Aku ringkaskan la apa yang aku nak tulis dalam satu entry nih. Sebabnya sendiri maklum la kan. Sibuk kat tempat keje. Nak buat kat rumah, tak ada lagi internet. Nak aku ambil pasang kat rumah takut jemu pulak. Almaklum keje internet ON memanjang. Jadi baca la apa yang aku dah ringkaskan.
Aku Pernah Kurang Ajar
Kecoh juga minggu lepas pasal negara telah dilabelkan sebagai negara yang kurang ajar. Ada antara kita yang menyatakan pertimbangan yang tidak adil diambil untuk mengecop kedudukan Malaysia dari segi kebiadapan itu sendiri.
Mungkin ada kebenaranya juga dan aku pula melihat dari perspektif yang berbeza. Aku cuba untuk belajar meningkatkan kesopanan aku dimata orang lain. Ada beberapa perkara aku kira orang lain juga harus buat supaya mata orang lain juga nampak kita punya kesopanan dah meningkat.
Seperti title diatas, Aku juga pernah kurang ajar. Pernah suatu ketika dahulu semasa di perantauan, aku dan teman teman berjalan di shopping mall di bandar konon femes dgn bolanya.
Negara sejuk jadi memang ada banyak pintu sebelum masuk ke dalam shopping mall itu sendiri. Satu ketika, sebagaimana rakyak Malaysia yang lain, aku, pada ketika itu berjalan menolak pintu shopping mall dan terus berjalan. Sedang aku melangkah satu-dua dari pintu, aku terdengar satu bunyi knock yang aku perasan agak kuat juga. Aku toleh ke belakang dan aku nampak seorang senior (org tua) sedang menggosokkan mukanya. Selepas itu orang tua itu mula mengomel yang bahasanya sendiri aku kurang mahir. Baru sampai sebulan maaa mana faham lagi accent org liverpudlian. Kemudian aku peratikan orang kat sekeliling aku memandang semacam ajer kat aku. Being a Malaysian yang pada masa itu tak tahu apa apa, dengan muka selamba ajer aku masuk dan berjalan jalan. Dalam hati ada juga perasan bersalah. Tapi apa kan daya aku tak tahu nak buat macamana aku diamkan ajer.
Malamnya aku berborak dengan seorang brother dalam Malay Speaking Circle kat tempat aku. Dia kata memang adab orang disitu yang mana sampai pintu akan terus pegang pintu sehingga kumpulankecil tadi habis melepasi pintu. Itu la adab yang aku belajar dari mereka. Aku pernah biadab dan aku belajar untuk berubah. Aku berubah.
Lagi satu jika aku dibahu jalan dan nampak seperti ingin melintas, kereta yang dipandu akan memperlahankan kenderaan dan berhenti untuk memberikan aku laluan menyeberangi jalan. Again, being a Malaysian pada masa itu, aku lintas ajer la kan. Terima kasih pun tak ada. Bukan apa, pada masa begitu kalau dah sejuk sejuk, tingkap kete memang tutup jadi kalau aku cakap T Q pun bukan dia nak dengar. Lama juga aku buat begitu sehinggala aku ditegur oleh Harry (kalau tak silap aku la, tokei kedai perabut 2nd hand bawah rumah aku) kata aku sepatutnya mengucapkan T Q pada orang yang berikan aku jalan utk melintas. Kete tuh sanggup berhenti walaupun jalan tuh tak ada zebra crossing. Malu beb bila kena tegur begitu. Harry ajar aku mengucapkan terima kasih sambil melintas.......... THUMBS UP kepada pemandu kereta itu.
Begitu juga kalau di traffic light. Pada masa aku disana, tempat aku tuh traffic light dia memang simple. Simpang empat, traffic light ada lampu untuk jalan terus ajer tak ada traffic light untuk membelok ke kanan. Kebiasaanya, mereka akan memberikan kita laluan dulu sebelum kete dari arah hadapan mengambil jalan terus dari kita. Harry ajar THUMBS UP.
Pernah dengar iklan tak kat radio pasal ada seorang mamat tuh bengang kerana ada orang tak senyum dan mengankat tangan apabila kita memotong queue. Aku kira itu sama la perasaan pemandu di wilayah eropah jika kita tak berbuat demikian.
Selama aku belajar di sana, tak pernah sekali aku lihat mat salleh main hon kete bila tersangkut ke atau keta bermasalah di jalan. Mereka sabar tunggu dan potong tanpa menjeling dan juga honkan kete. Kita kat sini bagaimana.
Aku pernah biadab dan aku belajar untuk berubah supaya orang lain nampak aku dah tak biadab. Untuk lain lain perkara itu jangan la difikirkan sangat. Macam TPM cakap, kita terima dan kita belajar untuk berubah.
Perkara yang aku rasa korang patut tahu
Malam tadi aku dan Arc main futsal bersama Angah dan keluarganya di tempat biasa Ampang Sport Planet. Jauh tuh datang dari Bdr Baru Bangi.
Malam tadi kira OK la pasal main start jam 9.00pm. Sempat juga aku sampai walau lewat sedikit.
Apa yang aku nak beritahu kat sini pernah sekali masa soi Angah setkan main futsal jam 8.00pm. Punya la kelam kabut aku dengan nak hantar anak aku balik rumah dulu solat maghrib sat dengan baju keje dan nak memecut kat Ampang tuh.
Pasal masih tak dapat tukar pakai keje lagi aku decided nak tukarkan Ampang Sport Planet ajer. Nak dijadikan cerita, jalan masa tuh sangat la jammmmmmmmm. Hampeh betul aku rasa. Aku takut tak cukup lama main. Tak best la macam tuh. Si Arc tak turut main malam itu kerana kawan lama dia nak jumpa somewhere in KLCC dan aku terus ajer main futsal.
Aku congak congak kalau aku bersiap kat tempat futsal nanti jadi lambat, masa kete tengah sibut kat round about di makro cheras tuh (aku dari arah kajang), aku kuar keta dan ambil beg sukan aku aku letakkan kat depan.
Ko rasa apa aku buat? Cuba teka la dulu kalau terror. ...... . Pasal masa tuh dah gelap, aku dengan konfidennya menukar baju aku dalam keta. Tukar baju ajaer tak apa. Sekali kete berhenti jalan kejap, aku buka baju. Jalan konsentrat bawa keta. Berhenti lagi aku sarung baju sukan. Berhenti aku buka tali pinggan, butnag dan zip. Jalan konsentart dengan kete. Berhenti lagi aku angkat punggung sket, aku lurutkan suar ke peha. Jalan aku kosentrat kagi kat kete. Ada MPV ker SUV ker kat sebelah keta aku buat mcm konsentart ajer. Kete tinggi maaaa nanti depa nampak aku buat terus accident pulak nanti hahahahahaha. Kete berhenti lagi aku lurutkan habis suar aku. Kali ini tinggal baju sukan dgn spenda ajer hahahahahaha. Bila keta berhenti sekali lagi, aku keluarkan seluar trek dan lipatkan pangkal kaki supaya senang aku sarung kelak. Bila dah nak sampai bulatan tuh aku masih berseluar dalam ajer. Harap harap queue nak masuk panjang la supaya sempat aku tak menggangu orang kat belakang. Nasib memang baik pasal queue panjang jadi dapat la aku sarung seluar trek terus. Sekali zassssssssssss. Hahahaha. Yang tinggal cuma stokin ajer. Itu pun aku pakai masa kat traffic light nak masuk ke ampang dari MRR2.
Banyak masa aku dapat jimat woooooooooo.. At the end of the day aku dapat la main dalam 40minit.
Sukan Dart
Esok aku akan mengelolakan sukan dart utk karnival sukan tempat keje aku. Kelam kabut aku dibuatnya pasal aku terpaksa mempercepatkan waktu main kepada esok. Kelas MSc Engineering aku akan bermula pada 8hb Julai jadi takkan la aku nak kenselkan pendaftaran masuk ke Universiti semata mata pasal sukan dart nih. Oh tidak. Kelam kabut macamana pun sempat juga aku tulis entry nih.
sebenarnya byk juga aku nak tuliskan tapi aku sambung ajer kemudian nanti
Friday, June 30, 2006
Aku Pernah Biadab/ Secret aku dan sukan
Ditulis oleh Nor Razi at 6:01 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hahahahha !!! kreatif! berani ko wat aksi2 jorok dalam kereta ehhhh!!! siap wat2 concentrate plak lagi tu .. hahaha .. caya lu brader!
org mesia suka bangga ngan tatasusila tapi actually tak der la sopan mana .. mana2 manusia kat dunia nih pun bersopan santun kalau dah mmg ajaran nya mcm tu ...
WEIII.. AKSI AKROBAT KO DLM KETE TU HANYA BOLE DI TIRU OLEH KAUM LELAKI SHJ.. SEKALI LAGI DIINGATKAN "OLEH KAUM LELAKI SAHAJA"..
BARU TEMPAT KETIGA...IKUT SLOGAN MESIA BOLEH KITA HARUS MENDAPATKAN TEMPAT YANG PERTAMA...
ADIOS... LIS
Happy Birtday to you
May your dreams comes true
Whatever you do (except play 3 stick)
I will always lov u
***
HAppy Birthday Lord!!! 040706
hahaha... lawakkk!! aku gelak terkekek kekek dalam hati.. sabo je le!
aku dah wish kau kan? tapi aku lupa nak amin kan.. so, aminnnnn..
Post a Comment