BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 14, 2010

Pak Cik

Korang ada tak uncle yg korang rapat dgnnya, boleh bergurau senda, boleh di bawa sebagai kawan dan anggap kita sebagai anaknya. Adik mak yg kami semua panggil uncle sejak kecik memang rapat dgn aku.Cuma sejak aku kawin, aku jarang berjumpa dgnnya. Uncle aku tidak ada anak perempuan, jadi selalu gak dia cakap "takpe Ct kan ada. Nanti Ct boleh tengok2kan uncle".

Uncle tak pernah meninggikan suara. Seumur hidup aku tidak pernah aku nampak dia dlm keadaan amarah dan selalu tersenyum. Bila dia kenalkan aku pada kawan2nya, he will introduce me with proud. Tak tahu aku nak terangkan mcm mana, tapi sampai aku yg naik segan.

Bila keluarga mengadakan kenduri, dia lah yang paling dipercayai menjadi wakil menjemput sedara mara. Sebut sahaja siapa, dia akan kenal semuanya. Paling membanggakan, uncle ada menyimpan buku alamat dan telefon semua saudara mara.

Pada 20 Mac 2010 uncle masuk wad utk menjalani pembedahan jantung. He looked soo well and healthy even excited nak tempuh operation tu. Sampai aku berkali2 tanya "betul uncle sihat ni, betul doc. kata ok nak buat operation?" Jawapannya, "OK, kencing manis takde, darah tinggi takde, ada sikit je buah pinggang. Tapi takde apa2lah".

I never knew that was the last time I saw him alive. Selepas operation, uncle hanya sedar sekali. Buah pinggangnya mengalami komplikasi and effect semua sistem dlm badannya. Pada pagi tanggal 27 Mac 2010, uncle menghembuskan nafasnya terakhir.

I was there semasa nurse membersihkan luka2 dibadannya utk dibawa mayatnya pulang. And I'm glad they did it softly. Terima kasih pada semua nurse wad CICU Hospital Serdang.

I love you uncle and I will miss you.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Saturday, April 10, 2010

Alice in Wonderland vs How to Train Your Dragon

Ibu : So, mana best?

Abang : Dua-dua best!!

Kakak : Alice in Wonderland!!

Adik : Adik pun dua-dua best!!!

We had fun today!!!

Wednesday, March 31, 2010

Jalan2 gi KB




25.02.10 - 28.02.10

Sorry, lambat bebeno aku mengupdate trip ke Kelantan ni. Citer dah basi but the memory is forever.

Pada hari bertolak tu, aku sepatutnya dah bercuti. Tapi tetiba ofis suruh lak aku pegi attend short training pada pagi tu. Nasib baik ler petang tu lepas gak aku cuti half day, kalau idak mau tanggal kain aku nak mempack brg nak dibawak . 5 org nyer packing ler..bukan boleh bwk sikit2. Perancangan awal nak naik keretapi di KL Sentral terus bertukar naik di Stesen Kajang. Memandangkan anak2 ada bersekolah petang, memang tak sempat ke KL Sentral. Petang balik keje tu juga, LB sempat buat lasagna utk di makan dlm tren.

Ni bukan pertama kali aku naik tren but 1st experience buat anak2 aku lebih2 lagi naik berth. Seronok nengok their happy faces bila sorang satu dpt tilam masing2.



Bila tirai berlabuh, hanya dengkuran kedengaran

Tengah malam tu dtg idea giler aku ngan Delinn nak pi kantin dlm tren. Like..it's now or never cewahhh. Amik ko.....hujung gerabak rupanya kantin tu dan penuh dek org. Peluh gak ketiak nak berjalan, terhoyong hayang dibuatnya sbb tren sedang laju. Tapi tu lerr moskel gak aku ngan Delinn..apa kes semua tido awal hehehe

Lain citer perjalanan boleh ler baca kat sini dan sini je laa kan. Sama je hehehehe **aci dak??**

All in all, this is one of the best holiday I ever had. Anak2 pun alhamdulillah masing2 tahu membawa diri. Thank you all for making this trip memorable. Next......KT yeeehaaaaa........