Ada banyak juga perkara yang nak diceritakan sepanjang aku off dari berblogging sampaikan aku rasa perkara perkara itu dah jadi basi dah.
Dan bila dah jadi begini sebenarnya tak tahu juga mana yang nak dimulakan. Langsung jadi hampeh.
Tak apa, aku mulakan dengan futsal la. Jumaat yang lepas, Angah ajak main futsal. Aku dengan Arc macam dah jadi sebahagian keluarga dia pulak. Mana tidaknya yang main tuh adik beradik dia laki bini sama dengan kawan dekat adik dia.
Best pulak aku tengok keluarga Angah macam ini. Cheap and healthy gathering gitu. Bukan setakat bapak Angah turun (kadang kadang la), Biras dia pun turut turun habis. Satu ayat yang sesuai (tiru pagi di ERA) SEMPOIIIIIIIIIIIIIIIi.
Bila tengok macam ini terasa family bonding Angah memang kuat. Mungkin disebabkan keserasian keluarga yang gemar bersukan menjadikan weekly event Angah meriah.
Aku dan keluarga aku punya minat dan kecenderungan yang berbeza. Aku minat bermain bola sepak juga tenis, abang aku kriket dan juga saxafon, adik aku tak tahu minat apa apa. Arwah bapa aku suka memancing (aku juga suka memancing tapi Arc tak berapa gemar aku pergi memancing) dan mak aku suka menjahit. So macamana la nak buat healthy gathering macam ini pasal kami punya minat dan kecenderungan yang berbeza.
Yang aku tahu gathering kita orang termasuk adik beradik mak aku tak lain dan tak bukan gerenti pasal makan. Tuh yang buatkan badan aku seperti di pam pam seketika dahulu.
Nak jadikan cerita, badan yang dipam pamkan ini lah yang berlaga dengan si Wan buah hatinya si Angah. Bukan main risau si Angah. Mesti dia ingat aku saje ajer nak hentak si Wan tuh. Aku nak rembat gol tiba tiba dia datang ke arah aku. Kena la pasal aku kalau rembat bola kena balancekan badan dengan tangan. Tu la angaknya sampai tersiku si Wan tuh. Sebenarnya aku bagi dia peluang untuk usap dan belai si Wan tuh, tuh yang tersiku kat badan si Wan tuh. Wan pulak pandai berlakon, sampai sekarang mengadu sakit. Sebabnya si Angah belum belai lagi dada si Wan ........ hahahahahahahahaha.
Nanti ada masa terluang nanti aku turun lagi main futsal dengan keluarganya si Angah. Till then
TREACE ANGAH
Tuesday, June 13, 2006
Weekly Healthy Gathering
Ditulis oleh Nor Razi at 10:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Budak,
Hahahha...syabas Inspector Sahab..hehhe...aku rasa lah..kalau si Wan tu purak2 pingsan (mintak nyawa..mintak nyawa...) sure di beri bantuan CPR oleh si Angah..ialah..nak manja2 lah kata kan..hahhahaha
~ Bilal ~
ko mmg berkaliber jadik managernya angah la budak .. hahaha merangkap bodyguard! habis sapa2 rapat ngan angah, ko siku jea hahaha!!
Assalamualaikum...
sy nak tny sikit bleh tak..sy tgh create blog...camne sy nak letak jam tu yer?kan dlm blog awak ade utama dunia...pastu kat sesetengah blog org lain ade jam besar mcm kat dinding umah tu???sy nak mcm tu jugak...tolong la sy hamba yg hina ini...hihihi!!!
inabu2202@yahoo.com
hahahaha..
tak tau le camana family aku boleh jadik camni.. aku selalu rasa sebab usia kitorang rapat2. tu yang boleh ngam tu. ipar duai pun same age range. and suma otak sikit lebih kurang je. so suma aktiviti boleh masuk punya. tu kau tak tengok kitorang main carrom, main badminton, main monopoly lagi.. haru biru suma.
aku selalu rasa, kalau aku nak carik laki, kena age range sama gak.. tu pasal aku tak leh kawan dengan orang umur beza banyak sebab aku rasa orang tu nanti tak sekufu dengan family aku.
kau dah become a part of the group dah ni! time kau takde, abang aku tanya lagi mana kau.. sabo je le!
Bilal:
Tu bukan CPR tu nanti jadu sup lidah ... Treace Angah
Fara:
Kalau kompem jadi manager Angah, siku siku tak main lain, pakai high voltage shocker tuh bole? Kasi menggeletar org yg nak usik Angah
Inabu:
Thanks kerana berkunjung ke blog aku. Boleh kopy pge source dari web blog ini atau pergi ke www.clocklink.com dan cuba mana mana jam yg inabu suka.
Selamat mencuba
Angah
Ko punya family memang world. Nanti senang aku main lagi. (Abg ko panggil aku Zidane ye ye ye sukanya aku)
laaa ko nih Budak, kan ker dulu janji nak jentik anu nya siWan tuh, pasal ko sikukan dia pulak? :-)
Post a Comment