Jumaat lepas aku amik half day dgn LB pergi jalan2 ke Segamat. Camner??? Aku rasa best gilerrr heheheheh... relax jer ala2 lite n easy, LB bawak keter pun 90km sejam. Rasa seronok jln ikut jln kampung, especially area Tampin, kiri kanan nampak bukit, hijauuuu jerr..ada gak lah lompong2 org dok tanam semula kelapa sawit, tapi best sbb bukan semua sepanjang jln tu kawasan kelapa sawit. Banyak kawasan kampung dan hutan2.
Aku gi Segamat sbb adik kawan baik aku kawin. Adik yg bongsu, wedding yg last for her family, have to go, tak pegi aku kena sembelih hehehehe. Ekceli aku nak pegi pada hari majlis tu jer, Sabtu tu, makan2 pastu balik. Tapi kawan aku dah siap booking hotel soh datang awal. So, pegilah kan..dah dpt hotel pree hehehehehe. Sampai Segamat tak sangka aku bandar dia besar. Lebih besar dari bandar Kajang. Ada sungai besar ditengah2 bandar Segamat tu. Patutlah Segamat selalu banjir. Dalam sibuk2 merewang kat kenduri kawin tu, aku sempat merewang kat kedai kain Jackel kat bandar tu hehehehe. LB terinvest jugaklah beli kain hihihi...beli utk aku, investment la tu kan.
Apa lagi yerr...owh hotel aku duduk tu hotel baru. Kalah Hotel Puaka kekekekekeke sebab sumer brg baru kott & harga pun murah. Utk bilik Superior, RM55/nite for weekdays and RM 65 per nite for weekend. Cuma semput naik tangga sbb bilik aku tingkat 4. Lift dia tgh renovate. Punyalah banyak hotel kat Segamat nih. Rumah tumpangan pun banyak. Saper lah yg rajin datang Segamat ni yer..moskel aku.
Hari Sabtu tu, aku bertolak dari Segamat kul 4.30. Tu pun org masih ramai lagi kat umah pengantin. Kaki aku dah sakit2 dah masa tu. Merewang ler kononnya. Nak rush gi kenduri kat Seremban lak. Wedding kwn LB sesama study master aritu. Sampai Seremban dah maghrib. Tumpang solat jap kat umah kwnnya. Pi hantor hadiah jer. Sempatlah berkenalan ngan pengantin perempuannya.
Itu jer lah journey aku weekend aritu. Jalan-jalan pegi makan....ke patut tukar jadik jalan-jalan terbeli kain hehehehehhe
6 comments:
cantik ke kain tu? *mode menyibuk* heheeheh
Lagi satu, lupa lak.
Gambar mana???
lin,
alahai..tak amik gambo. Tak teringat langsung. Kain, ofkos ler cantik hehehehe
ha tengok?? kan betul cam aku kata.. mesti ada citer bab kain nyer...wakakaka
Ada UiTM ler kat situ
az
la, ko pun gi jakel?? wakaka
Post a Comment