BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 25, 2010

15 Ramadhan 1431

Salam,

Selamat Berpuasa ols. Lama betul aku tak bukak blog nih..aritu kemain berkobar2 nak update tiap2 minggu...ha ah minggu2 jer bukan hari2. La nihh apa jadi..hampeh.

Puasa kali ini aku rasa best sesangat. Aku rasa aku lebih relax kott. Masuk ofis kul 8pagi tapi lepas subuh jer aku dah terus keluar. Drive pagi2 memang mendamaikan bila jln smooth jerr. Sampai opis kul 6.45 gitu aku sambung tido sampai kul 8. Balik lak kul 4 tepatt nak beat the jem. Pukul 5ptg aku dah sampai rumah yippie!!!! Kalau hari biasa mana bisa.....mau kul 7.30 baru sampai rumah.

Bulan ramadhan ni seronok nengok anak2 berpuasa. Alhamdulillah senang nak kejut bangun sahur. Cuma adik jer ler... kejap2 tanya lagi braper jam nak berbuka. Walaupun berpuasa, muka masing2 happy jerr...syukurrr..

Selama ni aku tak pernah bwk kakak dan adik gi terawih. Tahun ni pertama kali aku bwk mereka dan rasa best sesangat. Tapi tu hmmm...sekali tu jer lerr...pastu liat. Nak2 lak aku 'cuti'. Takpe masih ada 15hari lagi. Masih ada harapan. Arini dorang last periksa, so mlm ni blh pujuk dorang pegi.


Oklah...till next time..errr entah bila hehehe..daaaaa






Thursday, May 13, 2010

Gubahan Hantaran Fird@us



Coklat

Hantaran2 yg dah siap.


Gubahan sireh junjung aku yg pertama. Selalunya gubahan yg dlm bakul tu jer.


Wednesday, April 14, 2010

Pak Cik

Korang ada tak uncle yg korang rapat dgnnya, boleh bergurau senda, boleh di bawa sebagai kawan dan anggap kita sebagai anaknya. Adik mak yg kami semua panggil uncle sejak kecik memang rapat dgn aku.Cuma sejak aku kawin, aku jarang berjumpa dgnnya. Uncle aku tidak ada anak perempuan, jadi selalu gak dia cakap "takpe Ct kan ada. Nanti Ct boleh tengok2kan uncle".

Uncle tak pernah meninggikan suara. Seumur hidup aku tidak pernah aku nampak dia dlm keadaan amarah dan selalu tersenyum. Bila dia kenalkan aku pada kawan2nya, he will introduce me with proud. Tak tahu aku nak terangkan mcm mana, tapi sampai aku yg naik segan.

Bila keluarga mengadakan kenduri, dia lah yang paling dipercayai menjadi wakil menjemput sedara mara. Sebut sahaja siapa, dia akan kenal semuanya. Paling membanggakan, uncle ada menyimpan buku alamat dan telefon semua saudara mara.

Pada 20 Mac 2010 uncle masuk wad utk menjalani pembedahan jantung. He looked soo well and healthy even excited nak tempuh operation tu. Sampai aku berkali2 tanya "betul uncle sihat ni, betul doc. kata ok nak buat operation?" Jawapannya, "OK, kencing manis takde, darah tinggi takde, ada sikit je buah pinggang. Tapi takde apa2lah".

I never knew that was the last time I saw him alive. Selepas operation, uncle hanya sedar sekali. Buah pinggangnya mengalami komplikasi and effect semua sistem dlm badannya. Pada pagi tanggal 27 Mac 2010, uncle menghembuskan nafasnya terakhir.

I was there semasa nurse membersihkan luka2 dibadannya utk dibawa mayatnya pulang. And I'm glad they did it softly. Terima kasih pada semua nurse wad CICU Hospital Serdang.

I love you uncle and I will miss you.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.