BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 23, 2008

Gegar Pantai Balok

Ok aku tahu dah lambat sangat untuk aku catatkan kisah Gegar Pantai Balok. Sorry aaaaa waaaa banyak sibukkkkkkk.

Ramai yang dah tulis dah dalam blog masing masing tapi aku ingin juga tulis untuk kenangan aku dan Arc utk masa hadapan.

Keseluruhannya, program yang dijalankan berjalan dengan sangat lancar. Asalnya dirancang untuk menunggu kepulangan cuti Wakame dari Osaka, tetapi terpaksa diawalkan ke tarikh 21hb Jun. Ini bagi memenuhi keinginan DQ Delinn yang telah pun berhijarh ke ceruk dunia Malaysia di Changlun.

Apa pun, perkelahan ini sungguh sempurna bagi aku dan ramai yang lain. Ramai yang dapat menghadirkan diri untuk perkhemahan Gegar ini. Antara yang hadir ikut kereta:

1. LB, LA and kids
2. Angah and Wan + Delinn
3. Deo + Jijo + Imas
4. Par + GF alias@ Tunang ....... betul tak
5. Kong, Isteri and kids
7. Alang dan Zura
8. Kawan Alang 2 org dan anak buah alang
9. Cik Long + Limah
10. OB + Chombi + Che Det dan Fiza
11. Lady Fara, Hamid and kids
12. Afzan +boboy dan man
13. Ila dan Husband dannnnnnnnnnnnnnnn
14. KUEH SERI MUKA MAK ETY................. kena gak tulis wakil badan ME dan Apak kekekekekekeke

Kedatangan kita semua disambut oleh khemah yg telah tersergam goyang ditiup angin kencang laut. Ini sungguh menghampakan aku kerana tak boleh nak tunjuk skil untuk pasang khemah. Tetapi kehampaan itu sekejap ajer rupanya kerana tak lama dari masa itu si Deo nak pasang khemah dia sendiri. So Aku bersama Jijo (yg mmg sepatutnya kena buat la kan pasal nak tumpang khemah Deo) dan Deo pun memasang khemah. Baru aku rasa ada thrill berkhemah sama seperti masa sekolah dulu dulu.

Selepas semua dah settle, sebahagian masuk laut termasuk la anak anak aku sementara sebahagian lagi main frisbie. Aku Deo dan jijo serta Wan menunjukkan skil masing masing main frisbie nih. Walaupun Frisbie dibawa oleh Deo, tapi aku rasa aku lebih bagus main dari dia wakakakakakakaakakak. Bila si Afzal dan kawan kawan dia datang ke pantai, terus kita pakat ajak main beach volleyball. Aku ber partner dengan Wan serta Afzal, lawan Deo, Jijo dgn salah sorang kawan Afzal.

Cehhh ............ part yang nih aku terpaksa mengaku la si Deo, Jijo dgn si kawan Afzal nih memang bagus main. Dorang menang ketiga tiga game tuh. Hampeh ajer aku rasakan. Rasa macam boleh ajer aku tamparkan bola tuh dan cop si Deo ke Jijo ke tapi langsung tak jadi kekekekekekeke. Kecundang juga aku.

Lepas main dekat dekat nak maghrib tuh si Alang dgn si Par cuba hidupkan api BBQ, Aku datang menolong untuk hidupkan api. Tak lama lepas tuh si Ila dan lakinya datang dan sama sama tolong besarkan api dan arang, terus menjadi. Terer juga lakinya si Ila nih. Ila kata memang lakinya suka kamping kamping nih.

Bila bara dah naik aku, Angah, Shuhairi (laki si Ila), Par dan Wan pun mulakan bbq. I tell you BBQ yang kawan Zura buat tuh memang kelas lah. Aku siap dah pesan dgn Zura suruh belajar mcm mana nat buat marinate tuh.

Sessi membakar bermula dari jam 7.45pm sampai la ke jam 10.15pm. Mamat German kat sebelah kita org musti bengang kita org tak invite langsung pun depa makan sekali dgn kami. Walhal masih byk yg berlebih malam tuh sehinggakan dimakan oleh kucing masa kita org semua dah masuk tido. Dan dalam sessi yang sama biasanya yang untung tukang bakar la kan. tengok la perut kita org kekekekekekeekekek, kecuali Angah la yg masih Flat lagi. Yg lain macam model tayar michellin tuh hehehehehehehehe.

Puas makan sambil cite cite datang la si Pojie tuh yg sekarang dah menetap kat Kemamang tuh. Datangnya dgn bisnis dia jual minyak power. Bukan minyak power yg urut urut tuh ekkkkkk. Itu minyak nak kasi power enjin kete. Ada la yg membelinya macam si Wan dan Si Hamid Farah. Aku tak beli pasal aku tak nak keta aku power, Aku nak jimatkan minyak ajer. Walaupun dia kata boleh jimatkan minyak sebanyak 20% tapi aku masih ragu ragu lagi. Lain la lepas nih si Hamid dgn Si Wan promote gila gila kat aku minyak yuh memang power. After all distributor minyak tuh kat Seksyen 4 ajer. Dekat sangat dengan rumah aku hehehehehehehehehe.

Malam kononya nak tengok rusia dikalahkan oleh belanda, tapi masing masing penat terus masuk khemah antara jam 12.00am ke 3.00am tuh. Cuma bangun pagi ajer tahu Belanda dikalahkan pula oleh rusia 3 - 0.

Pagi tuh ramai yang masuk ke laut, Aku setakat tengok orang tarik pukat ajer. Anak anak aku jgn cakap la kan. Pantang jumpa air. Si Arc temankan dorang pun siap main air sekali sama limah dengn Si Delin. Aku lepak lepak ajer sambil menunggu kawan aku yang di Kuantan tuh datang untuk berikan aku sesuatu untuk majlis Konvokesyen UPM kita orang nanti.

Lepas masing masing dah mandi laut, apa lagi sessi mengemas nak pulang lah. Sambil tuh sessi buka hamper. Konon konon macam nak buat hadiah utk permainan tradisional laaaaa, lucky draw, hampeh satu pun tak jadi. Last last buka hamper bagi pada semua kekekekekekeke. Lantak la janji enjoy.

So tengahari kita pun pulang. Perjalanan tak ada la terasa jauh sangat. Walaupun aku dengan si Wan drive like 90~100kmh, kami rasa ok ajer hehehehehehehehe. Kena jimatkan minyak wooooo. Deooooooooo, aku kira aku dapat 13.6km setial liter petrol aku. OK la kannnnnnnn.

So pada kawan kawan yang lain bawak macam aku dengan Wan bawak keta, byk Jimat Minyak Woooooooooo. Next long haul trip kita ke Kuala Kangsar pulak. kita konvoi bawa selaju yang aku dan Wan bawak. Jimat minyak la kan pasal si Putri takkan subsidikan Tol nak ke Majlis kawen dia wakakakakakakakaak. Putri ......................... peace. aku gurau ajer hehehehehehehe. Kita org akan sampai pada majlis ko nanti heheheheheheh.

Untuk gambar gambar korang tengok la kat lain lain blog hehehehehehe.

0 comments: