolej/universiti atau pun brader dan sister sister otai yang jauh lebih tua dari aku.

Aku tak sabar nak tunggu sabtu ini. Bawah gambar aku di TIKL


Sukan Kali Pertama TIKL Setelah berbelas tahun tak ada sukan tahunan sekolah


Inilah tandas tempat pelajar senior kami menerima watikah perlantikan nama registered. Ko tengok tuh bersihhhhhhhhh

Bersama dengan rakan rakan kumpulan kerja Ukur Tanah di Bandar Tasik Permaisuri