BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 04, 2006

Master Engineering in Environmental Engineering


Kelmarin aku telah menunggu sepucuk surat yang telah lama juga aku nantikan. Harapan aku memang besar untuk menunggu jawapan surat ini. Aku sangkakan peluang ini sudah terlepas kerana menurut pengalaman dari mereka yang lepas, kebiasaannya surat jawapan akan dikeluarkan pada pertengahan April, apatah lagi tarikh tutup permohonan itu adalah pada pertengahan Februari.

Kini aku telah diterima untuk mengikuti Program MS. Eng in Environmental Engineering. Satu program yang aku fikirkan wajar dan berprospek untuk masa hadapan. Satu program yang akan menjadi satu batu loncatan kepada aku meneroka tugasan yang lebih mencabar pada masa hadapan. Satu program yang mana tahu akan bergandingan dengan Karam Singh Walia ...... hehehe ..... siapa tahukan.

Tapi seperti yang telah diberitahu sebelum ini melalui blog lama aku, perkara seperti diatas bukan segala galanya. Hasrat aku sambung belajar sebenarnya lebih besar untuk membuktikan kepada anak anak aku yang proses pembelajaran ini tidak terhenti sehingga kita telah bekerja. Aku nak mereka faham belajar itu berterusan. Aku nak mereka faham kalau ayah mereka boleh berterusan belajar, kenapa tidak mereka. Aku nak mereka faham untuk mengecap kejayaan tidak perlu menjadi insan luar biasa cuma usaha itu sahaja yang perlu keluar dari kebiasaan.

Orang berjaya berusaha lebih dari orang kurang berjaya. Itu yang hendak disematkan didalam fikiran anak anak aku.

Julai 2006, aku nantikan dengan penuh debaran

2 comments:

pawaka1 said...

teruskan cita2 tu

Angah said...

congratulations!!!!!! selamat menempuh alam persekolahan semula. it's gonna be tough, but hey, it's YOU that we are talking about, right? so tak yah le nak bagi banyak sangat support because i know, YOU CAN DO IT and YOU WILL DO IT!!

good luck, man!!