Pada hari ke 6 baru la aku dapat laptop.
Leceh pulak, Laptop ini start up dalam safe mode dan banyak perkara tak boleh download. IS kat sini betul betul jaga laptop nih so kita org tak boleh sesuka hati download segala benda.
YM tak boleh download dan byak flash player juga tak boleh download. So mana mana web yg kena pakai flash player tersendiri dan juga plug in tersendiri memang aku tak boleh masuk la. Kalau nak, kena tangkap laptop aku sendiri nih. Nih yg terbuat aku terfikir utk tangkap laptop aku sendiri nih utk business aku. Nanti aku punya business software tak boleh nak masuk pulak dalam laptop nih.
Yang tak best tu pulak kalau aku ada laptop sendiri, aku tak pulak boleh pakai kat opis pasal laptop aku sendiri nanti tuh tak ada VPN (Virtual Private Networking), so tak boleh pulak aku acces server tempat keje aku nanti pulakkan. Nanti server kita org kat Germany terus you. Memang dasar sgt la kan dorang keje kannnnnnnn.
Habis nak buek camano. Dah den mintak koje nih kan.
OK la pasal keje pulak kat sini. So sepanjang tiga hari ini kita org dah masuk modul. Tapi training aku byk juga terganggu pasal aku kena attend meeting dgn supplier dan juga dengan PRoject Mgr. Byk yang aku terlepas dan aku kena cover balik sendiri pulak nanti. Yang tak bestnya pulak nanti, interpreter ada sehingga 5hb Okt ajer. lepas tuh habis dah servis dorang. Aku pulak akan lepak kat sini sehingga 17hb pulak. Berharap la aku dengan Claudia FM, Claudia PM dan Aleks untuk line tour nanti. Harap harap Briggit pun boleh uga tolong aku untuk terangkan macamana pengurusan segala sampah dia jaga kat sini.
Masak la kita org nanti. Aku pulak tinggal berdua nanti dgn Project Hook Up Leader. AKu rasa saje ajer boss aku suruh stay sebulan pasal dia nak suruh aku temankan mamat sorang nih yang baru sampai 2 hari lepas, dan mintak aku balik sama sama dengan dia nanti. Sabar ajerla.
Sementara tuh aku dah mintak engineer aku siapkan SOW dan KPI utk subcontracting keje keje kita org nanti. Satu ajer kelebihan yang kami ada setakat ini adalah semua sistem akan dikontrakkan kepada syarikat luar. Kami cuma menyelia dan juga membuat keje keje improvement ajer. Harap harap semua berjalan dengan lancar.
Hari ke9 akan aku ceritakan perjalanan kita org bercuti ke Prague pulak.
Aufviderzen (aufwidersehen)
Saturday, October 04, 2008
Hari ke 6, 7 dan 8
Ditulis oleh Nor Razi at 7:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment