FACING DEATH - was written by a Malaysian Muslim in July 2005, when he was stricken with terminal cancer. He died on November 27th, 2005. Arwah wants to be known as K.
Mari sama sama kita sedekahkan Al Fatihak kepada Allahyarham K semoga rohnya dilindungi kekuasaan Allah SWT.
Aku rasa entry yg ini memang sangat panjang sampaikan Arc pun tak terlarat untuk baca entry sebegini. Satu kisah sedih yang dialami sebahagian dari masyarakat kita. Satu kisah sedih yang telah ditentukan oleh Allah Azzawajalla.
Memang benar setiap perkara itu telah diputuskan sejak di lohmahfuz lagi. Sebagai seorang muslim kita yakin dengan ketentuan ini.
Cuma apa yang menggusarkan aku adalah keterangan arwah K yang pada aku sama kali bercanggah dengan dengan konsep berusaha yang selama ini aku yakini. Aku yakin memang segala dalam kehidupan ini tertulis di lohmahfuz tetapi itu seharusnya bukan menjadikan ia sebagai satu alasan untuk berterusn berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan atau impikan.
Ia seolah olah menidakkan kekuasaan Allah itu sendiri bagi mereka yang berusaha maka akan ada balasannya. Acap kali kita mendengar " Aku tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia tidak mengubah nasibnya sendiri ". Ayat apa jgn tanya pada aku kerana aku bukan ahli dalam menafsir Al Quran. Tapi inilah satu ayat yang sering dinyatakan dalam kuliah kuliah maghrib diseluruh dunia menggesa kita muslimin dan muslimat untuk berterusan berusaha untuk mengubah nasib kita kearah kehidupan yang lebih baik.
Dalam konteks ini arwah K menerapkan sikap yang harus semua insan dekati ketika menghadapai maut. Ajal dan maut di dalam tangan Allah dan tiada muslimin yang mempertikaikannya. Aku kira seharusnya arwah K tidak seharusnya mengeluarkan ayat yang berusaha itu adalah sia sia dan lebih baik sahaja kita redha dan bertawakal kepada Allah dan dengan demikian kita tak akan gelisah menghadapai kematian.
Aku percaya segalanya perlu diusahakan dahulu dan yakin setiap usaha itu ada balasannya. Jika kita fikir apa yang kita usahakan itu tidak dekat dengan apa yang kita kehendakai, muhasabah diri kita dulu. Aku yakin ada yang tidak kena dengan diri kita. Setelah kita berusaha barula kita bertawakal dengan apa yang terjadi dengan kita dan redha dengan apa yang diputuskan oleh Allah SWT.
Aku punya rakan yang bapanya telah di diagnos mengidap kanser usus. Pernah dibuang ususnya sepanjang 2 kaki. Selepas 2 tahun kemudian, doktor memeriksa semula dan kansernya itu telah merebak ke usus yang lain dan doktor menasihatkannya untuk membuang 3 kaki usus lagi. Aku mencadangkan satu alternatif kepada kawan aku menerusi testomoni dari orang lain. Duit bukan penghalang jadi kawan aku rekomenkan kepada ayahnya dan alhamdulillah sehingga sekarang usus 3 kaki yang sepatutnya dibuang telah baik seperti usus orang yang sihat.
Lihatla bagaimana dia berusaha, dari makan ubat serta antibiotik sehinggalah pernah dibuang ususnya 2 kaki, ayah kawan aku ini masih berterusan berusaha untuk menjadikan ususnya sihat. Dengan usaha beliau, dia telah berjaya menyelamatkan ususnya dibuang 3 kaki untuk kedua kalinya. Inilah balasan yang Allah janjikan jika seseorang itu berusaha.
Teruskan lah berusaha kerana usaha itu akan dibayar. Jika usaha itu tidak kesampaian, periksa diri kita sendiri kenapa ia gagal kerana Allah selalu berkehendakkan manusia itu sentiasa berjaya.
Lord Budak: Aku selalu usahakan agar tangan ini sampai ke mulut aku untuk suapkan makanan supaya aku kenyang. Aku tidak akan kenyang jika tangan menggosok perut sambil melihat makanan dimeja makan.
Monday, May 15, 2006
My Opinion on The Last Entry - Facing Death
Ditulis oleh Nor Razi at 10:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Lord, kau mmg jenis orang yang kuat semangat ... bravo bro!
aku ni, tak sure jugak la .. so far Alhamdulillah aku bukan jenis yang senang menyerah kalah kepada problem..tapi, nak kata kuat semangat pun aku tak rasa aku termasuk dalam golongan tu ..
ermm .. untuk mengisi perut, sememangnya aku berusaha .. tapi, aku tak tau kalau betul2 aku berhadapan dengan maut ... tak tau mcm mana pulak kekuatan aku .. harap2 aku kuat .. amin!
keluar sikit dari tajuk....ko ada baca buku "dont be sad" tak
Fara
Mental must right if we want to succeed in life
Kok
Belum baca. Siapa penulisnya?
Aaidh ibn Abdullah al-Qarni
Salam budak..
Aku baca sampai habis artikel tu dan setuju sebenarnya. If i am not mistaken from what I have read, dia tak kata dengan redha dan tawakkal tu maka dia tidak usaha langsung berusaha. He still went for treatment kan.
Kadang-kadang kita salah konsep pasal tawakkal ni.. Tawakkal ialah berusaha dan berserah.. yang berserah semata-mata tanpa usaha tu= pasrah.. Umat Islam disuruh bertawakkal bukannya pasrah.
Aku rasa penulis tu terus-menerus highlight pasal redha dan tawakkal.. ialah kita boleh berusaha, boleh cuba segala-galanya, tapi perlu sentiasa ingat, untuk sembuh segalanya ditentukan oleh Allah swt. Penyerahan itu semata-mata kerana Allah. Kena yakin sepenuh hati bahawa sembuh atau pulih dari musibah semata-mata kerana rahmat Allah bukan dari usaha kita. Kadang2 kita dah usaha macam2, tapi tak baik jugak..Kenapa? Sebab Allah belum izinkan. Kenapa Allah belum izinkan sedangkan kita dah cuba macam2. Hanya dia yang tahu. Hikmahnya akan kita ketahui nanti.
Imam al-Ghazali mengatakan:“Siapa saja yang memperhatikan tempat berlalunya sunatullah, nescaya dia akan memahami bahwa rezeki itu bukan ditentukan oleh kadar usahanya. Oleh karena itu, seorang pemalas pernah bertanya kepada orang bijak mengenai orang bodoh yang lancar rezekinya, serta orang pintar yang sulit rezekinya, maka orang bijak itu menjawab: ‘Sang Pencipta ingin menunjukkan tentang kehebatan diri-Nya. Sebab, andai semua orang pintar diberi rezeki dengan lancar, sementara orang bodoh diberi rezeki dengan susah, niscaya akan melahirkan asumsi/sangkaan bahwa akal (kepintaran lah yang telah membuat pemiliknya memperoleh rezeki. Maka, ketika mereka melihat yang terjadi sebaliknya, mereka akhirnya tahu bahwa Sang Pemberi Rezeki itu bukanlah mereka, dan tidak akan pernah muncul kepercayaan sebab-sebab yang terlihat oleh mereka’.”
The same goes dengan usaha untuk sembuh. Andai semua orang berusaha terus sembuh, maka akan timbul perasaan di mana kesembuhan itu datang dari usaha dirinya(sedikit-sebanyak) bukan dari izin dan rahmat Allah. Maka itulah kita perlu bertawakkal. bagi aku penyerahan diri itu penting..supaya kita redha if selepas berusaha Allah tak izinkan kita untuk sembuh.
BTW : La Tahzan -Jangan Bersedih-Dont be sad, is a marvelous book.
Just my 2 cents.. Harap tak tersinggung..
Arena
Girllllll..... This is not 2 cents opinion. This is ....... well very worth to read.
Arena your point taken and still I have a feeling if only we try hard we will not half heartedly seeking treatment in order for us to stay healthy.
Seperti melepaskan batuk ditangga kemudian tawakal dengan usaha itu dan redha dengan segala keputusan. It makes a lot of different antara berusaha bersungguh2 than submit ur self to Allah atau buat ala kadar dan tawakal serta redha dengan Allah.
By the way I like the way you responce. Its kind of responce that I expected.
Thanks Arena
U r very much welcome..:-)
Post a Comment