BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 21, 2008

Pilihan Daging Lembu Yang Betul Untuk Masakan Anda




fuhhhhhh, panjang title tuuuuuuu

Tengah bosan dan bengang, dengan sape, dengan itu acting Si Ee Oh ( baca -ceo-) tempat aku. Bengap macam lembu. Kalau lembu tuh boleh juga diambil dagingnya dan dimasak kan. Lebih lebih lagi dah nak raya ni kannnnnnnnnnnn. Aku pun hairan laaaaa, tempat yg dia pernah masuk tuh semua terlungkup organisasinya tapi macamana la Si Ee Oh parent company boleh beri 'kepercayaan' kat dia nak jalankan organisasi aku. Kalau ikut cakap cakap semua kat tempat aku nih, sebenarnya memang saje CEO nak pancung dia pasal tu disuruh jaga tempat kita org. Biar di sembelih bila gagal capai matlamat nanti................... huh marah nih. Walaupun aku dah nak belah, hari ini punya marah rasa macam ludah ludah kan ajer dia nih.

Ok la, cite pasal lembu punya daging la pulak. Tak untung cite pasal org yg lembab. Kalau tak tahu tanya tak apa. Nih tak tahu tunjuk pandai la pulak. Dah salah tak nak ngaku salah pulak. ehhhhhhhh balik semula cite daging lembu.

Aku la kan kalau beli daging korang tahu tak aku beli daging yang bahagian mana ................... Ya betul aku suka beli bahagian tenderloin. Pasal aku kayaaaaaaaaaaaaa aku beli tenderloin. Kalau raya tuh aku beli biasanya 5K + 2K + 2K daging tenderloin tuh. Satu bahagian untuk mak aku (ala campur sekali masak untuk aku la kekekekekekeek), satu bahagian untk mertua aku dan sebahagian lagi untuk kita org la. Keluarga Arc kureng sket daging nih, Ayam yang aku beli lbh untuk mertua aku. Sebabnya adalah untuk kita org juga kekekekekekek.

Tenderloin mahal....................... yup betul tapi aku beli tak adalah mahal sangatkan pasal aku selalu beli dari pemborong kat Jalan Reko tuh. Tapi tak adalah murah sangat pun. adalah 25% murah dari tenderloin yg Tesco ke Giant jual. Kalau lembu tempatan tuh lagi la mahalkan.

Mahal mahal pun beli gak pasal

1. Satunya Arc kalau liat dia tak makan. Macam getah kalu dia letak tepi ajerla. Hirup kuah hehehehehe
2. Kalau nak masak daging yang biasa biasa tuh jenuh nak tunggu empuk. Gas pun pakai banyak kannnnnnnnn, last last nanti harga jadi sama kannnnnn
3. Kelas sket kan kalau beli daging tenderloin kekekekekekekekekeke

Tapi sebenarnya semua tuh tindakan yang salah ajer. Silap beli bahagian daging juga akan menyebabkan rasa yang dimasak tuh tak sama.

Kelmarin masa MAHA, kita orang tersinggah kat satu booth nih. Ala lupa pulak aku nama kompeni nih. Tapi antara yang dia cerita dan brochure yg diberi itu adalah bahagian bahagian daging lembu yang sesuai untuk masakan apa.

OK kita periksa:

Tenderloin, Sirloin dan Rump


Bahagian ini sesuai untuk buat steak, sirloin ke, rib eye ke ini adalah antara bahagian yang popular untuk dibuat steak. Sebabnya ia lembut dan oleh kerana steak ni ada gravy dia, jadi rasa rempah atau apa yg patut tak perlu mesra kedalam daging. Masak pun tak perlu lama.

Chuck dan flank

Bahagian ini juga lembut dan pejal walaupun tidak selembut tenderloin. Sesuai untuk dibuat kebab.



Shin, Ribs and Brisket


Yang ini sesuai untuk dibuat sup.


Topside, knuckle dan blade

Yang ini sesuai untuk dibuat kari dan masak asam. Pasal lemak lemak yang ada sket sket tu menyedapkan lagi masakan. meat juice dia dari lemak agaknya kekekekek.

So ollllsssssssssss, itu la dia yg sepatutnya. Jgn jadi mcm aku yg berlagak beli daging tenderloin ajer wakakakakaka
Berapa lama dah aku siapkan N3 ni. Byk nak siapkan keje sebelum resign nih

1 comments:

Anonymous said...

cayalah...aku nak tengok ko masak pulak daging tenderlion ko tu....kekeke....selamat posa weh.