BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 24, 2006

Cerita ringkas kelas aku

Lama dah dah update blog. Tak sempat sempat aku nak tulis blog. Sibuk ajer memanjang. Dengan kerja kerja pejabat yang hendak dilayan, dengan kertas kerja untuk simposium yang akan dijalankan tak lama lagi dan yang terbaru dengan kelas kelas hujung minggu aku.

Memang penat. Sering kali mata ini hendak ajer layu tak kala memulakan kerja. Minggu lepas pun masuk tag Joe sekejap ajer aku dah terlelap.

Banyak dulu yang aku nak ceritakan terutamanya perihal First Aid. Aku ada mengikuti latihan First Aid oleh St.John Ambulance. Banyak perkara yang aku fahami silap sebelum ini. Walau bagaimana pun aku akan ceritakan perihal ini di lain masa. Buat masa ini aku nak ceritakan kelas Master aku.

Kelas aku telah bermula pada 15hb Julai yang lepas. Slow juga kepala otak nak mulakan belajar balik ini. Yang menjadi advantage kat aku bila kelas yang aku belajar ini bersangkutan terus dengan kerja yang aku buat. Jadi tak adalah termusykil musykil aku.

Kelas aku kalau ikutkan jadual memang nampak macam pack. Masuk 2.30pm habis 6.30pm utk Sabtu dan 9.30am sampai 6.30pm utk Ahad. Tapi sebenarnya balik cepat juga. Pensyarah suka skip slide presentation dia dengan alasan kami boleh baca sendiri nanti. Dia hanya akan terangkan mana yang sepatutnya dia terangkan.

Kalau ikutkan pengalaman aku masa belajar di Liverpool dulu, kalau lecturer buat tak kisah dengan satu satu topic memang ada harapan besar la topic tuh tak akan keluar exam nanti. Rasa rasa lecturer UPM pun macam tuh juga ker. Kalau macam itu seronok betul aku .......

Untuk kelas yang pertama, Air Pollution Engineering, dah terus dapat assignment. Assignment penting untuk back up markah final exam nanti. Aku rasa aku masih ada advantage berbanding student lain yang kebanyakkan student yang tak ada pengalamankerja atau tiada pengalaman berkaitan dengan subjek yang dipelajari(yang ini yg kerja dengan jabatan kerajaan spt JKR, MOH, Konsultant. Tak adalah nak kata aku boleh score cuma aku rasa aku boleh siapkan kerja aku dengan mudah ajer.

Untuk kelas aku yang pertama ini cuma ada seramai 8 ker 9 orang murid ajer. Agaknya subjek ini tidak menarik minat ramai pelajar kot. Tak apalah janji aku habiskan ajer subjek ini.

Hari Sabtu dan Ahad yang lepas ini ada lagi kelas Environmentak Health Engineering pula. Ini pun banyak juga yang aku nak sampaikan kepada reader semua. Some kind of 3-way teaching technic. Disamping itu juga untuk menajamkan ingatan aku atas apa yang aku pelajari. Subjek ini lebih menjurus kepada Water Resources dan Water Pollution. Buat masa ini biar aku reserve sket topik ini, Insyaallah dalam minggu ini juga aku akan terangkan kembali apa yang telah aku pelajari. Yang ini pun penting bagi semua masyarakat supaya pertanggung jawaban ada keatas setiap bahu masyarakat kita.

Untuk kelas ini ada seramai 19 orang termasuk seorang pelajar dari Iran. Surprisingly mamat Iran ini berkebolehan bercakap Malayu. Malahan aku diberitahu oleh pensyarah dia ini dapat 100% dalam ujian Bahasa Melayu sebelum memasuki Program Master ini. Cakap/Debat dia juga hebat juga di dalam kelas. Hari Sabtu yang lepas boleh kita orang berdebat dengan dia hampir 2 jam semata mata kita mempunyai cara yang berbeza dalam menangani masalah air antara kita dengan negara asalnya. Kalau ikut pensyarah the discussion was very live but to some quater, it was so irritating. Buang masa ajer nak berdebat dengan dia.

Last Last semalam masa buat group discussion, aku diminta oleh pensyarah supaya jangan duduk satu kumpulan dengan Mamat Iran nih takut nanti kerja tak siap pasal asyik nak berdebat ajer. Di samping itu aku telah diminta oleh pensyarah supaya tidak duduk bersama dengan rakan kerja aku. Dia suruh split group supaya setiap kumpulan ada student yang dah ada pengalaman kerja bersama dengan pelajar yang terus buat Master dari undergrad programme.

Aku tak kisah. Kelas pun habis cepat. Jam 3.30pm dah habis instead of 6.30pm. Okay juga macam ini kalau kelas selabu habis awal. Ada can aku nak main takraw ker atau bola petang petang.

Walau apa apa pun, ia tetap memenatkan badab. Aku ingat nak ambil cuti ajer nak segarkan badan aku balik. Bukan nak jalan mana mana cuma nak relaks ajer. Nak bagi fresh kembali tenaga. Nanti boleh la aku siapkan kertas kerja untuk simposium dan juga assignment yang telah disuruh oleh pensyarah nanti.

Ok, nanti aku update lagi

1 comments:

Fara said...

lecturer aku kalau nk kuar exam, siap hint lagik ... malas kot nk jawab kalau student tak score ...

apa2 pun, tahniah and good luck :-)