BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 24, 2006

Cerita ringkas kelas aku

Lama dah dah update blog. Tak sempat sempat aku nak tulis blog. Sibuk ajer memanjang. Dengan kerja kerja pejabat yang hendak dilayan, dengan kertas kerja untuk simposium yang akan dijalankan tak lama lagi dan yang terbaru dengan kelas kelas hujung minggu aku.

Memang penat. Sering kali mata ini hendak ajer layu tak kala memulakan kerja. Minggu lepas pun masuk tag Joe sekejap ajer aku dah terlelap.

Banyak dulu yang aku nak ceritakan terutamanya perihal First Aid. Aku ada mengikuti latihan First Aid oleh St.John Ambulance. Banyak perkara yang aku fahami silap sebelum ini. Walau bagaimana pun aku akan ceritakan perihal ini di lain masa. Buat masa ini aku nak ceritakan kelas Master aku.

Kelas aku telah bermula pada 15hb Julai yang lepas. Slow juga kepala otak nak mulakan belajar balik ini. Yang menjadi advantage kat aku bila kelas yang aku belajar ini bersangkutan terus dengan kerja yang aku buat. Jadi tak adalah termusykil musykil aku.

Kelas aku kalau ikutkan jadual memang nampak macam pack. Masuk 2.30pm habis 6.30pm utk Sabtu dan 9.30am sampai 6.30pm utk Ahad. Tapi sebenarnya balik cepat juga. Pensyarah suka skip slide presentation dia dengan alasan kami boleh baca sendiri nanti. Dia hanya akan terangkan mana yang sepatutnya dia terangkan.

Kalau ikutkan pengalaman aku masa belajar di Liverpool dulu, kalau lecturer buat tak kisah dengan satu satu topic memang ada harapan besar la topic tuh tak akan keluar exam nanti. Rasa rasa lecturer UPM pun macam tuh juga ker. Kalau macam itu seronok betul aku .......

Untuk kelas yang pertama, Air Pollution Engineering, dah terus dapat assignment. Assignment penting untuk back up markah final exam nanti. Aku rasa aku masih ada advantage berbanding student lain yang kebanyakkan student yang tak ada pengalamankerja atau tiada pengalaman berkaitan dengan subjek yang dipelajari(yang ini yg kerja dengan jabatan kerajaan spt JKR, MOH, Konsultant. Tak adalah nak kata aku boleh score cuma aku rasa aku boleh siapkan kerja aku dengan mudah ajer.

Untuk kelas aku yang pertama ini cuma ada seramai 8 ker 9 orang murid ajer. Agaknya subjek ini tidak menarik minat ramai pelajar kot. Tak apalah janji aku habiskan ajer subjek ini.

Hari Sabtu dan Ahad yang lepas ini ada lagi kelas Environmentak Health Engineering pula. Ini pun banyak juga yang aku nak sampaikan kepada reader semua. Some kind of 3-way teaching technic. Disamping itu juga untuk menajamkan ingatan aku atas apa yang aku pelajari. Subjek ini lebih menjurus kepada Water Resources dan Water Pollution. Buat masa ini biar aku reserve sket topik ini, Insyaallah dalam minggu ini juga aku akan terangkan kembali apa yang telah aku pelajari. Yang ini pun penting bagi semua masyarakat supaya pertanggung jawaban ada keatas setiap bahu masyarakat kita.

Untuk kelas ini ada seramai 19 orang termasuk seorang pelajar dari Iran. Surprisingly mamat Iran ini berkebolehan bercakap Malayu. Malahan aku diberitahu oleh pensyarah dia ini dapat 100% dalam ujian Bahasa Melayu sebelum memasuki Program Master ini. Cakap/Debat dia juga hebat juga di dalam kelas. Hari Sabtu yang lepas boleh kita orang berdebat dengan dia hampir 2 jam semata mata kita mempunyai cara yang berbeza dalam menangani masalah air antara kita dengan negara asalnya. Kalau ikut pensyarah the discussion was very live but to some quater, it was so irritating. Buang masa ajer nak berdebat dengan dia.

Last Last semalam masa buat group discussion, aku diminta oleh pensyarah supaya jangan duduk satu kumpulan dengan Mamat Iran nih takut nanti kerja tak siap pasal asyik nak berdebat ajer. Di samping itu aku telah diminta oleh pensyarah supaya tidak duduk bersama dengan rakan kerja aku. Dia suruh split group supaya setiap kumpulan ada student yang dah ada pengalaman kerja bersama dengan pelajar yang terus buat Master dari undergrad programme.

Aku tak kisah. Kelas pun habis cepat. Jam 3.30pm dah habis instead of 6.30pm. Okay juga macam ini kalau kelas selabu habis awal. Ada can aku nak main takraw ker atau bola petang petang.

Walau apa apa pun, ia tetap memenatkan badab. Aku ingat nak ambil cuti ajer nak segarkan badan aku balik. Bukan nak jalan mana mana cuma nak relaks ajer. Nak bagi fresh kembali tenaga. Nanti boleh la aku siapkan kertas kerja untuk simposium dan juga assignment yang telah disuruh oleh pensyarah nanti.

Ok, nanti aku update lagi

Tuesday, July 11, 2006

Rupanya aku masih kurang sopan

Aku dah beberapa hari ini kurang sihat. Asalnya running nose dan sekarang dah sampai ketahap batuk batuk pulak.

Aku kalau batuk, macam orang kena batuk kering gitu. Selagi rasa irritate selagi tuh la aku batuk kuat kuat. Kalau macam kat iklan TV tu, kalau boleh digarukan, hendak ajer aku garukan tekak aku yang gatal ini. Bagi lega sket kegatalan itu.

Lozengees dah berapa banyak aku makan sampaikan tekak aku rasa semacam ajer tapi tekak aku masih gatal lagi. Phlegm aku sampai dah hijau pekat dah. Aku dah jumpa doktar awal awal lagi masa batuk aku baru nak jadi. Doktor cuma berikan aku ubat batuk dan clarinase ajer. Itu 3 hari yang lepas dan ubat pun dah habis, dan sakitnya tak baik baik lagi. Aku tahu kalau kahak dah hijau sepatutnya doktor akan berikan antibiotik.

Nih yang aku maleh nak pegi ke klinik lagi nih. Nak queue malas dan nak kesana pun malas. Ada separuh orang tuh dia sanggup berdehem dan telan balik kahak tuh. Aku bukan dari kalangan spesis tuh. Aku kalau batuk, kasi kuat kuat kasi bergegar kerongkong kasi kahak keluar lepas tuh aku ludah kan ajer kat luar. Kalau kat luar opis la kadang kadang tak sempat sempat aku ludah kan ajer kat longkang ke atau ke kaki lima. Time macam ini la kesopanan aku tak terkaver. Hampeh.

Tuh yg Arc selalu sound kat aku. Tak tengok keliling nak buang kahak. ........ hampeh ajer di rasa tengok aku.

Tak apa la akan aku belajar mengkontrol diri aku supaya tak buat begitu.

Wednesday, July 05, 2006

Terima Kasih semua. I luv you

Terima kasih kepada yang mengewish heppi birthday kat aku. Aku ingatkan selama ini yang sibuk tanya tanya tarikh lahir tuh saja ajer untuk sembang kosong rupanya masih ada yang mengenang juga tarikh lahir aku.

Si Angah antara yang terawal ucapkan Selamat Hari Lahir. Kemudian itu dari doktor gigi aku (kalau korang nak sentiasa dikenang pergilah ke Klinik Pergigian Tiew, kakak kepada kawan aku) dan yang paling terkujat aku terima lagu heppi birthday dari ntah sape antah. Dia terus menyanyi pakai playback player ajer.

Sebenarnya Arc nak belanja aku makan pada 3hb untuk sambut esok nya hari lahir aku. Oleh kerana aku ada urusan yang tak dapat dielakkan, aku cakapkan ajer tunggu esoknya ajerla. Lagi pun memang sepatutnya begitu lakan. Bukannya hari lahir aku 3 Julai. Kononnya nak sambut dari makan malam sampai la ke tengah malam la. Lepas tuh ehem ehem ........... maklum saja la kan ....... hahahahahahaha.

So Semalam hari lahir aku. Arc tak ambil cuti pun kerana aku perlu berurusan dengan UPM. Aku pergi untuk mendaftarkan diri untuk Program Master yang aku pohon. Alhamdulillah dapat juga aku sambung ke Master Program tuh. Harapan aku agar aku berjaya mengabiskan pengajian aku untuk menjadi teladan kepada anak anak aku nanti. Dalam aku menunggu Surat tawaran aku yang tertinggal dalam kete yang satu lagi (kete aku adik ipar pinjam), sempat juga aku ke Dr. Pet untuk merawat anak kucing aku yang telinga telah luka. Asalnya aku ingatkan luka pasal bergaduh dengan kucing orang.

Setelah membuat pemeriksaan doktor, doktor confirmkan yang anak kucing aku kena ear-mites. Kutu telinga yang menyebabkan telinga gatal selalu. Luka itu disebabkan kucing aku selalu menggaru telinganya. Yang Sarafina (kucing yang telinga luka) terpaksa dimasuk kan 'wad' untuk 2 malam. Lukanya itu membuatkan dia demam. Yang seekor lagi namanya Wolfie juga terkena jangkitan Ear-mites tetapi mashi sempat diselamatkan. JAdi doktor cuma mencuci telinganya serta meletakkan ear drops serta memberikan ubat cacing. Mahal juga rupanya rawatan kucing ini. Lebih mahal dari hantar orang sakit ke klinik.

Setelah segala urusan kucing aku selesai dan adik ipar aku menghantar surat tawaran aku itu krumah, petangnya aku mendaftar ke UPM. Ingatkan boleh selesai, Hari ini aku jumpa pensyarah pun tak settle lagi. Tunggu 15hb nanti untuk taklimat akhir.

Malam tadi Arc janji nak belanja makan di Chilis KLCC. Aku pergi ke KLCC bila segala urusan aku pada siangnya settle. Dia belanja dan aku orderkan. Satu fajhita nachos combo, satu monterey chicken untuk Arc dan satu chiken citrus yang ada prawn tuh. Starter dengan nachos tuh pun sebenarnya dah cukup mengenyangkan. Tapi aku manage juga untuk menghabiskannya. Terkensel aku diet aku malam tadi. Tak apala, dah wife aku sendiri nak belanjakan, aku makan ajer.

Rupanya tak habis di KLCC ajer. Kalau dulu aku buat surprise untuk Arc bersama kawan baiknya. malam tadi Arc pulak buat kat aku. Konon konon nak ambil barang kat rumah kawan dia tu. Baik punya plan dia sambut hari jadi kat rumah dia pulak. Siap dia import anak anak aku bersama dengan pembantu rumah aku lagi kerumahnya.

Aku dah tak larat lagi dah nak makan tapi aku suapkan juga makanan. Yelakan dah dia masak untuk aku. Kena la aku temankan suaminya makan. Waktu dah pukul 10.30 malam dah waktu tu. Kesian kat laki dia sanggup tunggu makan sehingga aku sampai. Lepas habis upacara potong kek semuanya dan masa nak balik remuah, si Arc pulak boleh tanya Surprise tak. Aku buat muka cool tak tahu .... hahahahahahahaha ....... yang sebenarnya memang terkejut aku.

Sebenarnya dalam hidup aku memang la tak ada celebrate sebegini dalam famili aku. Mak cuma sekadar tepon aje. Masa kecik kecik dulu mana nak ada celebrate begini. Tapi touching la bila dah tua tua begini ada juga spesis yang mengcelebrate aku.

To all, thank you and I luv you