
Kelmarin aku telah menunggu sepucuk surat yang telah lama juga aku nantikan. Harapan aku memang besar untuk menunggu jawapan surat ini. Aku sangkakan peluang ini sudah terlepas kerana menurut pengalaman dari mereka yang lepas, kebiasaannya surat jawapan akan dikeluarkan pada pertengahan April, apatah lagi tarikh tutup permohonan itu adalah pada pertengahan Februari.
Kini aku telah diterima untuk mengikuti Program MS. Eng in Environmental Engineering. Satu program yang aku fikirkan wajar dan berprospek untuk masa hadapan. Satu program yang akan menjadi satu batu loncatan kepada aku meneroka tugasan yang lebih mencabar pada masa hadapan. Satu program yang mana tahu akan bergandingan dengan Karam Singh Walia ...... hehehe ..... siapa tahukan.
Tapi seperti yang telah diberitahu sebelum ini melalui blog lama aku, perkara seperti diatas bukan segala galanya. Hasrat aku sambung belajar sebenarnya lebih besar untuk membuktikan kepada anak anak aku yang proses pembelajaran ini tidak terhenti sehingga kita telah bekerja. Aku nak mereka faham belajar itu berterusan. Aku nak mereka faham kalau ayah mereka boleh berterusan belajar, kenapa tidak mereka. Aku nak mereka faham untuk mengecap kejayaan tidak perlu menjadi insan luar biasa cuma usaha itu sahaja yang perlu keluar dari kebiasaan.
Orang berjaya berusaha lebih dari orang kurang berjaya. Itu yang hendak disematkan didalam fikiran anak anak aku.
Julai 2006, aku nantikan dengan penuh debaran
Thursday, May 04, 2006
Master Engineering in Environmental Engineering
Ditulis oleh Nor Razi at 9:36 AM 2 comments
Wednesday, May 03, 2006
Antara Hobi AKu
Aku ada satu hobi yang pada tanggapan Arc mungkin pelik bagi orang seusia aku. Terpulang lah kepada pandangan orang tapi bagi aku tak kerana aku seorang yang bersifat visual. Lantaran dari sifat ini aku menyenangi benda benda yang menarik dimata aku.
Aku tahu aku tak berseorangan. Aku pernah kerumah seorang blogger dengan nick Sempoi untuk mengambil karamel (ummmm memang sedap) kesukaan Arc. Suami si Sempoi, Din pun mempunyai minat yang sama dengan aku. Satu minat yang boleh dikongsi bersama anak anak terutamanya lelaki. Satu minat yang boleh dijadikan modal pujukan keatas anak anak gitu. Tapi kalau aku la, tak ada la aku sampai nak buat begitu kerana hobi ini juga memakan belanja yang besar ..... bagi aku la yang susah nak cukup bulan bulan. Aku cuma menunggu masa anak anak aku besar sedikit dan pandai value benda benda yang aku beli. Tak adalah rosak memanjang ajer benda yang aku beli dek kerana ketangkasan dia orang bermain dengan barangan hobi aku ini.
Selain dari aku menunggu anak anak aku besar aku perlu sediakan tempat simpanannya yang makan beratus ratus kalau tak ribuan Ringgit Malaysia. Pun satu sebab kenapa aku menangguhkan hobi aku ini. Cuma yang pasti jika berkesempatan aku ke gedung membeli belah Arc tahu mana nak cari aku kalau dia dapati aku hilang dari pandangan dia.
Aku dan hobi aku ............ Kereta Model Die Cast
Ditulis oleh Nor Razi at 10:26 AM 5 comments
Tuesday, May 02, 2006
Hari lahir dan kejutan
Pada 18hb April kelmarin adalah hari ulang tahun kelahiran Arc. Aku biasanya akan bawa dia makan ajer diluar dan belikan kek untuk dimakan bersama sama keluarga. Hadiah pun lebih kurang ajer pasal aku pun bukannya ada duit lebih banyak sangat dalam kocek bulan bulan aku. Biasa biasa ajer.
Tahun ini aku dah fikirkan apa aku nak beri dan aku tetapkan hati ajer aku nak belikan untuk Arc. Dalam tag ada juga kawan kawan Arc ajak nak buat surprise party untuk Arc kat KLCC. Apa la si Angah dengan si Fara nih. Nak buat surprise tapi canangkan kat dalam tag. Macam la si Arc tu takkan tahu.
Tengah aku berkursus tiba tiba aku dapat sms dari besfren Arc. Ajak buat surprise dinner untuk Arc. Kalau kami sekeluarga keluar makan tuh biasala kan. Tapi dengan kehadiran kawan dia mesti satu kejutan punya. Aku pun setuju ajer. Pendekkan cerita malam itu kami makan di Yankees Hut BBB. Terkejut la jugak dia tengok kawan dia dah duduk tunggu dengan kek harijadi. Malam itu kami makan enjoy dan lupa seketika pulak aku dalam diet malam itu.
Semalam pula 1hb May, ulang tahun kelahiran Azfar, anak sulung kami. Dia minta dibuatkan majlis harijadinya sebab nak panggil kawan kawan dia datang rumah. Dia siap dah beritahu kawan kawannya yang dia akan buat majlis harijadi dirumah. Walhal kami belum buat keputusan lagi tentang itu. Dia juga nyatakan keinginan nak ajak kawan kawan tadika dia dan minta aku panggil mereka bersama kedua dua ibubapa mereka. Aku tak juga katakan setuju. Diam ajer aku. Ingatkan nak buat surprise la untuk dia. Tiba tiba ajer cikgu tadika dia datang rumah, tiba tiba ajer besfren tadika dia pun datang bersama. Ingatkan la nak buat surprise.
Tapi apakan daya, Si Shasha adik dia yang masih bersekolah tadika nih pun terlepas cakap yang Cikgu dia sama anak anak dia nak datang. Maka tak jadi la surprise tuh. Dah jadi macam majlis harijadi biasa ajer. Tapi masih juga enjoy.
Si Azfar tuh pagi pagi lagi dah bersiap dah. Aku balik dari KLIA tengok dia dah siapkan diri dah. Jam baru pukul 10am dan majlis tuh hanya bermula pada jam 3.30pm. Punya la bersemangat dia. Tengah kami bersiap siapkan susunan meja dan kerusi serta makanan, dia boleh sound kat kami mana dia meja hadiah. Sabar ajerla anak aku nih. Meterialistik betul.
At the end of the day, kawan kawannya datang dan he had a great time. Malam tadi sebelum pukul 10pm dia dah terlelap. Kepenatan menunggu majlis nya serta kawan kawan dia.
Untuk Arc dan Azfar. Selamat panjang umurnya serta mulia.
Ditulis oleh Nor Razi at 9:57 AM 4 comments