Sorry le ekkkk kalau korang nak tunggu entry Arc pasal trip ke Bandung. Sila Baca blog mak mak dara yang lain kerana ceritanya tetap sama. Hehehehehehe. Aku tak rasa Arc boleh bercerita panjang pasal trip ke Bandung dia. Dia sibuk tuh
Ok, Sabtu yang lepas memang la tersangat sibuknya. Aku pagi pagi dah bangun dan bersiap interview orang untuk kompeni yang baru aku nak join nanti. Walaupun aku akan report duty pada 15th September, tapi boss aku minta jasa aku untuk conduct interview utk kompeni baru aku ni. Boss aku sudah sampai ke Germany untuk final discussion sebelum kerje kerja menaikkan bangunan dan fasiliti dimulakan.
So, sabtu tuh aku interview 4 orang dari 5 yang sepatutnya hadir. Sorang lagi demam. Tapi baru sat nih aku interview dia di restoran mamak, BOLEHHHHHHH. hehehehehehe. Asalnya aku buat interview pakai YM ajer siangnya tapi TM ada problem, network glitched so asyik terganggu ajer.
Ok, sambung pasal interview Sabtu tuh. Dari 4 orang yang datang 2 aku kira sgt excellence dan aku recommend utk terus hiring. 2 lagi tuh, sorang aku kenal dia sama kelas dengan aku utk kelas Safety masa aku Buat Master dulu. Terkejut aku tengok dia. Aku sangkakan dia lebih tua dari aku rupanya jauh lebih muda. Badan besar dan sket gelap tuh yg aku sangka dia lebih tua dari aku. Namun dia tidak mempunyai pengalam yang aku perlukan. Dan walaupun sikapnya baik, aku lebih memerlukan orang yg berpengalam kerana kerja yg akan kami buat ini adalah fastrack project jadi untuk mengurangkang risiko, aku recomend di KIV ajer budak nih. Yang sorang lagi nih boss aku nak masukkan bawah Projek, tapi bila aku interview, dia tak banyak buat projek dalam fasiliti, tetapi lebih kepada menjadi jurutera sistem. Aku rekomen kan dia jadi jurutera sistem tapi bos aku kalau boleh dia nak engineer dari bangsa lain untuk kaver operasi bila hari raya nanti. So aku KIVkan dia dulu pending interview budak yg demam tuh, yang aku baru ajer interview kejap tadi. Nampak gayanya budak yang aku interview tadi nih akan dapat la position tuh pasal dia juga berkebolehan menjadi jurutera sistem dan juga berpengalam mengendalikan beberapa projek.
Untuk hari sabtu tuh aku habis interview dalam Jam 2pm. Hajt hati aku nak berkejar kerumah siap siap kan barang barang unyuk ke Kuantan tapi nak juga singgah kejap ke Ampang Sport Unlimted, ALUMTEK buat futsal.
Tapi tak juga sempat, aku sampai area Ampang pun jam dah pukul 5.15pm dah dan game habis pun jam 5.00pm. So aku drive terus la ke Kuantan untuk menghadiri Perkahwinan Di Raja kawan aku.
Konon konon nak sampai sebelum Sultan Pahang masuk Dewan Jubli Perak tuh tapi dah keluar pun lewat maka aku sampai pun lewat. Jam 8.45 aku masuk dewan dan duduk di satu meja yang dekat dengan red carpet. Kawan aku betul betul jadi raja la. Aku tak tahu sama ada betul ke tidak susunannya tapi masa makan beradab tuh, kawan aku bersama isterinya duduk di kerusi warna kuning dan Sultan Pahang duduk dikerusi biasa. Biasa kat sini bukan la kerusi cikai. Tapi itu warna; warna teak ajer, bukan warna diraja pun. So aku presume pasal kawan aku tuh raja sehari tuh yg dia pakai kerusi warna kuning tuh. Jeles gak aku tengok dia boleh duduk makan sebelah sultan wakakakakakakaka. Pasal aku duduk dimeja bersebelahan dengan red carpet, so masa Sultan nak berangkat pulang tuh, aku pun berdiri la di tepian red carpet tuh dan bersalaman dengan dia, Tengku Mahkota dan Tengku Muda. Semua aku salam cium tangan. Raja ko .............. kena la cium tangan. Cuma pasal aku tak berprotokol sangatkan, Sultan dan puteranya hulu tangan aku sambut dan cium tangan, Orang lain siap sembah dulu sebelum salam. Ampunkan Patek Pacar Yang Hina ini. Patek tak tahu protokol Istana.
So habis kenduri tuh dalam sekitar 10.45pm aku pun berangkat pulang semula ke KL. Yeeeee kenkawan, aku pegi kuantan petang balik lewat malam tu juga. Sampai rumah jam 2 pagi wakakakakaaka. Sebabnya pasal ada kenduri kat rumah Mak aku. Tuh yg tak boleh tidor kat Kuantan tuh. Itu pun ada hati nak dating kejap kat Telok Chempedak. Tapi tak sempat beb.
Ahad kenduri pulak dekat dengan rumah Mak aku. Maka terserempak la dengan kawan kawan aku. Lama gak berborak. Ada sorang brader nih yang kawan kepada sorang brader yang jaga aku masa kat Liverpool dulu nih jumpa dan tanya khabar aku. Perghhhhhh, bila aku minta Business Card dia, dah jadi GM kat Telekom. Azrul dan Delinn kalau ko tau sape dia GM Enterprise dan Government TM, dia tu kawan aku tuh.
Lepas tuh lepak kat rumah mak aku tengok Olimpik dan juga tidor lite lite. Penat wooooooo. Malam nak layan Bola pulak Man United lawan Portsmouth. Seperti yang dijangkan kemenangan keats Man United la kan. Glory Glory Man United.
Ok berbalik pasal Kompeni aku tuh, aku dah pun mintak visa ke German dan Kompeni pun dah dapatkan apartment. So instead of Berlin, kami akan duduk di Leipzig dan setiap hari kami akan travel ke Utara sejauh RM 50km untuk sampai ke Kilang. Kalau di Berlin akan Travel ke Selatan dan jaraknya sedikit jauh dari Leipzig. Itu yang bos aku buat arrangement ke Leipzig instead of Berlin.
Huhhhhhhhhhh best ajer aku rasa. kekekekekekekkekeke
8 comments:
yessssssssss!! at last ko dapat semuanya LB. Ko dapat pegi Berlin, ko dapat attend training, ko dapat berpuasa dan beraya dengan family, dan ko jugak sempat naik stage ambik scroll. Syukurrrrrrrr! :-)
*aku lak yg happynya bg pihak ko*
Now kau tak terlepas apa-apa.
Nanti bila kau naik ambik scroll tu jgn lupa sembah dulu sultan tu...jgn ambil scroll je...hehehehe
royce
cayalah lb, boleh la buat perjumpaan raya geng reban ni kat bangi, sempena kedatangan delinn dan deo beraya kat KL nanti...
apa apa pun tahniah dan syukur pada yang Esa
-ojij-
Weh ko dah belajar dah.. nak sebut striptease club dalam bahasa Germany camana?.. **mati le kang Arc kejor aku sebab suruh laki dia belajo menda yang bukan-bukan** .. wakakaka
lb,
kawan kau tu Hamdan ke?
Delinnnn
aku gumbira. tersangat gumbira
Dr royce
Baik Doc, Patek sembah dulu nanti
Jijo
Gegar Raya mg aku suka
Tuan Alang
Wo ist der Streifen necken Verein
kekekekekekeke
Deo ....Rul
Bukan ......... dia Khaidir Elias Product Marketing Retail
yooooooooooo LB guten tag:))
tahniahhhhhhhhh bravoooooooooo,pheww nek leh bayangkan lb dah berbelit2 lidah speaking german eh,lalalala
Tahniahus LB...
jom ramai2 antar LB amik scroll....terus gath raya...amacam?
gulung2 lah lidah ckp german..macm slang jowo kan?...he..he..
Mak Ety
Post a Comment