
Sabtu yang lepas telah diadakan pertandingan tenis tertutup dalam jabatan kami ini. Perlawanan ini lebih kepada persedian untuk menghadapi Sukan Syarikat yang dijangka bermula pada Bulan Jun nanti.
Pasukan terdiri dari 10 pasukan dengan 5 pasukan setiap kumpulan. Permainan akan dijalankan secara round robin dengan johan dan naib johan kumpulan pergi ke peringkat separuh akhir.
Pemain juga dikehendaki campur dengan 10 orang yang dikenali bagus main akan mengundi pasangannya yang tak bagus main. Baru la fair kononnya. Pasukan kami memang sentiasa johan dalam pertandingan syarikat kami dan kami hantar 4 wakil ke sukan antara agensi Kementerian Sains. Cuma tahun lepas ajer kami tak dapat memenangi apa apa pasal ada beberapa pemain tak dapat turun pada saat saat akhir kerana terpaksa troubleshoot egp dan process problem. Tak dapat guna pemain gantian pasal nama dah submit sebelum game bermula dan dapat bantahan dari pihak lawan. Sebenarnya depa gerun jumpa dengan pasukan kami,
Aku telah diundi bersama seorang perempuan. Okay la pasal dia nih pun reserve main mix double utk sukan antara jabatan dalam syarikat kami. Tetapi bila mengenangkan ada 2 lagi kumpulan yang pemain kurang-bagusnya itu sebenarnya main lebih baik dari partner aku, aku terus gabra sat. Ye la walaupun main nak enjoy tapi aku nak juga jaga aku punya rank dalam team aku. Dan menjadikan aku lebih panik nih ada dua orang engineer masuk yang kononnya main tak bagus rupanya main bagus macam kita orang yang dah biasa main. Alasannya dia orang kata main tak bagus pasal dia dah dengar banyak pasal team kita orang nih tiap tiap tahun juara (kecuali tahun lepas) jadi dia ingat kami main bagus macam pro atau paling kurang pun state player. Itu yang dia rasa rendah diri sket tuh dan terus mengaku tak pandai main.
Kami teruskan main dan akhirnya seperti yang dijangka atas kertas memang memihak kepada empat team yang dirasakan menang sebelum permainan bermula. Aku dapat juga masuk ke separuh akhir walaupun ankle aku rasa sakit akibat tackle yang aku terima main bola sebulan yang lepas.
Boleh kata dalam game ini untuk sampai ke separuh akhir memang aku la yang kena bekerja keras. Partner, aku suruh jaga kat depan net untuk wipe terus bola kat depan. Aku cover belakang untuk return atau stroke. Strategy menjadi la untuk round robin tapi bukan untuk separuh akhir. Pasal depa depa semua nih pun memang rank bagus lagi dari aku memang wajar la depa menang. Aku tetap puas hati pasal matlamat pun nak masuk separuh akhir.
Main bermula dari 8.30am dan habis jam pukul 3.30pm. Penat gila aku main hari tuh. Arc dengan budak budak panggil ke swimming pool pun aku cakap tak larat dah nak pegi kesitu walaupun tak jauh dari tempat keje aku. Aku nak balik, mandi dan nak tidur. Penat wehhh
Nak simpan tenaga untuk lawan bola pulak hari Ahad dgn Team dari MMU. Puas hati aku main dengan Yuran RM10 Ringgit aku dapat bersukan, dapat Baju T-Shirt dan dapat payung hadiah masuk ke separuh akhir.
Paling aku suka untuk tenis semalam ajer aku dapat bakar kalori sekurang kurangnya 1200 kalori. Paling Arc terkejut tengok muka aku kena bakar dengan matahari, merah hitam muka dengan lengan aku. Tapi aku puas................
Monday, May 22, 2006
Game Tennis
Ditulis oleh Nor Razi at 10:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ahli sukan tegar!! ...
puas eh dapat main gitu!! jeles aku! tapi aku tak suka tennis.. so nape nak jeles lak eh? kensel jeles le..
Post a Comment