BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 05, 2008

Apa yang aku terlepas

Editted Version

Bandung ............................. bukannnnnnnnnnnn ........................ itu trip mak mak dara. Tak terfikir aku akan terlepas trip ke Bandung tuh. Yang penting ole ole untuk aku ada wakakakakakaka.

OK. Sabtu ini aku telah diminta oleh kompeni yang aku nak masuk bulan September nanti untuk temuduga beberapa orang untuk bahagian yang akan diketuai oleh aku.

Memandangkan Bos aku masih di Jerman, dia minta jasa aku untuk buat interview Sabtu ini (walaupun secara teknikal aku cuma jadi staff dorang pada 15hb September nanti) untuk bahagian yang teknikalnya aku tahu sangat sangat. Aku rasa berat hati juga nak conduct interview itu pasal aku akan buat trip ke Kuantan untuk wedding reception kawan aku. Tetapi memandangkan wedding reception itu pada waktu malam, mungking aku boleh lewatkan sket pemergian aku ke Kuantan tuh. So aku pun ter commit la tapi aku cakap aku available sampai jam 3.00pm aje.

Miss aku 2 perkara Sabtu itu, pertamanya hari keluarga Mimos si Sunway Lagoon (tapi tak terasa nak pergi pun ....... bawak anak aku mandi kat kelab lagi best) dan juga ada Futsal Alumtek. Yaaaaaaa, Alumni kami semakin membesar dan sessi berkenalan semakin rancak sekarang ini. Dan aku juga ter miss FFM VVIP punya tiket pasal kena pegi Kuantan. ME, Tahun Depan reservekan lagi untuk kami. Rugi pulak tak dapat pegi tengok Festival Filem nih. Untung untung boleh jadi pelakon tambahan kalau Apak jadi buat projek Tag Joe nih wakakakakakakaka.

Tapi ada satu perkara yang terlepas yang paling besar akan berlaku dalam hidup aku.

Baru baru ini aku telah mendapat surat dari Senat Universiti Putra Malaysia mengatakan aku telah tamat belajar dengan jayanya beserta dengan Transkrip periksa aku dan tarikh untuk majlis konvokesyen aku nanti.

Sedih aku tengok tarikh itu kerana Majlis Konvokesyen UPM akan berlangsung dari 18 Okt hingga 22 Okt. Tarikh yang tetap untuk sessi aku Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar masih tak tahu lagi.

Umum tahu aku akan berangkat ke Jerman pada 20hb September dan hanya akan kembali ke Malaysia 20hb Oktober. Sudahlah aku akan terlepas beraya kat Malaysia, aku juga akan terlepas majlis konvokesyen aku nanti. Ini lah yang aku paling ralat sekali nih. Majlis penting sebegini aku tak dapat menghadirkan diri. Rugi ajer aku rasa.

Asalnya aku rasa ok ajer pasal kalau majlis aku pada 22hb Okt, aku masih berkesempatan untuk terima skroll juga. Tapi kawan aku sorang nih bilang kalau aku tak ada pada masa raptai, aku tak akan dapat naik pentas untuk terima skroll, terus aku rasa tersangatla rugi.

Adeh, rugi rugi rugi. Tapi aku masih mengharap apa kerugian yang bakal aku alami nih dibayar dengan pulangn yang paling best sekali. Biar berbaloi kerugian awal ini.

Hehehehehehe. Doakan untuk kejayaan aku.

10 comments:

Anonymous said...

All the Best LB....and congrate sebab dah tamat belajar dgn jayanya...

zure

Anonymous said...

aku tak pernah pergi raptai pun boleh naik ambil scroll kosong tu..

zaman aku dulu kalau post-graduate semua konvo first day pagi..tak tahulah sekarang ikut fakulti ke apa.

Congrats dah graduate n dapat kerja baru

royce

Anonymous said...

tahniah bro

DeLinn said...

tahyah raptai2. errr aku dulu pegi kot raptai kekeek tapi takde menda lah.

Anyway, congrats!! bila nak sambung lagi? :-)

Nor Razi said...

errrrrr bila nak sambung lagi eeeerr

lewat umr 40 la kalau aku nak sambung belajar tajaan gomen nih

Notmyblogg said...

Pelakon tambahan? wakakakaka.. eh tapi muka lu memang ada tokoh beb. Kalau jadi tuan doktor yang declare pesakit dia dah mati ..macam scene yang selalu ada kat TV tu, mmg lu sesuai sangat watak tu sebab muka lu sentiasa cool je..wakakakaka

Anonymous said...

rezeki dtg mencurah2 :-) mek vangga!

fara

Nor Razi said...

TA

Mula mula pelakon tambahan la, lepas tuh baru pelakon utama wakakaakkakaka

Royce

Kalau betul la Post Grad ambik ijazah, mmg punah la harapan aku nak salam dgn Duli Cansellor nanti

Zure, Lady Farra dan Anon

Alhamdulillah

Nor Razi said...

hek eleh silap post pulak utkj royce

Kalau PG ambik scroll hari pertama. Tertinggal yg tuh wakakakaka

Anonymous said...

wakakakka tuanalang... yelah muka lb sesuai la jadi doktor, kekekke
yay lb aku akan ke PFM 21 nanti
-ojij-