BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 26, 2006

2 Jam tahan kencing

Jumaat yang lepas, aku hangin ajer satu badan. Bengang ajer aku dengan keadaan di KL bila masa hari hujan.

2 jam aku tersangkut dalam kereta masa nak ambil Arc balik dari keje. Jam dari Tol Sg Besi sampai la ke KL sendiri.

Aku yang paling hangin sekali bila polis trafik dok sibuk lepaskan keta dari arah lain. Dari arah aku tak juga dilepaskan. Hangin betul aku. Dia tak terasa ke ada orang lain yang terasa nak terkencing ker atau nak terberak ker yang dia tahan kereta dari satu arah ajer.

Dalam pada tuh aku tengok ada orang dengan selamba ajer gunakan contra lane nak potong Q. Hampeh betul. Sakit ajer hati aku tengok kelakuan macam itu.

Ko orang pernah tak tertanya, agaknya laaa kan, kenapa kat sini polis, detektif ker pegawai polis tak pakai lampu/siren polis macam detektif detektif dalam cerita orang Amerika. Ala lampu bila nak pakai atau beraksi ajer yg letak atas bumbung kereta tuh. Aku rasa laaa kan kalau kat sini mahu ramai yang beli kat Jalan Jasar nanti dan berlagak macam polis potong Q kat depan.

Huhhhhhh geram aku.

3 comments:

Angah said...

hahaha.. sabo.. sian kau. pagi tadi pun sama kat tempat aku ni. tapi tak le sampai dua jam. kasi lepas arah aku ni, seminit je tapi kasi lepas arah lain lebih 5 min, boleh? aku tau sebab aku time polis ni pagi tadi. hati hangat punya pasal and to prove that bukan perasaan aku sahaja yg kata polis tu tahan lama2..

eh, panjang eh komen ni? hahaha..

Nor Razi said...

Ngah

Tak terasa nak terkencin tak apa lagi ...... hahahahahaha

pawaka1 said...

spare empty mineral water bottle