Blh masuk Facebook aku kalau nak tengok gambar gambar di Prague. Pegi sini utk gambar. Boleh tengok dari lensa org lain juga. Geng geng aku yang dah facebook kan gambar dorang.
______________________________________________________________________
OK Sambung Cerita
Kami meneruskan perjalanan dari Pejabat Kedutaan ke Old Town, Ikut map ada lagi dalam 800m ke 1000m la jauh perjalanan. Ramai juga yg dah bengkok lutut, tak tahan. Ada yg cadangkan naik tube ajer kan. Tapi bila check balik, bila kuar nanti bukan pun kat tengah tengah Old Town. Bila check nak naik tram, stesen jauh kedepan lagi. So masing masing pun kata naik tram ajer.
Jalan la kita org dalam 300m lagi. So Tram stop to the right dan perjalanan nak masuk ke Old Town to the left. Mengenangkan tak berapa meter lagi nak masuk ke kawasan Old Town, terus berjalan ajer kita org.
Mata pun terpesona ajer tengok kawasan dorang tuh. Bukan pasal cantik, tapi terpesona dgn sampah sampah dorang. KL lagi baik la dibandingkan dgn Praha (kawasan nak masuk Old Town) KL juga lagi baik la dari Berlin tapi Leipzig lagi baik wooooo dari KL. Ehhhhhhh terpesong pulak.
So ada satu tower yg menyambut kita org sebelummasuk ke Old Town. Tower ni digunakan sebagai tower pertama peninjau tengok angkatan tentera Sweeden sebelum masuk ke Charles Bridge. Ambil gambar sket, kasi kenangan sket. Jam pun dah menunjukkan jam 5.55pm dan waktu berbuka hari tuh jam 6.57pm. So kena cari kedai nih nak buka puasa. Yang puasa tuh cuma 6 orang ajer. Yang lain declare musafir.
Pusing punya pusing tak jumpa daaaa kedai jual makanan halal. So kami setuju nak masuk kedai (macam Tesco) dan beli biskut ajer la. Aku pulak dalam kepala hotak dah fikir, croissant cecah dengan yogurt pun gerenti sedap nih. So, aku pun ambil la croissant dan yogurt dan sambar juga buah anggur. So by 6.30pm masing masing dah ada barang barang untuk dimakan. Yg tak berpuasa, dorang dah ronda ronda kat kawasan tuh. Janji jam 6.30pm nak jumpa kat depan kedai tuh dan bergerak masuk ke center of Old Town. Biasa punya janji Melayu jam 6.45pm baru semua berkumpul.
So kami meneruskan la perjalanan masuk ke Old town. Sepanjang perjalanan masuk tuh melalui kedai kedai souvenier dan kedai kristal. Aku suka lakan, Bohemia Kristal kan mahal kat Malaysia kan. Sementelah aku pernah beli 2 vase kat Russia dulu so aku ingat nak tambahkan lagi collection la kan. Usha punya usha tengok mmg murah. So mula la kau kompare kan harga. Dari satu kedai ke satu kedai makan croissant cecah yogurt buka puasa. Sampai kedai yang ke beberapa belas la baru kedai sound. Do not eat in my store ......... please ........... hehehehehehe, terer pulak makcik nih cakap english. yg muda muda pulak tak terer. Tuh yg dorang tak berapa berani nak sound kita org tuh wakakakakakakaka. SO kita org cakap sorry and blahhhhhh wakakakakakaka.
Bila dah nak masuk kat center Old Town tuh aku tengok ada satu kedai Kristall tuh yg ambil lot sampai3 kedai. Meriah aku tengok so aku pun masuk, perghhhhhhh, nasib baik la elaun aku ciput ajer, kalau tak mmg aku dah sambar byk dah bawak balik Malaysia. Apa, ko ingat nak buat souvenier ............... takkkkkkkkk, aku nak jual 5% murah ajer dari Isetan pada harga dorang buat sales wakakakakakakakaka.
Aku tangkap satu. Yg budak perempuan Melayu sorang tuh pun katanya nak tangkap juga, tapi dia dgn group budak budak Cina so aku tak tahu apa apa, Harap harap dia masuk kedai ni juga. Mmg murah by 10~15 Euro berbanding kedai yg lain. So aku pun tangkap la satu. Ada sorang manager tuh kata nak beli tapi katanya leceh nak bawak balik ke Jerman pasal dia cuma bawak rucksack kecik ajer. Tapi sekarang sudah termenyesal tak beli beli dia tanya dgn wife dia harga kristal kat Malaysia sgt mahal wife dia beritahu. Siap nak cari kat sini dan Berlin, tapi harga sudah 20 Euro lagi mahal dari kat Praha.
So bergambar la kita org kat tengah rengah Old Town. Bangunan lama lama la dibina dari kurun ke 18 dulu lagi. Pusing punya pusing, jumpa pulak Hard Rock Cafe. Bagai di sorong bantal, ramai la yang masuk mengusha baju baju HRC nih. Aku masuk sekadar pusing pusing tengok ajer. Tapi memang baju HRC dia lagi murah dari KL punya HRC. Lepas bergambar dan berborak dgn Supervisor tuh, dia tahu Malaysia dan pernah sampai kat KL (aku agak gerenti HRC KL kot).
Ada sorang member tuh tanya tanya kat mana blh dapat kebab dan dia beri direction mana boleh dapatkan kebab tuh. So bergerak la kita org ke kawasan kebab tuh. Dalam perjalanan ke kawasn kebab tuh, terlalu la kita org kat sex musuem. kekekekekekeke so sape sape yang kinky tuh mmg sesuai la masuk ke musuem nih. segala jenis tools ada wakakakakakak. oopppppppppsss.
Tak jauh dari museum tuh ada kedai kebab dan sedang kami tunggu tunggu tuh ada pulak budak cakap belacan. Sekali toleh, tengok, muka Melayu. Bila tegur confirm budak budak kita yg sedang buat medicine di Prague dan dorang pun baru seminggu sampai disini. Seminggu tuh sudah cukup bagus la utk jadi tourist guide kita orgkan. Kebetulan pun mmg dorang nak pusing pusing Praha so, unofficially, kita org dah ada tourist guide.
So, lepas makan kebab, kami pun dibawa utk melihat menara jam yang lama dan masih berfungsi lagi. Jenis yang kalau kecik tuh mucul burung tapi yang ini jam bangunan dan yang keluar adalah rangka org kekekekeke. betulllllll. Lupa aku nama bangunan nih dan gambar pun tak berapa nak terang pasal ramai yg menunggu detik 9.00 malam utk lihat rangka manusia tuh. So gambar byk yg blur pasal tangan masing masing bergoyang.
Lepas dari situ, kami dibawa menuju ke Istana Praha. Untuk kesitu perlu menyeberangi Sg. Vltava dan melalui Charles Bridge. Ada lagi satu tower sama macam tower yg pertama tadi dan fungsi dia sama juga utk memperlahankan kemaraan tentera sweeden bila nak menyerang Istana Praha. Ehhhhhhsemua sejarah nih diceritakan semula oleh student student tadi. AKu pun tak verify, kalau salah korang cari dalam internet dan betulkan balik la kekekekekekekeke.
Kita org ambil gambar dan lepas ajer menyeberangi tower nih, kami dengar satu alunan musik yg sangat menarik. Bunyi datang dari beberapa glas yg berisi air. Dalam facebook ada gambar tuh dan ada kawan kata kat you tube pun ada juga. Dia main lagu titanics dan bila habis masing masing hulur duit. Aku tak rasa sangat dia nakkan duit tuh, rather his passion in performing the music. Pasal dia tahan dulu org dari beri dua duit dulu dan dengar dia mainkan lagu lain. Kita org tak mampu nak tunggu lama pasal dah jam 9.30pm dan perlu berjalan menuju ke Istana Praha dan cathedral dia.
Perghhhhhh, kena panjat tangga yg beratus ratus anak tangga daaaaaaa nak naik ke istana tuh. Mmg psikologi org yg nak serang istana nih kecundang dulu la. Penat wooooooooooo. Jam 10.15pm kami sampai ke puncak. Tarik nafas panjangggggggg. Pasal dah malam, kawasan istana masih buka sehingga jam 12.00 tgh malam, tapi guard macam kat Buckingham atau Istana Negara tuh dah tak ada la, Polis biasa yg jaga kawasan Istana tuh, Pusing pusing dantengok cathedral dorang, pas tuh kami turun ke bawah semula
Bersambung Bahagian 3
Thursday, October 09, 2008
Hari Ke 9 - Melancung ke Prague (Praha) Republik Czech Bhg 2
Ditulis oleh Nor Razi at 3:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment