Beberapa hari yang lepas aku membaca kembali buku Rich Dad Poor Dad karya Robert Kiyosaki. Buku mengenai financial literacy yang biasanya tak di ajar disekolah sekolah juga di Cambrigde mahupun Oxford.
Dalam satu bahagian itu aku tertarik dengan ayat dari Rich Dad "study smart so you can own a corporation" yang bertentangan dengan pendidikan resmi dari Poor Dad "study snart so you can work with big corporation". Aku jadi tertarik dengan usaha Robert dan Mike anak Rich Dad yang berusaha untuk memulakan perniagaan semenjak dari sekolah lagi.
Beberapa minggu lepas aku terlihat siri baru Dunia Baru yang mengisahkan kehidupan kampus remaja yang baru masuk Unisel. Salah seorangnya itu amat mengagumi Donald Trump dan menjadi pengedar air SITO. Selang beberapa episod pula masa orentasi itu mamat ini dgn Peirre Andre register kat salah satu persatuan dan mendapat cenderahati berupa minuman mineral dalam setiap beg pendaftaran. Kerana akal terlalu panjang untuk menjual, dia ini re-register banyak kali, so banyakla dia dapat air mineral yang boleh dijual kemudian hari.
Lantas aku teringat kisah kisah masa lalu semasa di asrama ada antara rakan aku juga menjadi usahawan yang "berjaya". Semasa aku bersekolah dulu, untuk lelaki la tak tahu aku perempuan buat apa, mereka ini juga berjaja. Banyak untung wo ........ loaded beb dia orang ini.
Antara yang dijual mengikut kefamesan barang
1. Mee segera Bismi - sebab dia murah 30 sen satu
2. Mee Segera Maggi - dia mahal sikit dari Bismi harga 40 sen satu
3. Tapi kan sebenarnya yang paling top adalah rokok. Rokok dunhill dan gudang garam yang paling laris. Benson & Hedges kata dia orang utk orang orang tua ajer. Betul kut pasal arwah bapak aku memang hisap rokok B&H.
4. Heater - Untuk masak Maggi - satu RM 12.
Masak Maggi dalam baldi cuci pakaian, sabar ajer la aku beramai ramai. Macam kenduri wo koridor asrama selepas pukul 11.30pm.
Tapi sayang, usahawan usahawan yang berjaya ini hanya berjaya berniaga kat sekolah ajer. Semuanya yang berniaga dulu, yang berjaya menjejaki cara Poor Dad dalam buku Robert itu.
Bila la depa depa ini nak own corporation sendiri
Wednesday, May 31, 2006
Usahawan Sekolah
Ditulis oleh Nor Razi at 11:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment