BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 19, 2006

Mad Sale atau Orang Gila nak beli sale

Semalam Arc cuti. MC kononnya. Okayla kot kalau nak bercuti rehat. Memang dia susah nak dapat cuti. Al maklum kerja dalam operasi syarikat memang payah nak cuti. Kena pulak inquiry masuk banyak memang dia sentiasa serba salah nak ambil cuti. Penyudahnya MC. Senang, bos pun takkan tanya banyak.

Tapi tak tahu la aku dia punya MC memang sajer ajer dia rancang atau pun pasal sale kat Jusco Puchong tuh pun aku tak sure.

Petang Dia talipon aku, kata dia akan ke Jusco dengan adik dia. kemudian suruh aku tunggu kat opis bila abis keje pasal dia nak berbelanja dapur dengan aku samada kat Giant ataupun Tesco.

Petang tuh tunggu punya tunggu tak juga sampai dan tak lama lepas pukul 6.30pm baru Arc talipon minta aku pulak ke Jusco untuk ambil dia disana. Cehh ........ dah tahu macam tuh minta la aku terus kesana tak payah la aku tunggu lama lama kat court tennis tempat aku keje tuh.

Aku start kete terus ke Jusco Puchong. Fuh jammed jalan tuh. Dari Persimpangan Puchong dgn Highway Bukit Jalil ke Jusco tuh pun dah ambik masa dekat 20minit. Polis berkawal tapi kalau dah ramai umat macam tuh, memang tengok ajer la.

Dah sampai Jusco, ada hal lagi dengan parking. Menyampah betul aku kalau sale macam ini. Dekat lima minit juga aku mencari parking. Susah sangat aku park kete aku kat trolley bay. Pasall la ko Jusco. Tapi aku tengok kosong ajer bay tuh, mungkin sebat tak cukup trolley kut pasal umat yg gila shopping nih 10 kali lebih dari jumlah trolley yg dia ada.

Sale nih sebenarnya untuk Ahli ahli Jusco ajer tapi perghhhhhh ramainya. Terkenang aku masa sale IKEA dulu masa mula nak pindah dari One Utama ke Mutiara Damansara. Aku dengan Arc siap ambil cuti lagi nak pegi ke sale tuh. Bukan senang IKEA nak buat sale.

Ramai juga rakan rakan aku pun cuti sama pasal nak berlari ke IKEA. Ada seorang kawan aku tuh kata keje gila ajer pegi sale macam itu. Dia tak tahu aku sendiri pun pegi gak. Dia kata keje gila, Abis tuh dah nama pun mad sale. hahahahahahaha. Berjam jam wo que nak bayar. Hampeh betul aku rasa masa tuh. Pakkla la sale tuh sampai 70%, tuh yg aku tahan tunggu tuh.

Berbalik pada Sale Jusco tuh, bila dah sampai pergh, segala macam bau ada. Dah orang gila punya ramai, air-cond yang sejuk tuh pun tak terasa sejuk. Hangat sikit aku rasa temperature dia sama hangat dengan aku nak mencelah celah orang nak mencari Arc.

Aku tak adala plan nak beli apa apa pasal aku dah beli dah sale yang lepas. Tapi Arc la nak mencari yang dalam dalam hehehehehe. Biasanya yang dalam dalam tuh Harga mencecah RM 80 ringgit dah jadi berbelas ringgit. Tuh yang dia bersemangat pergi tuh. Ya la kan barang yang dalam dalam tuh beli mahal mahal pun benda kecik ajer tu yang rasa tak patut dengan harganya tuh. Tapi pasal dah jadi berbelas ringgit, sanggup dia mengharungi umat umat yang berebut rebut tuh.

Time dia sibuk sibuk membeli yang dalam dalam tuh aku sibukkan diri aku kat bahagian Audio Visual. Tak kan la aku nak lepak dekat umat umat yang sibuk cari yang dalam dalam tuh. Aku pulak yang termalu karang bila dia orang sembang sembang ker acu acu ker kat area situ. Maklum la testing room penuh. hehehehehe.

Ada juga la beli barang barang yang lain tapi tempat yang paling penuh sesak memang boleh nampak la. Pertamanya kat bahagian lingerie, Keduanya kat bahagian baju wanita, Ketiganya kat bahagian Kasut (Wanita), Keempatnya kat Bahagian baju lelaki,
Kelimanya kat bahagian Bag bag tangan wanita dan selebihnya lebih kurang sama ajer.

Nampakla sangat memang bab shopping nih memang tarikan untuk perempuan. Tengok dari sale macam ini pun dah jelas dah memang perempuan terror shopping. Macam Tipah tertipu cakap, perempuan beli baju bulan bulan atau paling kurang pun tudung, lelaki baju raya pun boleh skip ke tahun depan hehehehehehehehe.

For ollls ladies I dont mean to insult, cuma nampak dari made sale baru baru ini ajer. Peace ekkks.

How I wish to have more money so that I dont have to wait till sale to get what I want. Kena usaha lebih nih cari income lain nampaknya.

3 comments:

Angah said...

huh? jusco ada sale? apsal aku tak tau? uwaaaa!!!! hahahaha.. sabo!! tengah control nafsu shopping ni!!

syabas arc! kau memang pandai mencari time untuk shopping. kehkehkeh..

Fara said...

J Card aku dah tamat tempoh ... nk renew maleh nk kuarkan rm12, boleh? jeles, jeles, jeles!

Anonymous said...

Seronok dpt beli dalam dalam yg renda-renda hehehehehe....

arc