BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 29, 2006

Minggu yang melemaskan - minggu lepas

Betul betul sibuk aku sepanjang minggu lepas. Aku kena preparekan satu slide presentation untuk bos aku dan aku sendiri kena buat presentation untuk tutup kes problem yang telah lama kami dapat simpulkan.

2 presentation yang sangat meletihkan otak. Alhamdulillah kedua dua presentation itu telah berjaya menutup kes dalam minit mesyuarat yang selalu merimaskan bos aku dan kami di dalam unit kami. Paling menggembirakan kami satu kes yang menuntut untuk membetulkan keadaan tempat kerja dengan menggunakan alat surveillance control and data acquisation (scada) telah berjaya menghapuskan keraguan tatacara proses berhubung dengan perseketiran kelembapan di tempat kerja. Masalah yang telah dibahaskan atau digaduhkan dari 1997 lagi. Seperti melontar sebiji batu kena kepada 2 burung.

Tapi sebenarnya bukanlah nak disengajakan. Cuma dalam masa pengumpulan maklumat kami perhatikan dapat membuat kesimpulan yang kedua duanya itu ada bersangkut rapat dan kedua duanya boleh diselasaikan sekali. Dan yang paling menggembirakan aku, kerja ini sepatutnya dilakukan oleh unit M&E tetapi dapat disudahi oleh kami dari unit C&G. Puas bila dapat ucapan terima kasih dari top management dan bos. Heiiiiiii ....... dalam perkara seperti ini, dapat ucapan sedemikian pun dah cukup bagus pasal depa nih kedekut nak keluarkan ayat Terima Kasih apatah lagi sambil pat shoulder.

Cukupla pasal kerja. 2 ~ 3 hari ini aku nak ringankan otak sat. Sementelah bos aku cuti hari ini, pressure pun kurang sket boleh la aku mengupdatekan blog aku sket sket. Rasanya total minute aku spend kat tag joe pun dalam 12 minit kot sepanjang minggu lepas. That was record low. Hari ini aku tak tau la sampai berapa lama aku akan lepak kat tag joe. Kerja ada juga nak kena settlekan cuma yang leganya bos aku tak ada la mengomel kat aku bila nak buat itu bila nak buat ini. Tak la berselirat dalam kepala otak aku nih nak rancang kerja. Aku siapkan la aku punya hal dulu. Selalunya tengah aku dok siapkan kerja aku biasanya bos aku mula la tanya kerja orang lain kat aku. Memang la aku ketua unit C&G tapi engineer2 lain pun tahu juga buat kerja depa tuh. Sepatutnya tak perlu la nak tanyakan update kat aku tiap tiap 15 minit. Fening aku. Action items ada dalam white board dan selalu dibincangkan masa de-briefing setiap petang. Tahu la kami laksanakan tugas. Tapi ya lakan dah tugas bos nak pastikan semua keje mengikut apa yang engineer sendiri tetapkan, kena la layan .............. kalau tak nanti hujung tahun appraisal teruk hahahahahahaha....... kena pulak charge insubordination pulak nanti kalau aku tak ikut cakap dia. Naya ajer.

Cukupla cite pasal kerja. Entry yang selepas ini aku nak cite pulak pendapat aku pasal MyTeam vs Malaysia. Tapi apa apa hal aku nak intai technician aku buat keje ke mengular. Nanti aku sambung balik

2 comments:

Arena said...

salam..

bagusla dpt selesaikan masalah2 lama nih.. haaa pasal myteam vs Mesia ni, aku ada jugak tulis pasal tu kat blog aku.. feel free to comment ya..

Fara said...

technician ko blogging tuh, ko sebar jek dorang!!