Kononnya aku nak ke stadium untuk tengok perlawanan bola tersebut. Tetapi memandangkan aku ada hal yang nak diuruskan di Seremban petang Ahad tuh. Aku simpankan ajer hasrat. Kalau sempat aku terus ke Stadium. Kalau tak aku tengok ajerla kat rumah.
Walaupun Arc tak berapa meminati bola, tetapi untuk siri/program MyTeam malam malam tuh dia suka layan gak. Jadi dia pun tengok la juga malam tuh bersama aku. Tapi tak adalah seghairah aku menjerit ke atau mengomel masa tengok bola tuh.
Umum tahu MyTeam kalah. Utusan tag line Tahniah Malaysia, Syabas MyTeam, Berita Harian pula Skuad Malaysia Menang Tipis. Apakah sinonimnya tag ini di dada akhbar Malaysia. BANYAK sebenarnya cuma ada yang tak nampak apa dia lebih lebih lagi pegawai pegawai kanan FAM. Ego bodoh!
Anak aku yang tak tahu main bola pun tahu menilai kekuatan dalaman yang ada pada MyTeam. Seperti kata Shebby, program ini bukan untuk menunjukkan kehebatannya mengemudi pasukannya dengan masa singkat tetapi lebih kepada ingin membawa sukan nombor satu ini ke persada yang telah lama kita lepaskan.
Dari kelompok 80 pasukan terbaik dunia sekarang telah turun ke pasukan ke 130+ dunia. Mana silapnya aturan perjalanan bolasepak kita. Mana perginya kewibawaan kita yang pernah menjadi jaguh bolasepak dirantau ini.
Sebenarnya inilah yang ingin dikupas oleh masyarakat melalui program MyTeam ini. Memang tujuannya untuk mencari kelemahan kita sendiri. Bukan mencari sebab untuk memalukan. Jika kita tak mengaku mana kelemahan kita mana bisa kita perbetulkan keadaan.
Ada pegawai Ego bodoh tak dapat menerima hakikat ini.
Aku dulu pernah bergaduh dengan orang ramai semata mata aku memberikan kepercayaan kepada skuad Hatem Sousi. Padahal aku baru ajer masuk kerja dah pandai lorat dengan orang orang yang dah lama kerja kat kilang tuh. Aku sendiri sanggup ambil cuti untuk melihat mereka bermain di Stadium Shah Alam dalam Piala Dunia Remaja yang diadakan pada tahun 1996. Ake defend mereka walaupun kalah. Aku kata mereka boleh menjadi tulang belakang kepada skuad senior yang sedia ada. Itu la dia Gilbert Cassidy, Saravanan, Khalid Jamlus, Chow See Yen. Mereka mereka ini yang kan mencorakkan masa depan bolasepak negara. Memang mereka kalah tetapi mereka bermain seperti orang Eropah.
Tetapi bola tetap bola. Keputusan tetap menjadi ukuran walau baik mana pun main. Kalau kalah ajer tak menang pun wajar di diagnos. Aku mula menjadi menyampah bila mereka mula bermain untuk negeri masing. Hilang semangat seperti mana mereka didalam skuad remaja dulu.
Keluarga aku dulu memang rapat dengan Dato' Mazlan Harun, bekas pengurus pasukan Selangor. Jadi sedikit sebanyak aku tahu perjalanan Bola Sepak Negara. Di tempat aku membesar, aku membesar dan bermain bersama Assrof Hanafiah, tinggal dikawasan yang sama dengan Yap Wai Loon dan kadang kadang bermain bersama Mat Zan Mat Aris, bekas Jurulatih Wilayah Persekutuan dan Terengganu juga bekas pertahanan Malaysia.
Bola Sepak dan kehidupan bukan baru bagi aku. Aku lihat mereka ini bukan berfikiran professional. Bagi mereka bolasepak itu bukan satu status yang seharusnya diletakkan di tempatnya. Bagi mereka adalah mendapatkan duit sambil bergembira main bola. Memang bola adalah satu permainan tapi sayang mereka tidak menterjermah permainan ini kepada satu pekerjaan mulia yang harus diletakkan ke persada yang sepatutnya. Mereka gembira mendapat duit untuk dibelanjakan, mereka gembira dilabelkan sebagai budak disko. (Tak adil jika aku katakan Mat Zan begitu kerana yang aku kenal dia, memang dia ini berdedikasi. So minus him)
Aku jadi penat mengenang perangai mereka begini. Aku jadi penat dengan usaha Pegawai FAM yang tak kemana. Kesudahannya aku jadi menyampah dengan segalanya bersangkutan mereka.
Mana silapnya. Anak didik yang tak berdisiplin? Pegawai yang hilang arah atau mungkin akal? Aku percaya jika kita memanggil Scolari pun dengan adanya campur tangan FAM. Pasukan Malaysia tetap macam itu. Kecuali jika FAM melepaskan segalanya kepada kepakaran mereka. Biar jurulatih itu sendiri cari Physical Trainer dia sendiri, biar dia cari Physio dia sendiri, biar dia cari dietician dia sendiri. Jangan ada campur tangan FAM. Apa yang FAM boleh buat propose ajer nama kepada Jurulatih Bagus itu. Duduk belajar pandai pandai dan dengar kata pendapat orang.
Berbalik ke perlawanan malam tadi. MyTeam seharusnya berbangga dengan pencapaian mereka. Walau orang kata passing hancur, walau orang kata permainan tak compose, walau orang kata masih mentah untuk ditembungkan dengan pasukan kebangsaan, yang mengata itu la yang sepatutnya mengukur badan sendiri dulu. Jika dengan pasukan yang serba serbi ini mempunyai cela boleh memberikan tentangan kepada pasukan Malaysia, aku tidak hairan jika Tahun depan kita kalah dengan Maldives. Kita dah pernah kalah dengan Vietnam yang baru bangkit dari perang, dengan Laos yang masih mundur dan dengan Lebonan yang masih dalam kancah perang. Dengan segala kelebihan, kita masih tak dapat menterjemahkan dalam bentuk kemenangan, kita masih di rank yang sama dan semakin teruk saban hari.
Kepada FAM. Ukur baju di rumah dulu sebelum pergi ke kedai kain kelak silap kita yang malu. Dengan kata lain, biar kalah dulu dengan amatur dalam negara sebelum kalah di luar negara. Lagi malu dan point untuk ranking dunia pun menurun.
Untuk malam tadi
Arun @ Robinho Man of the Match tapi aku lebih suka dengan Fairuz. Untuk pasukan negeri atau kelab Lihat Fairuz, Arun, Hasmizam, Azmi, Jeremy dan Amir untuk pasukan anda. They deserve a place in a league squad
Monday, May 29, 2006
MyTeam vs Malaysia
Ditulis oleh Nor Razi at 2:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ya aku sokong fairuz tu.. die nampak ade semangat dan skill yg boleh pegi jauh... tapi jangan jadi macam kebanyakan pemain2 sekarang yg biler dah naik kemuncak mula leka, mula lupa dengan ape yg dah di capai! akhirnya team kalah persembahan hancur! sedih ooo bile nengok macam ni.. bukan kat bola sepak jer malah sukan2 lain pon.. pantang naik, pantang popula, pantang dapat harta, cepat betul lupe! kenape la agak nye patut kite tengok soalan nih!
betoi...EGO BODOH...apa punya komen macam tu...mee segera
aku pun suka Fairuz tuh .. larian dia tu smooth tapi kemas dan laju .. err.. camtu le lebih kurang nya ..
tapi credit has to be given to U-20 Malaysia ...they qualified for the Asia Cup U-20
Salam..
sori brader.. gua lambat komen.. ekkekek.. aku tengok skuad malaysia, under 15, under 20 sumer bagus2.. bila jadik je skuad senior terus hancus,, kenapa entah..takde jawapan..
arena...yaapp betoi sokong sokong
Post a Comment