
Sabtu ini akan diadakan hari kerjaya unuk adik adik Sekolah Teknik KL atau lebih dikenali sebagai TIKL (Technical Institution Kuala Lumpur). Jgn tanya aku mcm mana blh jadi institusi walhal dia cuma sekolah ajer. Apa pun sebagai bekas pelajar sekolah itu kami tetap berbangga menggunakan TIKL.
Lbh membanggakan lagi pada tahun itu bilamana pada tahun 1989, setelah diberi amaran oleh menteri pelajaran ketika itu, DSAI, setelah kes budak mati kena tumbuk (tahun 1988 - aku form 4 masa tu) hanya kerana inginkan nama registered, kami telah berjaya menduduki tempat ke 3 dibelakang Alam Shah serta Seri Puteri, mengatasi seteru utama kami Sains Selangor..... Bangga laaaa kan pasal TIKL bukan sekolah berasrama penuh dapat mengatasi Sekolah Sains Selangor. Banyak perkara yang kami buat untuk meyakinkan kementerian kami boleh buat yang lebih baik dari biasa dan hasilnya setahun selepas diberi amaran, keputusan peperiksaan TIKL sangat sangat membanggakan.
Kami dari Alumtek (persatuan Bekas Pelajar TIKL) bersama dengan guru kaunseling sekolah serta guru besar berusaha untuk menjadikan event pada hari sabtu ini sebagai satu event yang paling berjaya pernah dilakukan oleh bekas pelajar. Dengan sokongan bekas bekas pelajar yang hari ini penjawat jawatan penting dalam organisasi masing masing, kami telah berjaya mendapatkan sumbangan yang sangat bernilai. Kompeni seperti Touch n Go, Karangkraf, Petronas telah memberikan sumbangan yang besar dan Touch n Go sendiri bersedia menjadi penaja utama untuk majlis Sabtu ini dan telah komited untuk menjadikan TIKL sebagai Sekolah Angkat Mereka. Ini bermakna, sekolah akan mendapat sumbangan sumbangan lain atas atas program yang dianjrkan oleh persatuan bekas pelajar TIKL.
Aku akan memberi ucapan perangsang pada majlis pembukaan itu selain dari presentation kerjaya dalam bidang semiconductor ini. Aku rasa kesibukan aku untuk menjayakan program pada sabtu ini berbaloi dengan berkat usaha rakan rakan dalam Alumtek, tak kira la adik adik baru yang baru habis SPM dan kolej/universiti atau pun brader dan sister sister otai yang jauh lebih tua dari aku.
Aku tak sabar nak tunggu sabtu ini. Bawah gambar aku di TIKL

Inilah tandas tempat pelajar senior kami menerima watikah perlantikan nama registered. Ko tengok tuh bersihhhhhhhhh


3 comments:
sekolah sains selangor kan sekolah budak2 subsidi bukan spt sekolah berasrama penuh yg lain. pencapaian pun mmg biasa-biasa saja..itu kata cikgu yg pernah mengajar kat situ.
royce
Aku bayangkan ko mesti bermuka innocent macam sudirman dengan jambul sejemput ala-ala jeffrydin ..wakakakaka
hidup T.I hehhehehhehe
par
Post a Comment