keluar...masuk....keluar.....masuk...takde gak update2.... penatkan??? keh keh keh aku pun sendrik penat. Kemain lagi si Angah ngata yerrr. Nanti2lerr...mood tarak, LB lak busy giler belek aku hihihi....
Wednesday, October 29, 2008
Keluar Masuk
Ditulis oleh Arc at 3:29 PM 8 comments
Wednesday, October 22, 2008
Monday, October 13, 2008
Hari ke 10, Isnin 1hb Okt
I was contemplating today. Tomorrow is Hari Raya. Tak sure samada nak ambil cuti ke tidak esok. Kompeni kat German bagi cuti tapi yang kat Malaysia pulak ngada ngada suruh observe working time kat sini pulak. Hampehhhhhhhhh ajer aku rasakan. Yessssssssssss. German raya sehari awal dari Malaysia. Untung juga aku kannnnnnnnn. Hehehehehehehehe.
So sebelum aku boleh beri confirmation, aku kena siapkan beberapa perkara. Kena plan kan visit to the plant untuk engineer2 aku. Tak susah mana pun pasal masing masing dah berpengalaman, so senang ajer la kan. Dorang pun beria ia suruh aku pergi pasal aku pun Tak sampai lagi Berlin.
AKu tak la risau sangat dengan kerja dorang nih pasal memang tiap tiap minggu kena hantar progress report kan, so aku tak ada ke atau bos aku tak ada pun masing masing kena hantar progress report serta training masing masing setiap Jumaat pagi.
Nasib baik penat semalam sempat hilang walaupun kepenatan berjalan jalan di Prague dan Kisah Kena Tahan kita orang kat Decin tuh. Dekat kerja tempat aku kat Jerman nih, antara opis dgn line dan Facility System memang jauh. Adalah dalam 350m. Sound like close ekkkkkkkkkk. Cuba la korang jalan kehulu kehilir, mau 5 kilometer jalan woooooooo. Kat sini pun team member dia pandu Smart O Two punya keta ky kecik cinonet tuh. Nak menunjukkan bertapa besarnya plant nih.
Kalau nak harapkan kat Malaysia dapat macam tuh aku rasa memang tak adala. Dapat Modenas pun dah sangat bagus dah kekekekekekekekekeke. Lenjannnnnnnnnn.
So keje la aku seharian tuh. menjelang petang aku decided dekat bos aku , aku nak bercuti beraya kat Malaysia Embassy. Petang tuh aku hantar borang cuti dan tak lama kemudia bos reply thru email, permohonan cuti aku telah diluluskan.
Yahoooooooooo. Esok aku beraya di Berlin
Ditulis oleh Nor Razi at 9:31 PM 4 comments
Friday, October 10, 2008
Hari Ke 9 - Melancung ke Prague (Praha) Republik Czech Bhg 3
Perghhhhhhhhh. Sakit siuttttttt. Sape kata turun tangga lagi OK dari naik tangga. Nak kejang peha turun tangga istana tuh. Aku rasa anak tangga dia lagi byk daru anak tangga batu cave tuh. Betul betukl nak kasi payah org serang Istana dia, Kalau nak serang pun aku ingat dorang guna catapult ajer. haaaaaaaaaaaaaa kalau tak tahu, sila google ekkkkkkkkkkkk.
Kami dah tak larat dah bila turun tuh. Nasib baik ambil one-day ticket dari central train station masa sampai pagi tu. Malam tuh masih boleh guna lagi utk naik tram pulang ke apt. Sekali dah ambil tram, penat punya pasal terus terlepas satu stesen utk turun dkt dgn kawasan apt tuh. Kena lagi pusing jauh sket nak ke Apt. Sebenarnya ada baik juga gitu. Dalam dah terlepas stesen gitu, dlm perjalanan pulang ke Apt lalu satu kedai Syiria ke Lebonan, Boleh cakap Inggeris dan pernah sampai ke Malaysia. Terus la kita org sambar apa apa yg patut untuk bersahur tuh. Aku tangkap pisang dgn air ajer.
Sampai rumah, mandi lebih kurang dan makan pisang terus. Jam baru jam 12.30am tapi penat punya pasal dan takut tak terbangun sahur, kita org decide sahur terus ajerlaaaaa. Betul rupanya, Jam 7.00 baru masing masing jaga.
Ada yang mandi dan ada juga yg berstail P Ramlee. Setakat basahkan mata ajer. Bukan nya pasal sejuk ke apa, cuma nak kejar masa untuk ke stesen. Dan kalau sempat ada yang ada hati nak singgah beli souvenir lagi. Apakan daya, masa tak mencukupi, maka terus kita org ke stesen keratapi. Pasal ramai sgt dalam group kita org yang nak bersiap maka jam 9.45 la baru kita org daapt keluar dari apt. Train dalam jam 11 lebih gitu so kita org terus bergegas ke stesen keratapi ajer. Kalau ada yang nak beli apa apa beli la kat stesen, walaupun tak banyak pilihan dan harganya mahal sedekit. Nak buek camano kan.
So tengahari semua dah ada, termasuk yg geng cina tuh, berkumpul semula di stesen keratapi. Kami naik keratapi semula dan bergerak menuju ke Dresden. Masing masing puas berjalan. Ye la dapat berada di 2 negara kan. Satu German dan Satu Rep. Czech. Perjalanan yang aman tuh tak berpanjangan. Kami telah diperiksa oleh Polis Czech di dalam keratapi dan disebabkan masalah komunikasi, polis tadi telah mengarahkan semua org Malaysia turun dari keratapi di satu bandar besar sebelum masuk semula ke Jerman.
Kami di tahan kerana Polis sangka kami masuk ke German dari Rep. Czech dan bukannya sebagai pelancung yng datang dari Jerman ke Rep. Czech dan kembali semula ke Jerman. Ini kerana Visa kami semua visa kerja dan mereka ingin lihat visa pelancung ke Rep Czech yg sepatutnya di cop di lapangan terbang antarabangsa dorang.
Sekali bincang punya bincang dan sessi penerangan yang berpanjangan, itu keratapi tak boleh tunggu kita orang terus mintak izin jalan daaaaaaaaaa. Hampeh ajer kita org. So bila ketua polis bandar tuh dapat dihubungi dan kami terangkan tujuan lawatan kami baru la dia faham dan kami semua dilepaskan. Dan itu cuma berlaku selepas 3~5 minit keretapi kami melanjutkan perjalanan. Sueiiiiiii betul la. Kami dok risau keratapi yang akan muncul 2 jam kemudian betul betul tepat pada masanya supaya kami tidak terlepas tren transit dari Dresden ke Leipzig pula. Lagi la kami risau bila dorang buat pengumuman keratapi akan lewat 45 minit. Chitttttttt, kalau gitu kami sudah terlepas tren transit la dari Dresden ke Leipzig. Apa nak buatkan. bertimpa timpa pulak masalah.
So akhirnya keratapi sampai dan kami meneruskan perjalanan ke Dresden. Selamat kembali ke Jerman. Lega satu hal pasal dah masuk Jerman. Satu hal lagi pasal tren transit yg dah terlepas. Tren berikut sepatutnya harga sudah sekali ganda mahal. Tapi ada sorang mamat di dia Berani bertanya kat kaunter tuh dan terangkan apa yang berlaku. Org kat kaunter tuh sengih ajer dan benarkan kami tukar masa tren tanpa apa pa bayaran tambahan. Aku rasa la ramai yg dah terkena dengan Polis Czech tuh. Kalau tak takkan senang sangat dia faham dengan masalah kita org.
So kena tunggu lagi satu jam punya tren. Tunggu la kami di stesen tuh dan beratur la kami kat subway beli 1-foot Tuna sandwich. Kongsi 4 org untuk berbuka puasa dalam tren.
Tiba masa kami naik tren, kami naik dan duduk dalam satu coach, dan yanglain naik semua pakai macam klas klas ajer. oooooo padang la mahal sket kot tren waktu nih. heheheheheh. So kita org duduk mengadap ngadap gitu la dan ada satu org makcik nih duduk juga dengan kita org. Dia tersenyum ajer sepanjang perjalanan dari Dresden ke Leipzig, dengar celoteh dan borak kita org, dalam bahasa yang dia tak Paham. So berkata la kita org, Macam tu la kita Sengih Kat Bangla bila duduk dekat dengan kumpulan Bangla dalam tren sambil berkata dalam hati ...... NILA BANGLA BANGLA YANG BUAT KECOH AJER LEBIH KAT SINI . Wakakakakakakaka. I cant help sigh.
Tamattttttt
Ditulis oleh Nor Razi at 8:39 PM 0 comments
Thursday, October 09, 2008
Hari Ke 9 - Melancung ke Prague (Praha) Republik Czech Bhg 2
Blh masuk Facebook aku kalau nak tengok gambar gambar di Prague. Pegi sini utk gambar. Boleh tengok dari lensa org lain juga. Geng geng aku yang dah facebook kan gambar dorang.
______________________________________________________________________
OK Sambung Cerita
Kami meneruskan perjalanan dari Pejabat Kedutaan ke Old Town, Ikut map ada lagi dalam 800m ke 1000m la jauh perjalanan. Ramai juga yg dah bengkok lutut, tak tahan. Ada yg cadangkan naik tube ajer kan. Tapi bila check balik, bila kuar nanti bukan pun kat tengah tengah Old Town. Bila check nak naik tram, stesen jauh kedepan lagi. So masing masing pun kata naik tram ajer.
Jalan la kita org dalam 300m lagi. So Tram stop to the right dan perjalanan nak masuk ke Old Town to the left. Mengenangkan tak berapa meter lagi nak masuk ke kawasan Old Town, terus berjalan ajer kita org.
Mata pun terpesona ajer tengok kawasan dorang tuh. Bukan pasal cantik, tapi terpesona dgn sampah sampah dorang. KL lagi baik la dibandingkan dgn Praha (kawasan nak masuk Old Town) KL juga lagi baik la dari Berlin tapi Leipzig lagi baik wooooo dari KL. Ehhhhhhh terpesong pulak.
So ada satu tower yg menyambut kita org sebelummasuk ke Old Town. Tower ni digunakan sebagai tower pertama peninjau tengok angkatan tentera Sweeden sebelum masuk ke Charles Bridge. Ambil gambar sket, kasi kenangan sket. Jam pun dah menunjukkan jam 5.55pm dan waktu berbuka hari tuh jam 6.57pm. So kena cari kedai nih nak buka puasa. Yang puasa tuh cuma 6 orang ajer. Yang lain declare musafir.
Pusing punya pusing tak jumpa daaaa kedai jual makanan halal. So kami setuju nak masuk kedai (macam Tesco) dan beli biskut ajer la. Aku pulak dalam kepala hotak dah fikir, croissant cecah dengan yogurt pun gerenti sedap nih. So, aku pun ambil la croissant dan yogurt dan sambar juga buah anggur. So by 6.30pm masing masing dah ada barang barang untuk dimakan. Yg tak berpuasa, dorang dah ronda ronda kat kawasan tuh. Janji jam 6.30pm nak jumpa kat depan kedai tuh dan bergerak masuk ke center of Old Town. Biasa punya janji Melayu jam 6.45pm baru semua berkumpul.
So kami meneruskan la perjalanan masuk ke Old town. Sepanjang perjalanan masuk tuh melalui kedai kedai souvenier dan kedai kristal. Aku suka lakan, Bohemia Kristal kan mahal kat Malaysia kan. Sementelah aku pernah beli 2 vase kat Russia dulu so aku ingat nak tambahkan lagi collection la kan. Usha punya usha tengok mmg murah. So mula la kau kompare kan harga. Dari satu kedai ke satu kedai makan croissant cecah yogurt buka puasa. Sampai kedai yang ke beberapa belas la baru kedai sound. Do not eat in my store ......... please ........... hehehehehehe, terer pulak makcik nih cakap english. yg muda muda pulak tak terer. Tuh yg dorang tak berapa berani nak sound kita org tuh wakakakakakakaka. SO kita org cakap sorry and blahhhhhh wakakakakakaka.
Bila dah nak masuk kat center Old Town tuh aku tengok ada satu kedai Kristall tuh yg ambil lot sampai3 kedai. Meriah aku tengok so aku pun masuk, perghhhhhhh, nasib baik la elaun aku ciput ajer, kalau tak mmg aku dah sambar byk dah bawak balik Malaysia. Apa, ko ingat nak buat souvenier ............... takkkkkkkkk, aku nak jual 5% murah ajer dari Isetan pada harga dorang buat sales wakakakakakakakaka.
Aku tangkap satu. Yg budak perempuan Melayu sorang tuh pun katanya nak tangkap juga, tapi dia dgn group budak budak Cina so aku tak tahu apa apa, Harap harap dia masuk kedai ni juga. Mmg murah by 10~15 Euro berbanding kedai yg lain. So aku pun tangkap la satu. Ada sorang manager tuh kata nak beli tapi katanya leceh nak bawak balik ke Jerman pasal dia cuma bawak rucksack kecik ajer. Tapi sekarang sudah termenyesal tak beli beli dia tanya dgn wife dia harga kristal kat Malaysia sgt mahal wife dia beritahu. Siap nak cari kat sini dan Berlin, tapi harga sudah 20 Euro lagi mahal dari kat Praha.
So bergambar la kita org kat tengah rengah Old Town. Bangunan lama lama la dibina dari kurun ke 18 dulu lagi. Pusing punya pusing, jumpa pulak Hard Rock Cafe. Bagai di sorong bantal, ramai la yang masuk mengusha baju baju HRC nih. Aku masuk sekadar pusing pusing tengok ajer. Tapi memang baju HRC dia lagi murah dari KL punya HRC. Lepas bergambar dan berborak dgn Supervisor tuh, dia tahu Malaysia dan pernah sampai kat KL (aku agak gerenti HRC KL kot).
Ada sorang member tuh tanya tanya kat mana blh dapat kebab dan dia beri direction mana boleh dapatkan kebab tuh. So bergerak la kita org ke kawasan kebab tuh. Dalam perjalanan ke kawasn kebab tuh, terlalu la kita org kat sex musuem. kekekekekekeke so sape sape yang kinky tuh mmg sesuai la masuk ke musuem nih. segala jenis tools ada wakakakakakak. oopppppppppsss.
Tak jauh dari museum tuh ada kedai kebab dan sedang kami tunggu tunggu tuh ada pulak budak cakap belacan. Sekali toleh, tengok, muka Melayu. Bila tegur confirm budak budak kita yg sedang buat medicine di Prague dan dorang pun baru seminggu sampai disini. Seminggu tuh sudah cukup bagus la utk jadi tourist guide kita orgkan. Kebetulan pun mmg dorang nak pusing pusing Praha so, unofficially, kita org dah ada tourist guide.
So, lepas makan kebab, kami pun dibawa utk melihat menara jam yang lama dan masih berfungsi lagi. Jenis yang kalau kecik tuh mucul burung tapi yang ini jam bangunan dan yang keluar adalah rangka org kekekekeke. betulllllll. Lupa aku nama bangunan nih dan gambar pun tak berapa nak terang pasal ramai yg menunggu detik 9.00 malam utk lihat rangka manusia tuh. So gambar byk yg blur pasal tangan masing masing bergoyang.
Lepas dari situ, kami dibawa menuju ke Istana Praha. Untuk kesitu perlu menyeberangi Sg. Vltava dan melalui Charles Bridge. Ada lagi satu tower sama macam tower yg pertama tadi dan fungsi dia sama juga utk memperlahankan kemaraan tentera sweeden bila nak menyerang Istana Praha. Ehhhhhhsemua sejarah nih diceritakan semula oleh student student tadi. AKu pun tak verify, kalau salah korang cari dalam internet dan betulkan balik la kekekekekekekeke.
Kita org ambil gambar dan lepas ajer menyeberangi tower nih, kami dengar satu alunan musik yg sangat menarik. Bunyi datang dari beberapa glas yg berisi air. Dalam facebook ada gambar tuh dan ada kawan kata kat you tube pun ada juga. Dia main lagu titanics dan bila habis masing masing hulur duit. Aku tak rasa sangat dia nakkan duit tuh, rather his passion in performing the music. Pasal dia tahan dulu org dari beri dua duit dulu dan dengar dia mainkan lagu lain. Kita org tak mampu nak tunggu lama pasal dah jam 9.30pm dan perlu berjalan menuju ke Istana Praha dan cathedral dia.
Perghhhhhh, kena panjat tangga yg beratus ratus anak tangga daaaaaaa nak naik ke istana tuh. Mmg psikologi org yg nak serang istana nih kecundang dulu la. Penat wooooooooooo. Jam 10.15pm kami sampai ke puncak. Tarik nafas panjangggggggg. Pasal dah malam, kawasan istana masih buka sehingga jam 12.00 tgh malam, tapi guard macam kat Buckingham atau Istana Negara tuh dah tak ada la, Polis biasa yg jaga kawasan Istana tuh, Pusing pusing dantengok cathedral dorang, pas tuh kami turun ke bawah semula
Bersambung Bahagian 3
Ditulis oleh Nor Razi at 3:28 PM 0 comments
Monday, October 06, 2008
Cerita Hari Raya
Khatam dah aku baca sumer blog geng, baru masuk sini nak tulih entry kekekkekeke. Cik wokz kan,nyibuk nak tau gak Delinn pakai baju kaler apa(pink purple gakk), Deo pi umah sapa (pi ke idak umah ky ngan delinn tuh…), Jijo raya gi mana, Yam errrkkk…ngan takdak updatenyer (read : silalah update), Angah raya sakan lagi kott oppsss… and Joe sampai ke idak package kami tu.
Raya kali ni kali ke-2 aku beraya tanpa LB disisi. 1st time dulu masa tahun pertama kawin, LB di UK, aku di KL. Idak ler sedih sangat tapi sayu gak lerr. But anak2 aku, raya tetap raya kekekekekke. Happy jerkkk….. alhamdulillahh senang jer aku menjaga dorang masa LB tak de sementara ni.
Raya Pertama
Pagi2 raya subuh2 dah bangun. Bukan..bukan… bukan nak masak, tapi baru nak jahit baju mak aku kekekkeekke. Aku dah gunting siap2 baju kurung mak aku, tapi tak sempat nak jahit. Well…last minit kan. So, pagi tu kedai jahit tak bertauliah aku masih bukak. Datang lak adik2 aku bagi baju suruh oter (soh kecik kan baju lakkkkk) At last kul 11 baru aku tutup kedai aku, barulah dpt pi mandi. Betapa tak vogue nyer aku di pagi raya. By the time aku siap melawa, org dah mula ramai dtg beraya. Alaaaaa aku baru nak bekfas…kekekkeke.
Dalam kul 3ptg tu baru aku gerak ke umah mak mertua aku di Serdang. Tu pun nasib maksu aku sampai, baru aku cabut. Dia tlg2 nengokkan tamu. Kesian lak nak tinggalkan makpak aku layan tamu.
Malam tu aku balik ke Bangi. Tido kat umah. Gelap gulita jer seluruh lorong umah aku tu. Ada laaa 2 umah yg ada beraya kat situ tak balik kampong. Ingatkan sunyi sepi ler malam tu, takkkkkkk berdentam- dentum gak bunyik mercun. Ramai agaknya umah di lorong2 lain yg tak balik.
Raya Kedua
Anak2 aku excited nak balik kampong nenek LB. Punyalah seronok bila aku ckp kita balik kampong boyot (onyang). Ialah…Serdang ngan H. Langat tu dekat sangat kan. Tu yg dorang tak panggil kampong kottt. Yg journey jauh2 tu baru dorang panggil kampong kottt. Yg amik masa lebih ½ jam…..kekekekekekke. Nak gi Kg Bkt Bangk*ng, Sep*ng kan lebih ½ jam kan kekekekekke. So, aku anak beranak tidolah semalam di kampong. Masa on the way pegi tu, sempat ler aku singgah umah pakcik aku di Jenderam. Ala-ala lite-n-easy jer gi raya. Bawak keter pun ala2 makan angin. Halfway tu bertembung ngan konvoi mak mertua aku ngan adik ipar aku. Sedang elok ler sama2 sampai di kampong.
Raya Ketiga
Hari ni jatuh hari Jumaat. Pagi tu habiskan beraya mana2 umah sedara yg tak sempat beraya hari sblm nya. Ingat kan nak gak ikut mak mertua aku beraya ke Kg Bat* La*t. Tapi bila nengok keadaan cuaca yg mendung & hari pun semakin petang, aku amik keputusan utk balik ke Bangi. Sejak dua menjak ni rabun malam aku makin teruk. Dah senior (read : tua) kot keh keh keh. Takpelah, tunggu LB balik jer beraya ke sana, kalau sempat. Insyaallah.
Ditulis oleh Arc at 4:49 PM 9 comments
Labels: Life
Hari Ke 9 - Melancung ke Prague (Praha) Republik Czech Bhg 1
Hari ke 9 Sabtu 27hb ~ 28hb; Melancung ke Prague
Sebelum berangkat ke German lagi sorang Engineer aku ajak berjalan ke Prague. Dia ada rakan yg sudah berkahwin dgn Org Czech yg pernah bekerja di KL dan sekarang kembali ke negara asalnya.
Sesampai kami kat Germany, group FM yg pertama sekali datang juga berkata dorang plan nak berjalan ke Prague sebelum dorang kembali ke Malaysia. So bermula la perancangan untuk berjalan jalan ke Prague. Ada dua kumpulan besar, satu Group Cina dan satu Group Melayu. Engineer aku, Cina dah setkan dengan Geng geng dia. Pasal ada satu org Cina Perempuan nih yang menjadi rebutan ramai budak budak Cina lelaki, maka berdesupla dorang punya plan. Engineer aku yang Cina sorang nih pun terkejut dgn budak budak lelaki Cina nih, laju ajer plan nak nak berjalan, sedang aku dan beberapa budak melayu lain masih mencari cari org untuk mencukupkan org travel by group.
Di Eropah ini, berjalan menggunakan keretapi adalah sangat jimat dengan kumpulan lima org. Pendek cerita, genapla kumpulan kami yang melayu seramai 10 orang dan group cina 9 + 1 budak melayu perempuan (yang ini pasal group melayu semua lelaki, mmg padan la dia masuk group cina pasal ada 3 org perempuan).
So, bergeraklah la kita orang ke Prague dengan belanja Tiket sorang 20 Euro utk tiket pergi dan balik. Perjalanan bermula dari Leipzig sehingga ke Dresden sebelum bertukar keretapi ke Prague. Masa keseluruhan perjalanan adalah selama 4 jam.
Perjalanan dari Dresden menuju ke Prague menyusuri sebatang Sungai. Tak tahu aku sungai apa. Nanti ajerla aku periksa nama sunagi nih. Perjalanan sepanjang sungai ini memang memukau mata. Cantik dengan pohon pohon yang sedang bertukar warna pada musin luruh nih. Ditambah dengan kabus yang menyisir pemandangan. Aku nak gambarkan pakai mulut tak tahu lakannnnnnnnn, maklum la engineer, cakap plain straight to the point ajerkan. Apa apa hal, aku akan upload dalam facebook aku. Senang boleh link gambar dengan geng geng Q-C*lls kita org. Boleh berkongsi gambar.
Sesampai di Prague, kami disambut oleh kawan si engineer aku tuh. Sembang sat mana nak pergi menginap dan check route train apa yang patut kita orang ambil. Group terus berpecah, Yang Group Cina ikut kawan engineer aku dan Group Melayu ikut train lain untuk menuju ke pejabat tempat kita org sewa apt. Group kita org dah arrange awal awal tempat penginapan sebelum bertolak ke Prague lagi. Yg group Cina tuh, budak lelaki sewa apt manakala yg perempuan tuh semua menumpang dirumah kawan engineer aku.
Kat apartment tuh punya la sejuk. Maklum la menumpangkan, Selagi tak masuk winter apt tuh tak pasang heater. Pundek betullllllllllll. Nasib baik air ada heater. Nak berak pun nak cebuk tak menggigil wakakakakakakakaka.
Kita org tak duduk lama kat apt tuh. Selesai letak barang dan buang segala yang patut, terus kami ke kawasan yang di panggil Museum. Memang ada musuem kat area tuh dan juga terdapat beberapa org buat persembahan ditengah tengah jalan kat area tuh. Aku sempat la sambar beberapa fridge magnet kat situ. Dan disitu, dikhabarkan ada jual roti yg sgt la sedap. Masak ditengah tengah jalan disitu juga. Masa nih aku sibuk mengambil gambar la kannnnnnn. Kononnya unik la kannnnn. So berlaga laga bahu la kan pasal ada yg nak beli roti dan ada juga yang menibuk nak ambil gambar. Maklum la ni salah satu signature kat kawasan tuh.
Habis aku ambil gambar baru aku teringat jaga jaga poket kat area tuh, byk pick pocket. Bila tersedar, aku selok poket aku dan seperti yang telah di amarankan, terbang aku punya 400 Krown (20 Euro). Cissssssssssssss. Aku kena kapur masa aku ambil gambar la, tuh yg ramai konon konon berlaga laga dgn aku tuh. Pundekkkkkk 2 kali daaaaaaaaaaa. Aku tak beli pun roti tyuh pasal masih berpuasa lagi. Walau ramai yg bermusafir, aku masih jaga puasa aku pasal rasa malas pulak nak ganti2 ganti puasa nih.
Selesai di area Museum, kami bergerak ke Old Town Prague. Kat situ center of attraction tuh. Byk tempat tempat yang menarik kat situ. Dalam perjalanan menuju kesitu, kami terlalu di satu kawasan dan ternampakla kami Bendera Malaysia. Periksa punya periksa, Pejabat Kedutaan kita daaaaaaaaa. So ada la sorang makhluk nih pegi interkom pejabat tuh walhal waktu pejabat dah tutup dah. "Hello, we are Malaysian and want to see Malaysian officer here" tuh mamat yg interkom tuh cakap. Korang tahu apa org do other side of intercom jawab - "Sorry wrong business ..... go away" wakakakakakakakaka. Mmg dasar tak tahu nak cakap main belasah ajer org Prague tuh balas. Terus tak termarah kita org, jadi terketawa pulak
BERSAMBUNG BAHAGIAN KEDUA, ngantuk dah nih
Ditulis oleh Nor Razi at 5:33 AM 0 comments
Saturday, October 04, 2008
Hari ke 6, 7 dan 8
Pada hari ke 6 baru la aku dapat laptop.
Leceh pulak, Laptop ini start up dalam safe mode dan banyak perkara tak boleh download. IS kat sini betul betul jaga laptop nih so kita org tak boleh sesuka hati download segala benda.
YM tak boleh download dan byak flash player juga tak boleh download. So mana mana web yg kena pakai flash player tersendiri dan juga plug in tersendiri memang aku tak boleh masuk la. Kalau nak, kena tangkap laptop aku sendiri nih. Nih yg terbuat aku terfikir utk tangkap laptop aku sendiri nih utk business aku. Nanti aku punya business software tak boleh nak masuk pulak dalam laptop nih.
Yang tak best tu pulak kalau aku ada laptop sendiri, aku tak pulak boleh pakai kat opis pasal laptop aku sendiri nanti tuh tak ada VPN (Virtual Private Networking), so tak boleh pulak aku acces server tempat keje aku nanti pulakkan. Nanti server kita org kat Germany terus you. Memang dasar sgt la kan dorang keje kannnnnnnn.
Habis nak buek camano. Dah den mintak koje nih kan.
OK la pasal keje pulak kat sini. So sepanjang tiga hari ini kita org dah masuk modul. Tapi training aku byk juga terganggu pasal aku kena attend meeting dgn supplier dan juga dengan PRoject Mgr. Byk yang aku terlepas dan aku kena cover balik sendiri pulak nanti. Yang tak bestnya pulak nanti, interpreter ada sehingga 5hb Okt ajer. lepas tuh habis dah servis dorang. Aku pulak akan lepak kat sini sehingga 17hb pulak. Berharap la aku dengan Claudia FM, Claudia PM dan Aleks untuk line tour nanti. Harap harap Briggit pun boleh uga tolong aku untuk terangkan macamana pengurusan segala sampah dia jaga kat sini.
Masak la kita org nanti. Aku pulak tinggal berdua nanti dgn Project Hook Up Leader. AKu rasa saje ajer boss aku suruh stay sebulan pasal dia nak suruh aku temankan mamat sorang nih yang baru sampai 2 hari lepas, dan mintak aku balik sama sama dengan dia nanti. Sabar ajerla.
Sementara tuh aku dah mintak engineer aku siapkan SOW dan KPI utk subcontracting keje keje kita org nanti. Satu ajer kelebihan yang kami ada setakat ini adalah semua sistem akan dikontrakkan kepada syarikat luar. Kami cuma menyelia dan juga membuat keje keje improvement ajer. Harap harap semua berjalan dengan lancar.
Hari ke9 akan aku ceritakan perjalanan kita org bercuti ke Prague pulak.
Aufviderzen (aufwidersehen)
Ditulis oleh Nor Razi at 7:51 AM 0 comments
Thursday, October 02, 2008
Hari Ke 5
Hari Kelima, Selasa 23hb Sept
Hari ini kami terus masuk keModule Kami, Facility Management (FM), kumpulan kami seramai 12 orang terus berpisah dengan group maintenance, process dan technology. Depa masih meneruskan orentation tetapi kami terus masuk ke modul terus kerana selain aku, yang lain lain cuma stay selama 2 minggu sahaja. Group group lain akan stay selama 3 bulan.
Kami buat acara Ice Breaking, sessi berkenalan dengan semua staff bawah FM dan juga Safety and Health and Environment. Yang baya baya aku adalah 4 orang, yang tua setahun dua adalah 2 orang dan yang lain lain tyuh sgtlah junior. Dia blend yg experienced dgn yang setahun jagung keje. Untuk control overhead dept katanya.
Selesai kami Ice breaking antara kami, team team dari Jerman pula masuk dan memperkenalkan diri masing masing supaya budak budak tahu sape mentor dorang masing masing. Aku pulak kena kenal 4 org mentor budak budak aku supaya aku juga boleh acces ke dorang bila aku nak berkehendakan maklumat. Setakat ini dorang bagus ajer. Nampak seperti boleh berkomunikasi. Kebanyakkan dari mereka membesar masa zaman ikutan komunis, so kureng sket Bahasa Inggeris dorang. Tak banyak org Jerman Barat yang sudi datang bekerja kat area sini. Macam masih tertinggal lai. Tapikan internet dorang Satu Giga data transfer. Laju wooooooooooooooo.
Selepas sessi berkenalan dengan semua mentor kami habiskan masa dengan duduk diam diam dalam conference room selama 2 jam sebelum balik. Bosannnnnnn. Kita org sangka boleh dapat laptop pada hari kedua, tetapi hampaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kena tunggu keesokkan harinya.
Balik rumah, kita orang jalan ke Town center. Dorang ada 5 building untuk shopping mall sebesar Avenue K, 5 building tetapi tak ada yang centric macam Mid Valley. Tapi OK la pasal building dorang next to each other. Buka puasa kita orng makan Kebab lagi. Kita order donner kebab dan tokey berikan kita orang teh percuma. Mat Salleh tak dapat teh tuh free. Depa suka tengok Muslim Malaysia makan kat tempat dorang.
Balik mau ramai yang rindu dengan donner kebab nih. Mana naksamakan dengan Melawati Kebab ...... hehehehehehehehehehehe
Ditulis oleh Nor Razi at 4:22 PM 0 comments