Ahad lepas ada kenduri kat rumah sepupu aku dekat Sijangkang. Memandangkan Sijangkang tuh dah dekat dengan rumah Kong kat Taman Seri Medan, Arc ambil keputusan untuk buat baju raya dia bersama anak anak kita org dengan isteri si Kong.
So setelah makan makan dan berihat berbual sama adik beradik kita orang dan sepupu sepupu kita orang, kita orang berangkat ke Pekan Banting untuk beli kain untuk Shasha dan Liyana. Kat Jakel dulu tak boleh nak beli semua krn fulusnya kureng, so beli la kita org kain tuh hari Ahad yang lepas.
Setelah puas cari kain dan dah jumpa, aku ajak Arc dengan anak anak aku makan cendol banting. Dulu dulu dia jual pakai basikal roda 3 ajer. Sekarang dah ada restoran khas jual cendol + rojak laaaaa. Standard mamak punya makanan ruji hehehehehehhehe.
Apa yang hebatnya pasal cendol banting ini adalah kerana dorang parut ketul air batu gunakan kaedah lama. Korang pernah tengok tak orang parut air menggunakan bongkah kayu bersama pisau parut ditengah tengahnya. Ala aku nak describe pun tak reti tapi korang tengok la gambarnya.

Rasanya sungguh the asli one. hehehehehehehehehe, minus the peluh okayyyyyyyyyy hahahaha. Anak anak aku moskel juga kerana kat Bangi nih dorang tengok orang yang pakai electric machine punya. Wellllllllllll, macam iklan TV Berita Harian, Zaman Dah Berubah, Dunia Dah Maju.
Still, aku tetap suka rasa cendol dgn kaedah yang lama nih.
Setelah puas makan cendol, kita orang bergerak ke rumah Kong. Hantar kain untuk buat baju dan makan Kueh Teowwwwwwwww, uhhhhhh sedapnya.


0 comments:
Post a Comment