Perghhhhhhhhh. Sakit siuttttttt. Sape kata turun tangga lagi OK dari naik tangga. Nak kejang peha turun tangga istana tuh. Aku rasa anak tangga dia lagi byk daru anak tangga batu cave tuh. Betul betukl nak kasi payah org serang Istana dia, Kalau nak serang pun aku ingat dorang guna catapult ajer. haaaaaaaaaaaaaa kalau tak tahu, sila google ekkkkkkkkkkkk.
Kami dah tak larat dah bila turun tuh. Nasib baik ambil one-day ticket dari central train station masa sampai pagi tu. Malam tuh masih boleh guna lagi utk naik tram pulang ke apt. Sekali dah ambil tram, penat punya pasal terus terlepas satu stesen utk turun dkt dgn kawasan apt tuh. Kena lagi pusing jauh sket nak ke Apt. Sebenarnya ada baik juga gitu. Dalam dah terlepas stesen gitu, dlm perjalanan pulang ke Apt lalu satu kedai Syiria ke Lebonan, Boleh cakap Inggeris dan pernah sampai ke Malaysia. Terus la kita org sambar apa apa yg patut untuk bersahur tuh. Aku tangkap pisang dgn air ajer.
Sampai rumah, mandi lebih kurang dan makan pisang terus. Jam baru jam 12.30am tapi penat punya pasal dan takut tak terbangun sahur, kita org decide sahur terus ajerlaaaaa. Betul rupanya, Jam 7.00 baru masing masing jaga.
Ada yang mandi dan ada juga yg berstail P Ramlee. Setakat basahkan mata ajer. Bukan nya pasal sejuk ke apa, cuma nak kejar masa untuk ke stesen. Dan kalau sempat ada yang ada hati nak singgah beli souvenir lagi. Apakan daya, masa tak mencukupi, maka terus kita org ke stesen keratapi. Pasal ramai sgt dalam group kita org yang nak bersiap maka jam 9.45 la baru kita org daapt keluar dari apt. Train dalam jam 11 lebih gitu so kita org terus bergegas ke stesen keratapi ajer. Kalau ada yang nak beli apa apa beli la kat stesen, walaupun tak banyak pilihan dan harganya mahal sedekit. Nak buek camano kan.
So tengahari semua dah ada, termasuk yg geng cina tuh, berkumpul semula di stesen keratapi. Kami naik keratapi semula dan bergerak menuju ke Dresden. Masing masing puas berjalan. Ye la dapat berada di 2 negara kan. Satu German dan Satu Rep. Czech. Perjalanan yang aman tuh tak berpanjangan. Kami telah diperiksa oleh Polis Czech di dalam keratapi dan disebabkan masalah komunikasi, polis tadi telah mengarahkan semua org Malaysia turun dari keratapi di satu bandar besar sebelum masuk semula ke Jerman.
Kami di tahan kerana Polis sangka kami masuk ke German dari Rep. Czech dan bukannya sebagai pelancung yng datang dari Jerman ke Rep. Czech dan kembali semula ke Jerman. Ini kerana Visa kami semua visa kerja dan mereka ingin lihat visa pelancung ke Rep Czech yg sepatutnya di cop di lapangan terbang antarabangsa dorang.
Sekali bincang punya bincang dan sessi penerangan yang berpanjangan, itu keratapi tak boleh tunggu kita orang terus mintak izin jalan daaaaaaaaaa. Hampeh ajer kita org. So bila ketua polis bandar tuh dapat dihubungi dan kami terangkan tujuan lawatan kami baru la dia faham dan kami semua dilepaskan. Dan itu cuma berlaku selepas 3~5 minit keretapi kami melanjutkan perjalanan. Sueiiiiiii betul la. Kami dok risau keratapi yang akan muncul 2 jam kemudian betul betul tepat pada masanya supaya kami tidak terlepas tren transit dari Dresden ke Leipzig pula. Lagi la kami risau bila dorang buat pengumuman keratapi akan lewat 45 minit. Chitttttttt, kalau gitu kami sudah terlepas tren transit la dari Dresden ke Leipzig. Apa nak buatkan. bertimpa timpa pulak masalah.
So akhirnya keratapi sampai dan kami meneruskan perjalanan ke Dresden. Selamat kembali ke Jerman. Lega satu hal pasal dah masuk Jerman. Satu hal lagi pasal tren transit yg dah terlepas. Tren berikut sepatutnya harga sudah sekali ganda mahal. Tapi ada sorang mamat di dia Berani bertanya kat kaunter tuh dan terangkan apa yang berlaku. Org kat kaunter tuh sengih ajer dan benarkan kami tukar masa tren tanpa apa pa bayaran tambahan. Aku rasa la ramai yg dah terkena dengan Polis Czech tuh. Kalau tak takkan senang sangat dia faham dengan masalah kita org.
So kena tunggu lagi satu jam punya tren. Tunggu la kami di stesen tuh dan beratur la kami kat subway beli 1-foot Tuna sandwich. Kongsi 4 org untuk berbuka puasa dalam tren.
Tiba masa kami naik tren, kami naik dan duduk dalam satu coach, dan yanglain naik semua pakai macam klas klas ajer. oooooo padang la mahal sket kot tren waktu nih. heheheheheh. So kita org duduk mengadap ngadap gitu la dan ada satu org makcik nih duduk juga dengan kita org. Dia tersenyum ajer sepanjang perjalanan dari Dresden ke Leipzig, dengar celoteh dan borak kita org, dalam bahasa yang dia tak Paham. So berkata la kita org, Macam tu la kita Sengih Kat Bangla bila duduk dekat dengan kumpulan Bangla dalam tren sambil berkata dalam hati ...... NILA BANGLA BANGLA YANG BUAT KECOH AJER LEBIH KAT SINI . Wakakakakakakaka. I cant help sigh.
Tamattttttt
Friday, October 10, 2008
Hari Ke 9 - Melancung ke Prague (Praha) Republik Czech Bhg 3
Ditulis oleh Nor Razi at 8:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment