Baru balik dari Prague. Nice city.
______________________________________________________________________
Hari keempat adalah hari rasmi kita org melapurkan diri ke Q-C*lls Office. Terletak di Saxon Anhalt State sejauh 50km dari Leipzig yg letaknya di Saxon State.
Pagi kat sini punya la sejuk. Walhal baru ajer fall season. Sejuk macam dah nak masuk winter dah. disebabkan ini juga Malaysian Office decided nak berikan elaun baju sejuk kat group kita org yg stay sekejap aje nih.
Biasanya aku kalau dah bangun sahur jam 4.00am tuh terus ajer celik sampai kepagi. Biasa aku skype la dengan LA. Dan biasanya berebut rebut la kita org nak madi awal pasal takut nanti air panas dah kehabisan.
Menjelang pukul 6.45am masing masing dah siap tunggu bas. Keje kilang ko, tu yang tunggu bas tuh. Kalau korang tengok budak budak kilang tunggu bas, haaaa macam tu la kita org. Bangla in Leipzig hehehehehehhehehe.
Bas biasa sampai dan bertolak tepat pada masanya, tak tunggu tunggu. So kita org bertolak jam 7.00am dan akan sampai ke kilang jam 7.50am. So adalah 10minit untuk budak budak cina dan india beli makanan utk breakfast. Kantin dorang memang kelas laaaaa. Cappuccino free. Aku mintak dengan bos aku utk dapat similar kind of services, hampehhhhhhh nak dapat.
Biasa bila kota org sampai dah boleh nampak org Jerman ni dah siap tengah keje dgn briefing sekali. Pukul berapa daaaaaa dorang mula keje. Yg kami tahu dorang start pun jam 8.00 pagi juga.
So kita org dibawa ke seminar room dan bermula la orentasi kami kilang. Ada taklimat mengenai safety serta kualiti, product technology dan juga line tour. Quite impresive juga la kan dengan facility yg dorang ada. Lbh impressive bile kilang yg kat malaysia nanti jauh lebih baik setup-nya dari yang sedia ada kat sini.
Penat woooooo, dengar org bercerita ajer. Ngantuk pun ye juga. Ramai yg tersenggut senggut dengar taklimat. Kelopoak mata kena topang baru nampak macam sedar. Overall, kami semua ok. Hampa juga kita org pada hari pertama tuh. Ingatkan boleh dapat laptop tapi tak dapat juga.
Kami balik sharp pukul 5.00pm dan akan sampai di Apartment lbh kurang jam 6.00pm. Hari tu kami tak masak pasal kelesuan. Makan kat kedai Kebab ajer
Monday, September 29, 2008
Hari Ke 4
Ditulis oleh Nor Razi at 3:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Lord,
Selamat Hari Raya...jangan sedih-sedih tau!!
Lord Budak and Family
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir batin
have a safe trip home
Post a Comment