BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 05, 2006

Terima Kasih semua. I luv you

Terima kasih kepada yang mengewish heppi birthday kat aku. Aku ingatkan selama ini yang sibuk tanya tanya tarikh lahir tuh saja ajer untuk sembang kosong rupanya masih ada yang mengenang juga tarikh lahir aku.

Si Angah antara yang terawal ucapkan Selamat Hari Lahir. Kemudian itu dari doktor gigi aku (kalau korang nak sentiasa dikenang pergilah ke Klinik Pergigian Tiew, kakak kepada kawan aku) dan yang paling terkujat aku terima lagu heppi birthday dari ntah sape antah. Dia terus menyanyi pakai playback player ajer.

Sebenarnya Arc nak belanja aku makan pada 3hb untuk sambut esok nya hari lahir aku. Oleh kerana aku ada urusan yang tak dapat dielakkan, aku cakapkan ajer tunggu esoknya ajerla. Lagi pun memang sepatutnya begitu lakan. Bukannya hari lahir aku 3 Julai. Kononnya nak sambut dari makan malam sampai la ke tengah malam la. Lepas tuh ehem ehem ........... maklum saja la kan ....... hahahahahahaha.

So Semalam hari lahir aku. Arc tak ambil cuti pun kerana aku perlu berurusan dengan UPM. Aku pergi untuk mendaftarkan diri untuk Program Master yang aku pohon. Alhamdulillah dapat juga aku sambung ke Master Program tuh. Harapan aku agar aku berjaya mengabiskan pengajian aku untuk menjadi teladan kepada anak anak aku nanti. Dalam aku menunggu Surat tawaran aku yang tertinggal dalam kete yang satu lagi (kete aku adik ipar pinjam), sempat juga aku ke Dr. Pet untuk merawat anak kucing aku yang telinga telah luka. Asalnya aku ingatkan luka pasal bergaduh dengan kucing orang.

Setelah membuat pemeriksaan doktor, doktor confirmkan yang anak kucing aku kena ear-mites. Kutu telinga yang menyebabkan telinga gatal selalu. Luka itu disebabkan kucing aku selalu menggaru telinganya. Yang Sarafina (kucing yang telinga luka) terpaksa dimasuk kan 'wad' untuk 2 malam. Lukanya itu membuatkan dia demam. Yang seekor lagi namanya Wolfie juga terkena jangkitan Ear-mites tetapi mashi sempat diselamatkan. JAdi doktor cuma mencuci telinganya serta meletakkan ear drops serta memberikan ubat cacing. Mahal juga rupanya rawatan kucing ini. Lebih mahal dari hantar orang sakit ke klinik.

Setelah segala urusan kucing aku selesai dan adik ipar aku menghantar surat tawaran aku itu krumah, petangnya aku mendaftar ke UPM. Ingatkan boleh selesai, Hari ini aku jumpa pensyarah pun tak settle lagi. Tunggu 15hb nanti untuk taklimat akhir.

Malam tadi Arc janji nak belanja makan di Chilis KLCC. Aku pergi ke KLCC bila segala urusan aku pada siangnya settle. Dia belanja dan aku orderkan. Satu fajhita nachos combo, satu monterey chicken untuk Arc dan satu chiken citrus yang ada prawn tuh. Starter dengan nachos tuh pun sebenarnya dah cukup mengenyangkan. Tapi aku manage juga untuk menghabiskannya. Terkensel aku diet aku malam tadi. Tak apala, dah wife aku sendiri nak belanjakan, aku makan ajer.

Rupanya tak habis di KLCC ajer. Kalau dulu aku buat surprise untuk Arc bersama kawan baiknya. malam tadi Arc pulak buat kat aku. Konon konon nak ambil barang kat rumah kawan dia tu. Baik punya plan dia sambut hari jadi kat rumah dia pulak. Siap dia import anak anak aku bersama dengan pembantu rumah aku lagi kerumahnya.

Aku dah tak larat lagi dah nak makan tapi aku suapkan juga makanan. Yelakan dah dia masak untuk aku. Kena la aku temankan suaminya makan. Waktu dah pukul 10.30 malam dah waktu tu. Kesian kat laki dia sanggup tunggu makan sehingga aku sampai. Lepas habis upacara potong kek semuanya dan masa nak balik remuah, si Arc pulak boleh tanya Surprise tak. Aku buat muka cool tak tahu .... hahahahahahahaha ....... yang sebenarnya memang terkejut aku.

Sebenarnya dalam hidup aku memang la tak ada celebrate sebegini dalam famili aku. Mak cuma sekadar tepon aje. Masa kecik kecik dulu mana nak ada celebrate begini. Tapi touching la bila dah tua tua begini ada juga spesis yang mengcelebrate aku.

To all, thank you and I luv you

7 comments:

JoeBangla said...

ada arc sampaikan wish aku kat ko dak? aku mengewish ko melalui ym jer :-)

Nor Razi said...

Joe

Udah di sampe kan malam tadi.

Terima Kasih dong

Fara said...

bestnyer dpt suprise camtuh :-)

Anonymous said...

malu nak tunjuk surprise ekkkk.....hahahahaha

arc

Angah said...

trussss aku wonder apa hadiah arc bagi..

AuntyN said...

Belated Happy Birthday to you :-)

Nor Razi said...

AN

Terima kasih