BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 03, 2006

Antara Hobi AKu

Aku ada satu hobi yang pada tanggapan Arc mungkin pelik bagi orang seusia aku. Terpulang lah kepada pandangan orang tapi bagi aku tak kerana aku seorang yang bersifat visual. Lantaran dari sifat ini aku menyenangi benda benda yang menarik dimata aku.

Aku tahu aku tak berseorangan. Aku pernah kerumah seorang blogger dengan nick Sempoi untuk mengambil karamel (ummmm memang sedap) kesukaan Arc. Suami si Sempoi, Din pun mempunyai minat yang sama dengan aku. Satu minat yang boleh dikongsi bersama anak anak terutamanya lelaki. Satu minat yang boleh dijadikan modal pujukan keatas anak anak gitu. Tapi kalau aku la, tak ada la aku sampai nak buat begitu kerana hobi ini juga memakan belanja yang besar ..... bagi aku la yang susah nak cukup bulan bulan. Aku cuma menunggu masa anak anak aku besar sedikit dan pandai value benda benda yang aku beli. Tak adalah rosak memanjang ajer benda yang aku beli dek kerana ketangkasan dia orang bermain dengan barangan hobi aku ini.

Selain dari aku menunggu anak anak aku besar aku perlu sediakan tempat simpanannya yang makan beratus ratus kalau tak ribuan Ringgit Malaysia. Pun satu sebab kenapa aku menangguhkan hobi aku ini. Cuma yang pasti jika berkesempatan aku ke gedung membeli belah Arc tahu mana nak cari aku kalau dia dapati aku hilang dari pandangan dia.

Aku dan hobi aku ............ Kereta Model Die Cast

5 comments:

Angah said...

satu masa beberapa tahun yang lalu aku pernah nak ada hobi ni.. tapi tak lalu sebab mahal and aku tak leh nak imagine mana nak simpan.

pawaka1 said...

aku ada hobby model train .....tapi dah lama stop ...too expensive

Fara said...

kalau hobi ko mengumpul setem lagi aku pelik .. so yg ni kira orait la ni.. hehehe ... dah berapa almari collection?

Nor Razi said...

Angah

Aku masih akan tetap mengumpul koleksi kete die cast ini dan akan aku simpankan kedalam almari khas untuk kete itu

Kok

Anak aku suka model train juga. In fact baru2 nih present harijadi dia aku belikan Tom's Train.

Fara

Belum ada koleksi lagi. Tunggu anak anak aku besar sket.

Angah said...

ehem.. aku kumpul stem gak eh dulu. ada lagi satu hobi aku yg aku nak kasi korang tau ni is kumpul boyfren, boleh? hahahaha..