OK baru dapat laptop baru, boleh la update sket sket.
Sibuk juga training kat sini pasal aku punya engineer akan stay kat sini selama 2 minggu manakala aku dan beberapa leader lagi akan stay selama sebulan. So kena ambil banyak info dari org kat Jerman nih.
OK la, aku akan mulakan dari satu hari ke satu hari la apa yg berlaku sepanjang aku berada kat sini. boleh dijadikan memori utk aku sendiri di kemudian hari kelak. Gambar kalau senang aku akan uploadkan. Laptop kompeni baru nih dia dah setkan dalam window system utk tidak terima software sembarangan. Yahoo Mesenger pun tak boleh nak pasang krn instant message violation. Cuma dibenarkan skype sahaja kerana dia boleh dijadikan corporate phone media.
19th September
Ala dah tak ingat sangat dah aku. Seminggu yang lepas dah. Apa yang aku ingat pada pagi itu aku dikehendaki hadir juga ke pejabat utk satu dua jam sebagai syarat utk hadir kerja aje. Sementara aku di opis q-c*lls tu, Arc pegi jumpa dgn pegawai yg berkehendakan hamper tuh di Cyber View. Satu bangunan dgn Opis aku berlainan tingkat.
Kira kira jam 11.30 aku keluar adri opis dan menuju ke Jusco Balakong, utk beli persiapan yang terakhir.
Bila waktu petang pula selepas menunggu anak anak aku balik dari sekolah, barulah aku bertolak ke KLIA. Kira lewat juga la. Sepatutnya berkumpul jam 6.30pm tapi kami keluar rumah pukul 6.15pm. So kalau aku boleh sampai dalam jam 6.30pm tuh kira aku memang besit habis la kan. Tapi tetap sampai pukul 7.15pm. Engineer aku 2~3 org sibuk call aku tanya kat mana pasal tinggal aku ajer yg tinggal.
Lepas sampai aku terus check in. Aku ingat yang lain dah check in, tapi rupanya belum. Depa duduk tempat lain tunggu aku dan aku sampai terus check in. Kononnya nak dapat untyung group total weight. Aku punya bag aku cujma berat 14.7kg ajer. Last last ada budak yg terlebih bila budaj budak aku check in belakang aku. Discuss baik punya so aku punya bahagian tuh aku transferkan kat kawan aku. So boleh la depa dapat yg remaining 8kg tuh. OK la juga kan.
Lepas check in, aku dan anak beranak berbuka puasa kat Mc Donald. Makan lebih kurang dan bergambar lebih kurang sekeluarga. Sempat la bermaafan sempena hari raya kat restoran Mc Donald tuh. Ye la kan tak berkesempatan beraya pada aidil fitri tuh, kami bermaaf maafan di KLIA, kekekekekekekeke. Yg pentuing hati yg ikhlas bila bermaafan tuh.
Dalam Jam 8.15pm tuh, kita org masuk kedalam dan tinggala Arc bersama anak anak aku di Malaysia untuk beraya tanpa aku disisi mereka. Nak kata sedih tuh memang sedih la kan.
Aku pasal naik kelas ekonomi ajer aku akan pastikan aku akan duduk di seat belakang sekali. Senang aku nak bangun dan luruskan kaki lepak lepak kat buritan kapal terbang. Tak adalah mengganggu org kalau aku nak bangun dan luruskan kaki kalau aku duduk di tengah tengah perut kapal terbang. Lega la juga kalau jalan jauh tuh.
Pendek cerita, aku sampai di Frankfurt jam 5.00am waktu tempatan atau jam 11.00am waktu KL. Dan transit aku ke Leipzig dalam jam 9.00am gitu. Jenuh la juga pusing pusing dalam Fraport. Kecik aje Fraport dan besar lagi dan bagus lagi KLIA.
Pendek cerita lagi kami sampai di Leipzig airport dalam jam 11.00am dan dijempout oleh 3 org pegawai HR International. Terimpress sekejap kita org salah soerang pegawai tuh pandai cakap bahasa Indonesia. Rupanya dia buat pengajian timur dan khusus kebudayaan Indonesia. Serta pernah buat prektikal training di Kuala Lumpur selama setahun untuk melengkapkan pengajian dulu tuh.
Selesai di Airport, HR bawa ke bandar Leipzip dan tunjukkan tempat tempat yg penting untuk ditujui macam, restoran turki Halal, kedai barang barang basah asia dan juga haupbanhoff yg akan sentiasa terbuka sepanjang masa untuk tujuan beli barang barang keprluan seharian kita org. Dalam jam 5.00pm, kami ke apartment masing masing dan siap siap berkemas.
Selepas berbuka puasa dengan ration yg dibawa, kami pun terlelap laaaaaa sampai ke sahur esok harinya.
Menyusul Hari kedua nanti.
Friday, September 26, 2008
German Assignment - Hari pertama
Ditulis oleh Nor Razi at 3:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
dengar macam seronok banget ko dengan opportunity ni.. wish you luck dan jangan nanges pagi raya nanti huhu...alaa sebulan je kan.. hehe
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
ada hati nak tulis hari2 punya cerita siLB nih, sah dia lupa nanti tuh ekekeke
Post a Comment