Hari ini aku tak ada kelas. Bukan aku skip cuma untuk semester ini aku ambil 3 mata pelajaran dengan 9 kredit ajer, so memang hari ini aku tak ada kelas.
Peluang begini aku ambil bawa anak anak aku jalan. Gaji pun sudah so boleh la bawak jalan jalan. Asalnya Arc nak ajak aku ke Mid Valley tapi pasal mengenangkan jam dah pun pukul 10am pagi tadi so aku kata ajer kat Arc kita jalan ajer kat Alamanda. Bukan tak pernah kita orang ke Mid Valley time2 macam ini end end kami pusing balik pergi ke IOI Puchong ajer. Sebabnya parking tak ada. Tambahan dengan fulus orang tengah banyak nih.
By the way jangan terkejut dengan time stamp masa aku post entry nih. Ada drill emergency responce team. Tuh yg aku ada kat pejabat masa begini. Asalnya nak balik cepat lepas jumpa komandan, tapi dia suruh tunggu sekejap pasal ada berita mengatakan sebahagian ahli cuti tanpa kebenaran. Nak kena potong elaun depa nih nanti.
Berbalik pasal ke Alamanda tadi sebabnya anak aku yang kecil sekali sibuk sangat dia nak belon angin yang sumbat dengan gas helium tuh. Kelmarin ada beli tapi katanya dah terbang ke awan. Sangka aku terlepas dari tangannya. Tapipembantu rumah aku kata dia terputus dari pemberatnya. Dua tiga hari dia bad mood mengenangkan belonnya yang dah terbang tuh. So hari ini sebelum ke MPH untuk cari buku untuk anak anak aku, kami belikan dia belon idamannya. Tak nak dia bising masa kat MPH tuh. Awalnya semua berjalan lancar. Adalah dalam satu jam kami kat MPH tuh kemudian dia menjerit kata lapar. Adeh malu wei dia jerit kuat kuat begitu.
Arc bawa budak budak keluar sementara aku bayar buku buku yang anak anak aku cari. Tak lama lepas tuh aku dengar dia menangis pulak. Arc marahkan kat dia kot tuh yang dia menangis kut. Keluar ajer aku dari MPH dia menangis sungguh sungguh. Rupanya belon dia terbang lagi. Aku tengok memang kesan terputus. Kalau korang boleh bayangkan pemberatnya pakai washer untuk lapik skru tuh.
Aku pujuk la anak aku kita beli lain pulak. Aku ke tempat belon tadi dan aku beritahu dia dah 2 kali tali terputus dari washer. Kenapa masyarakat peniaga melayu nih pantang kita beritahu dia apa yang tak kena dengan sistem dia. Aku cakap dah 2 kali tali terputus kat washer tuh dia boleh beritahu selama dia berniaga tuh tak pernah pulak orang beritahu dia masalah seperti aku. Hellllllo stupid small malay entrepreneur............ aku beritahu supaya ada feedback yang dia boleh buat improvement ker aper ker. Bukannya aku nak perkecilkan perniagaan dia. Sekurang kurang nya cakap la terima kasih dan cakap saya usahakan cara lain nanti. Bangan betul dia tuh.
Kalau ikutkan hati aku hendak ajer aku cakap kuat kuat cakap bisnes dia tak bagus menyebabkan client rugi. Boleh dia beritahu aku tak pernah satu belon pun dia nampak kat siling alamanda selama dia berniaga kat sini. Geram aku cakp terus you pergi depan MPH dan ambik balik belon tuh. Terus senyap. Anak aku dah merengak nak belon aku suruh dia ambil apa yang dia nak. Masa aku nak bayar tuh aku nampak ada nut dalam tong washer tuh. Aku suruh dia tukar washer kepada nut tuh sambil cakap washer tu tajam macam pisau tuh yang sebab tali putus. Isteri dia tarik sikit ajer memang dah putus tali dia. Apa lagi aku cakap balik nampak tak senang terputus tali tuh. tarik sket ajer dah putus. Terus dia suruh aku bayarRM2 instead of RM3.
Puas hati aku tadi. beremosi betul aku pagi tadi. Lepas nih kalau dia buat jual belon pakai washer lagi mahu ajer aku canangkan kat seluruh warga tag blogspot ker, blogdrive ker jangan beli belon dengan washer. Mengabis beras ajer.
Dah habis kat situ kami ke Carrefour pula, caari apa apa yang patut. Part kat sini pula aku selalu tergelak sorang ajer kalau kalau dah nak sampai kat depan pintu Carrefour tuh./ Boleh tak bayangkan ramai orang cari pelangan untun kredit kad la, Streamyx la, AStro la. Yang seronoknya kalau orang jual Astro dengan Streamyx approach aku laju ajer aku cakap saya dah ada Astro dah atau saya dah ada Streamyx dah. Terus dia orang blah. Kalau dia orang tanya aku ambil pakej apa memang aku tak tahu apa nak jawab dan pasti dia orang tahu aku hanya temberang hahahahahahahaha ..................... nasib badan ko la labu hahahahahahahah
Sunday, July 30, 2006
Sepagi di Alamanda
Ditulis oleh Nor Razi at 12:31 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sound jangan tak sound.. hehehhe..
Post a Comment