Hari kedua jatuh pada hari Sabtu. Pagi tuh sempat la aku bersahur, makan roti dan juga kuah kari Brahim.
Ramai yang tak berpuasa pasal musafir la katakan. Aku selagi tak ada aral dan masalah tak ada sebab untuk aku tidak berpuasa. Tak susah pun berpuasa kat sini. Ada juga yang memanjangkan musafir mereka berjalan jalan ke Berlin. Aku tak ikut kerana aku rasa masih ada hari untuk aku. Yang pergi pun mereka yg cuma short stint aje kat sini.
Pagi itu, kami berkira kira hendak ke pasar turki. Katanya banyak barang murah murah. So budak budak batch 1 yang sampai dari kami bawa kami ke pasar tersebut. Pasar tersebut bersebelahan dgn Leipzig Arena tempat dimana salah satu Stadium yang digunakan sebagai salah satu stadium kejohanan World Cup yg terbaru lepas.
Tempat tu memang barang byk yang murah. Jaket jaket dan baju panas memang murah murah, Stokin winter juga murah. Mengenangkan aku akan hanya berada disini sehingga bulan Oktober, aku tak rasa ada keperluan untuk aku beli barang barang tersebut. Cukup sekadar jalan jalan cuci mata ajer. Tetapi barang barang dapur dia memang murah la, sayur sayur dan juga buah memang tersangat murah. Kami beli anggur, nenas, pear, red berry dan juga sayur cabbage, capsicum, timun dan bawang bawang dgn jumlah takj habis 10 Euro pun. Memang mewah la hari tuh.
LEbih kurang jam 1 kami pulang dan melalu beberapa kedai arab dan turki. Yang kami nampak beberapa kedai Kebab yg boleh kami singgah untuk berbuka puasa. Lega juga ada nampak kedai yang kami boleh makan terus incase kalau malas sangat nak masak untuk makan malam.
Sesampai di Apartment, another batch of friend beritahu ada sorang brader buat Phd dari Malaysia jemput berbuka puasa di Surau berdekatan dengan Downtown Leipzig. Kami bersetuju untuk pergi untuk mengenali masyarakt Islam di Leipzig. So dalam jam 6.30 kami berjalan kaki ke utara Leipzig dan kira kira 5 minit sebelum masuk waktu maghrib kami pun dah sampai.
Majlis buka puasa itu seperti biasa la, dgn kesopanan bangsa Arab korang paham paham ajerla bila makan kan. Tak nak la cerita pasal org arang dgn makanan. AKu nak cerita sket pasal brader yg buat Phd kat sini nih.
Memang dunia ini kecik, brader nih merupakan Junior kepada Ustaz yg pernah duduk depan rumah aku. Infact ppernah parking kereta depan rumah aku masa dia hendak menziarahi ustaz ini sebelum masa dia hendak menunaikan haji pada 2 tahun yang lepas. Selain junior di Arab Saudi, dia juga satu dept mengajar di UKM juga. Itu la yg selalu berlaku bila satu satu perkara itu sebenarnya masih berlaku dekat dengan lingkungan kehidupan kita. Dunia memang semakin kecil.
Kami tak tunggu terawik kerana masih ada byk kerja yg perlu dibereskan sebelum training bermula Isnin nanti.
Hari Ketiga menyusul kemudian, Q-Cells Sports Day
Saturday, September 27, 2008
Leipzig Hari Kedua
Ditulis oleh Nor Razi at 4:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment